Dua telah berlalu selepas perjumpaan Aulia bersama dengan Dato Johar dan anaknya, Faliq. Sejak pada hari itu, terdapat banyak kejadian yang tidak diduga berlaku kepada Aulia sehingga membuatkan Aulia sering terjumpa dan bertemu dengan Faliq. Namun, hari yang dinantikan oleh Rykal dan Laura untuk diijab kabulkan akan berlangsung pada hujung minggu hadapan. Rykal telah menjemput keluarga Dato Johar untuk hadir bersama ke majlis tersebut dan beberapa lagi kenalan dan tetamu yang telah dijemput oleh mereka berdua.
"Minggu ni semua tidur dekat hotel, abang tak nak apa-apa jadi dekat korang semua". Arah Rykal kepada ke semua adik-beradiknya yang sedang duduk menonton televisyen bersama di ruang tamu itu.
"Abang, nak buat apa pergi hotel tu awal-awal, nanti kita orang bosan macam mana?". Tanya Arya yang tidak bersetuju dengan cadangan abangnya untuk berada di hotel berkenaan dalam seminggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.
"That the past la abang, jangan risau sangat boleh tak?". Kata Aryan kepada Rykal yang tampak risau apabila dia teringat semula kejadian dua minggu lepas yang berlaku kepada Aulia. Jika Faiq dan Danish tidak berada bersama Aulia mungkin kini Aulia tidak berada di hadapannya.
Flashback.
"Aulia nak pergi mana tu, dah petang macam ni?". Tanya Rykal yang ternampak Aulia mahu keluar pada pukul 6 petang pada ketika itu.
"Lia nak pergi jumpa klien kejap, ada benda penting nak bincang dengan orang tu. Abang jangan risau Faiq ada dengan Lia". Kata Aulia sambil menunjukkan Faiq yang sudah berada di hadapan rumahnya yang sentiasa berada dengannya ke mana sahaja.
"Ha ya la, hati-hati pergi. Jangan balik lambat sangat". Pesan Rykal lalu Aulia bersalaman terlebih dahulu sebelum berlari menuju ke kereta Faiq yang sudah berada di luar rumahnya sejak dia tiba tadi. Malah, Faiq tidak datang bersendirian, dia membawa Danish bersamanya kerana mereka ada perkara yang hendak di buat pada hari itu.
Setiba sahaja di tempat yang sudah di janjikan, Aulia terus turun dari kereta manakala Faiq dan Danish hanya mengikutinya dan berada di dalam jarak yang sedikit jauh dari Aulia berada kini. Aulia duduk di meja makan sambil menunggu orang yang sepaptunya dia berjumpa pada ketika itu.
"Sorry I lambat sampai". Kata seorang lelaki yang ditunggu Aulia sedari tadi. Aulia hanya memandang lelaki itu tanpa perasaan dan sebarang tindak balas manakala Faiq dan Danish terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
"So, apa yang penting sangat sampai tak boleh nak tunggu esok ya Encik Faliq?". Tanya Aulia setelah lelaki itu mengambil tempat di tentangan dengannya.
"I just nak ajak You keluar makan dengan I. Tak boleh ke?". Kata lelaki yang di panggil Faliq itu tadi oleh Aulia. Aulia melepaskan nafas yang berat apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Faliq.
Semenjak kejadian mereka asyik terserempak dan berjumpa, membuatkan Faliq sering menghubunginya dan mengajak keluar bersama. Setiap kali perjumpaan tidak dijangka oleh Aulia itu berlaku pasti tidak ada sesiapa di sisinya.
"Kalau itu yang encik Faliq nak, saya minta maaf. Saya ada benda lagi penting nak di buat untuk pengetahuan encik Faliq". Kata Aulia lalu dia bangun dari duduknya dan ingin berlalu pergi meninggalkan rastaurant tersebut namun dihalang oleh Faliq.
"Kitakan kawan, tak boleh ke kalau I nak You teman I makan". Kata Faliq yang sedang menghalang Aulia pergi dari meja yang mereka duduki itu.
Aulia duduk semula ditempatnya kerena dia hanya memikirkan dia ingin mejatuhkan keluarga itu dia berada disitu untuk menarik perhatian lelaki di hadapannya. Faliq sudah senyum kemenangan kerena Aulia duduk semula di tempatnya tadi.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
LosoweTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...