PART 12 || NETK

46 3 0
                                    

"Lia nanti share location dekat abang butik tu". Kata Rykal apabila dia melihat Aulia turun dan menuju ke meja makan berkenaan untuk bersarapan pagi.

"Okay boleh je, nanti Lia minta Faiq send dekat abang". Kata Aulia kepada Rykal lalu dia mengambil tempat sebelah Aryan untuk mengalas perut terlebih dahulu sebelum dia keluar pagi itu.

"Abang Aryan nanti ikut Lia boleh, hari ini abang tak perlu ikut abang Rykal". Kata Aulia kepada Aryan yang hanya senyap dari tadi menikmati makanan yang dia sendiri masak untuk sarapan mereka bertiga.

"Lia tak pergi uni ke hari, tak ada kelas??". Tanya Aryan apabila dia diajak untuk mengikut Aulia pergi ke mana bersama manakala Aulia hanya membalas dengan gelengan sahaja menandakan dia tidak mempunyai kelas untuk hari ini di university.

"Lia nak bawa abang pergi mana? Kau tempat best abang ikut ah, kalau tak best malas abang". Kata Aryan yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan manjanya bersama Aulia pada pagi itu.

"Ikut la nanti, tapi Lia nak singgah studio kejap ambil barang". Kata Aulia yang ingin merahsiakan tempat dia dan Aryan akan tuju nanti.

"Ni, Rauf dengan Arya siapa hantar pergi sekolah?". Tanya Rykal setelah dia menghabiskan makanannya. "Kalau tak ada siapa abang pergi ambil budak berdua tu dulu baru gerak pergi office". Sambung Rykal lagi menanyakan soalan adiknya yang berada di rumah ibu saudara mereka.

"Faiq hantar diorang berdua pergi sekolah, lepas tu nanti dia ke sini juga. Abang jangan risau, settlekan dulu abang punya cuti sebelum wedding day nanti". Kata Aulia kepada Rykal yang mahu mestikan semua perkara terjaga.

"Okay la kalau macam tu, abang pergi dulu. Aryan jangan lupa nanti ada meeting dengan klien dekat luar". Pesan Rykal sebelum dia melangkah pergi meninggalkan meja makan menuju ke ruang tamu untuk mengambil begnya dan pergi ke pejabat. Aryan hanya mengangguk mendengar arahan dari Rykal yang mengingatkan tentang meetingnya berjumpa klien penting tengah hari nanti.

"So Lia, abang dah tak ada. Apa bendanya yang kau nak sorok dari abang?". Tanya Aryan sudah masak sangat dengan perangai adiknya seorang itu. Dia tidak akan memberitahu orang lain apabila orang itu perlu menguruskan urusan penting dirinya dahulu.

"Pergi tengok si pembunuh buat planning, Lia hari ni kena jumpa dengan dia. Tapi kalau abang tak boleh nak ikut tak apa, Lia pergi dengan Faiq je". Kata Aulia lalu memasukkan lagi makanannya ke dalam mulut.

"Dah tahu ke semua detail pasal pembunuh tu? Keluarga dia siapa?". Tanya Aryan kepada Aulia yang sudah mula melangkah sedikit demi sedikit untuk menarik perhatian musuhnya.

"Semua tu Lia dah tahu, tinggal abang dengan yang lain je". Kata Aulia lalu tersenyum yang tidak dapat ditafsirkan oleh Aryan pada ketika itu. Apakah keluarga itu sedang berada berhampiran dengan ahli keluarganya sendiri atau sebaliknya??

~~~~~~

Seorang lelaki melangkah menghampiri meja makan yang sudah dipenuhi dengan ahli keluarganya sendiri pada pagi itu. Isterinya menuangkan air ke dalam cawan setelah si suaminya mengambil tempat di bahagian hujung sekali yang menunjukkan dia merupakan ketua keluarga.

"Nanti tengah hari saya ada meeting dengan orang besar, jadi saya tak balik makan tengah hari". Kata lekai separuh abad itu kepada isterinya yang sedang sedap menikmati makanan yang dimasak oleh pembantu rumahnya tersebut.

"Okay. Kalau macam tu saya nak duit sikit boleh? Nak keluar shooping dengan Datin Arina kejap lagi". Kata isterinya yang duduk di sampingnya lalu menyicip sedikit air panas yang berada di dalam cawannya.

"Iya la, nanti ambil sahaja dekat atas. Faliq kamu ikut Daddy pergi jumpa klien tu". Kata lelaki itu mengarahkan anak lelakinya yang bernama Faliq. "Fikri mana, tak jumpa jalan balik sini dah ke lepas keluar dari rumah ni?". Tanya lelaki itu pula kepada isterinya yang sedang leka dengan telefon bimbit miliknya.

"Biar je la dia tu, semenjak dah keluar dari rumah ni semua benda dia tak nak dengar cakap". Kata isterinya dengan sinis. "Perempuan tu dah guna-gunakan anak kita sampai jadi macam tu". Sambung isterinya lagi apabila teringatkan anaknya keluar dari rumah tanpa menghiraukannya di rumah itu lagi.

"Faliq nanti cari abang kamu tu dekat mana?". Arah lelaki itu setelah mendengar keluhan dari isterinya yang menganggap anaknya itu akan memberikan segala kenikmatan kepadanya. "Saya pergi dulu, kamu jangan nak lambat pula masuk office". Kata lelaki itu pula selepas berpamitan dengan isterinya untuk mengingatkan anaknya.

"Mommy, Naura pun nak duit juga. Duit Naura daddy bagi hari tu dah habis dah". Adu Naura kepada ibunya yang masih duduk di meja makan sambil bermain telefon bimbit dan turut mengabaikan anaknya itu.

"Mommy dengar tak ni Naura cakap apa dengan mommy". Kata Naura sedikit menjerit kearah ibunya itu sehingga membuatkan ibunya berhenti melihat telefon dan berpaling ke arahnya.

"Ada nampak mommy pegang duit ke sekarang ni, kejap lagi tak boleh minta ke ha?". Marah wanita itu kepada anak perempuannya yang bernama Naura lalu dia terus bangun dan meninggalkan meja makan tersebut.

"Aku pergi kerja dulu". Kata Faliq dengan nada mendatar kepada adik perempuannya itu. "Jangan lupa suruh budak berdua tu keluar makan lepas kau dah habis makan". Sambungnya lagi sebelum pergi meninggalkan meja makan tersebut untuk ke pejabat.

"Ish kenapa kau je yang tak panggil diorang keluar". Jerit Naura kepada Faliq yang sudah berada di pintu rumah tersebut untuk memakai kasut kerjanya.

Naura bangun dari duduknya dengan terpaksa lalu menuju ke satu bilik yang berada di dalam dapur rumah mereka untuk memanggil dua orang budak yang dimaksudkan oleh Faliq tadi. Setibanya di hadapan pintu bilik tersebut, dia mengetuk sekuat hati agar mereka membuka pintu tersebut.

"Keluar pergi makan lepas kemas rumah ni, aku dengan mommy nak keluar nanti". Arah Naura kepada dua orang kanak-kanak sepasang lelaki perempuan yang muncul di hadapan pintu bilik tersebut dalam keadaan lebam-lebam di muka, tangan dan badan mereka kerana dipukul oleh mereka sekeluarga.

"Tercegat apa lagi dekat sini, pergi sana cepat". Jerkah Naura apabila kedua kanak-kanak itu tidak bergerak dari depannya selepas dia memberikan arahan tersebut. Kedua kanak-kanak itu terus pergi menuju ke meja makan dengan kelang-kelibut selepas di jerkah oleh Naura.

~~~~~~

Aulia dan Aryan sudah tiba di sebuah rastuarant yang sudah ditempah terlebih dahulu oleh pekerja Aulia sendiri sebelum dia menghadiri perjumpaan dengan kliennya itu. Aulia dan Aryan mengikut langkah pelayan tersebut yang membawa mereka ke sebuah meja yang sudah di tempah atas namanya.

"Abanh duduk tempat lain dengan Faiq. Korang berdua perhatikan sahaja dahulu dari jauh". Kata Aulia kepada Faiq dan Aryan duduk dihadapannya sementara menunggu kliennya sampai. Faiq dan Aryan hanya mengangguk dan terus berlalu mengambil tempat yang hanya berselang beberapa buah meja sahaja.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki berusia bersama dengan lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an menghampiri mejanya dengan lengkap berpakaian pejabat berserta suit yang sepadan.

"Tengku Aulia?". Tanya lelaki berusia itu kepada Aulia yang sedang menelek helai dokumen yang dia bawa untuk berjumpa dengan kliennya nanti.

"Ya saya. Dato Johar?". Tanya Aulia semula kepada lelaki yang berusia itu lalu dia melihat ke arah seorang lagi lelaki yang berada di belakang.

"Oh ni anak saya, Faliq. Nazrin Faliq". Kata Dato Johar memperkenalkan anaknya kepada Aulia lalu Aulia hanya melemparkan senyuman sahaja apabila anak lelaki Dato Johar yang bernama Faliq itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aulia.

"Sila duduk Dato. Maaflah saya tak pesan makanan banyak, saya ingat kita berdua sahaja". Kata Aulia apabila dia melihat makanan yang sudah di hidangkan hanya ada beberapa pinggannya sahaja termasuk pencuci mulut untuk mereka berdua.

"Eh tak mengapa, saya boleh order lain". Kata Faliq yang berada di sebelah Dato Johar ketika itu lalu dia tersenyum manis ke arah Aulia. Namun, senyumannya tidak di sahut oleh Aulia sedikit pun.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now