PART 26 || NETK

41 2 0
                                    

Kini Aulia sedang berehat di biliknya bersama Danish. Keesokkannya pula mereka akan pulang ke rumah keluarga Danish.

"Ermm awak, saya". Kata – kata Aulia tersekat apabila Danish menutup mulutnya dengan telunjuk jari seperti menyuruhnya diam.

"B dah cakap jangan guna saya awak". Kata Danish yang sedikit tegas kerana hatinya masih sakit akan kata – kata Faris petang tadi.

"Awak sebenarnya cemburu lagikan dengan apa yang dikatakan oleh Faris petang tadi, kan?". Tanya Aulia kepada Danish. Namun, lelaki itu hanya berdiam diri dan membuat endah tak endah dengan keberadaan Aulia di situ.

Aulia memutarkan biji matanya melihat sikap Danish yang sama dengan Faris apabila sudah merajuk dengan orang sekelilingnya.

"B?? Sayang tanya ni, B cemburu dengan Faris ke?". Tanya Aulia dengan antonasi seperti memujuk anak kecil.

"Mana ada cemburu, sayang tu je yang fikir bukan – bukan". Kata Danish lalu membaringkan tubuhnya di atas katil milik Aulia itu.

"Kalau tak cemburu tak apa la, kejap lagi Faris tidur sini dengan kita". Kata Aulia ingin menyakat Danish. Danish terus bangun dari pembaringannya dan seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Aulia itu. Ia bagaikan petir sedang meyambar dirinya.

"Sayang....." panggil Danish meleret melihat Aulia yang hendak keluar dari bilik mereka huni ketika itu.

"Ya, kenapa? Tak boleh ke dia tidur sini". Tanya Aulia kepada Danish pura – pura tidak mengerti dari maksud panggilan lelaki itu.

"Mana boleh sayang. Mulai hari ini, sayang hanya milik B seorang. Tak ada siapa boleh peluk sayang, tidur dengan sayang atau apa pun yang berkaitan kecuali B". Kata Danish dengan tegas kepada Aulia lalu dia berdiri dan menarik tangan Aulia sehingga jatuh di atas katil. Kemudiannya, Danish menindih tubuh Aulia yang ketika ini sedang terbaring dek kerana di tarik oleh Danish tadi.

"Apa yang B nak buat ni ha?". Tanya Aulia kepada Danish dengan riak biasa walaupun ketika itu dia sendiri sudah ragu akan kesuciannya nanti.

"Kalau sayang bagi orang lain sentuh sayang, B tak jamin eh". Kata Danish lalu menjatuhkan tubuhnya disebelah Aulia.

"B berani ke buat bukan – bukan dekat sayang?". Pertanyaan Aulia seperti mencabar diri lelaki di sebelahnya untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan mereka ketika itu.

~~~~~~

Keesokkan harinya, Aulia terus bersiap mengenakan baju yang menutup leher dan berlengan panjang. Mujur Aulia yang seorang suka mengenakan baju seperti itu sejak dahulu lagi.

"Sayang!! Sorry tau pasal semalam". Kata Danish sambil memeluk Aulia dari belakang ketika Aulia sedang bersiap untuk memakai baju.

"Dah la, nak turun bawa tolong mommy dengan yang lain siapkan sarapan". Kata Aulia lalu melepaskan pelukkan Danish di pinggangnya itu. Danish dengan pasrah melepaskan pelukkannya itu dan membiarkan Aulia pergi meninggalkannya.

~~~~~~

"Kuat betul akak menjerit semalam eh. Arya dekat bilik sebelah pun boleh dengar". Kata Arya melihat kakaknya itu masuk ke dapur yang ketika itu penuh dengan ibu saudara mereka dan juga dua tiga orang menantu di dalam keluarga tersebut.

"Sibuknya budak kecil ni, pergi siap la nak pergi sekolah". Kata Aulia kepada adiknya itu untuk menutup malu yang ditahan dari tadi akibat kejadian semalam.

"Apa nak dimalukannya, elok la tu. Boleh mommy dengan daddy dapat cucu lagi". Kata mommy turut mengusik Aulia yang sudah kemerahan mukanya.

"Ish mommy ni". Kata Aulia lalu memukul perlahan bahu adik perempuannya yang memulakan kisah itu.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now