Seminggu sudah berlalu, hubungan Aulia dan Danish sudah seperti pasangan yang bahagia dan mereka berdua tidak menyelindungi perasaan antara satu sama lain. Kini, rumah itu penuh dengan kehadiran sepupunya dan saudara maranya yang lain.
"Mana Ranya? Kalau berkumpul ramai-ramai macam ni mesti dia sahaja yang tak ada". Kata salah seorang ibu saudaranya yang sering kali memerhatikan mereka adik-beradik.
"Ada, Ranya kata tadi dia dah otw datang sini dengan suami dan anak dia". Kata Rykal dan Aryan hanya mengangguk ketika dia mengikut abang sulungnya itu masuk ke dalam rumah tadi.
"Aulia, kamu jangan nak rancang – rancang pula. Dah kahwin ni duduk je rumah lagi, tak perlu la kamu nak uruskan syarikat semua. Pandai la abang – abang kamu ni uruskan". Kata Mak su yang ketika itu sedang mengendung cucu ketiganya yang baru sahaja dilahirkan beberapa bulan lepas.
"Mak su, Lia tak ada pun nak merancang. Kalau cepat sampai seruan Lia terima je". Kata Aulia lalu melihat ke arah Danish yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berbual ketika itu.
~~~~~~
Aulia yang sedang menghadap laptopnya sedang memperhatikan strategi yang sudah diatur olehnya dan Faiq beberapa hari lepas. Dalam rancangan mereka kali ini, mereka akan membantu Ranya untuk keluar dari keluarga yang ingin membunuh kembarnya itu.
Flashback.
"Lia, aku minta maaf sangat kalau kau ada terasa dengan aku dan abang – abang. Aku yang tak bagi abang cakap hal sebenar dekat kau, aku tak nak benda sama terjadi lagi dekat kau". Kata Ranya sambil memegang tangan Aulia yang berada tidak jauh dari hadapan matanya.
"Tak apa la, aku pun tak pentingkan dalam hal ni. So just go on with your life". Kata Aulia lalu melepaskan tangannya dari genggaman Ranya.
"Sebenarnya aku ajak kau jumpa ni ada benda aku nak cakap. Sebenarnya..... aku tak bahagia macam kau nampak pun, aku nak kau tolong aku dan tolong semua ahli keluarga kita. Hanya kau je yang boleh gerakkan semua orang. Kau jangan salah faham, aku bukan nak guna – gunakan kuasa kau untuk kepentingan sendiri. Aku....". Kata Ranya panjang lebar manakala Aulia yang seperti malas hendak mendengar ceramah dan huraian sedemikian menghentikan percakapan Ranya.
"Just straight to the point kenapa kau nak jumpa aku". Kata Aulia dengan nada mendatarnya kepada Ranya manakala pandangannya tertumpu kepada gadis kecil yang kini bersama dengan Faiq.
"Aku nak kau bawa aku jauh dari sini. Aku nak keluar dari rumah tu, aku dah tak tahan tengok maksiat bapa dia dengan adik perempuan dia. Aku boleh gila kalau hari – hari aku nak kena hadap benda yang sama dari orang yang tak tahu dosa dan pahala". Kata Ranya terus terang kepada Aulia tentang bapa mertua yang tidak dia kenal sepenuhnya itu.
"Habis tu laki kau nak campak mana? Nak tinggal macam tu je. Fikir dulu sebelum bertindak". Kata Aulia kepada Ranya mengingatkan gadis itu tentang suami dan ayah kepada anak – anaknya itu.
"Aku nak bawa dia keluar juga dari keluarga tu, tapi dengan cara macam ni je boleh bawa dia keluar. Aku dah habis cara ajak dia tinggal tempat lain". Kata Ranya lagi menjelaskan apa yang sudah dia buat untuk mengajak suaminya keluar dari rumah keluarganya itu.
"Nantilah aku bincang dengan Faiq dulu macam mana. Apa – apa nanti kau berurusan dengan Faiq je". Kata Aulia lalu terus bangun dan meninggalkan kembarnya itu yang masih duduk di meja makan. Aulia menuju ke arah Faiq yang sedang melayan kerenah gadis kecil itu.
"Kau hantar Ranya dengan anak dia ni balik. Aku nak pergi gudang kejap, nanti aku suruh budak ambil dekat rumah Ranya". Kata Aulia kepada Faiq lalu Faiq hanya menganggukkan kepalanya dan menghantar Aulia dengan pandangan matanya.
End flashback
"Sayang tengok apa?". Tanya Danish yang baru masuk sahaja ke dalam bilik tersebut lalu menutup rapat pintu bilik mereka itu dengan penuh berhati – hati.
"Tengok yang Faiq bagi tengah hari tadi. Lagi dua minggu kak Ranya nak bersalin, that means Sayang akan start busy sikit dengan urusan dia dan kerja". Kata Aulia kepada Danish yang ketika itu sudah merangkul tangannya yang besar itu di atas bahu Aulia. Danish sudah mengetahui tentang Aulia namun, tidak semuanya kerana Aulia masih tidak mahu suaminya itu tahu keadaan dirinya yang kini.
"Sayang.... Kalau B cakap B tak nak Sayang terlibat sama dalam hal ni macam mana?". Tanya Danish sambil matanya melihat ke arah laptop Aulia yang masih terbuka dan memaparkan ringkasan rancangan yang akan dilaksanakan.
"Kalau B tak bagi tak apa la, Sayang boleh je hantar B balik rumah parents B lepas tu Sayang tinggal la B dekat sana sebulan dua". Kata Aulia kepada Danish yang ketika itu sudah mencuka mukanya apabila mendengar ayat isteri tercintanya itu.
"Sampai hati Sayang nak tinggalkan B. Sayang dah jumpa orang lain ke nak gantikan tempat B". Kata Danish dengan nada merajuknya lalu dia melepaskan rangkulan di leher Aulia yang sudah di tampung oleh Aulia dari tadi.
"B, listen. Sayang buat semua ni untuk keluarga Sayang, untuk keselamatan kita semua. B nak tahu satu benda tak?". Tanya Aulia yang sudah memusingkan kerusinya menghadap Danish yang sudah mengambil tempat di atas katil untuk tidur.
"Apa benda?". Tanya Danish acu tak acu kerana dia masih kekal ingin merajuk dengan Aulia atas apa yang dikatakan sebentar tadi.
"Kalau boleh sampai sekarang ni Sayang tak nak kahwin dengan sesiapa pun walaupun Sayang dah jatuh hati dengan orang tu. Sayang buat macam tu sebab Sayang tau kalau Sayang kahwin dengan dia pun tak akan bertahan lama". Kata Aulia kepada Danish.
"Dah kenapa pula? Kejap – kejap!!! Sekarang ni Sayang nak cakap yang B dah rampas Sayang dari orang yang Sayang suka ke?". Tanya Danish dengan nada tak puas hatinya sambil menjengkilkan matanya ke arah Aulia. Aulia yang tidak tahan dengan sikap Danish yang kuat cemburu itu dia melepaskan tawanya dengan kuat.
"Kenapa Sayang gelak. B tahu la yang B ni bukan tipe yang Sayang nak tu". Kata Danish yang masih tidak puas hati dan kalau boleh malam ni juga dia seperti hendak balik ke rumah ibu bapanya.
"Okey, sorry Sayang dah gelakkan B tadi. Sayang tak nak kahwin dengan dia sebab masalah keluarga yang belum dapat diselesaikan. B, Sayang punya keluarga ni bukan main permainan yang biasa tau, diorang ni kalau boleh nak dapatkan sesuatu yang melibatkannya nyawa diorang sanggup membunuh tau". Kata Aulia kepada Danish yang sudah berdiri di birai katil.
"Dan orang yang Sayang tak nak ajak kahwin tu adalah Danish Amsyar". Kata Aulia dengan sedikit kuat untuk didengari oleh satu penghuni rumah agam yang besar itu. Danish yang sudah malu itu terus berlari menuju ke Aulia untuk menutup mulut si gadis itu.
"Why?". Tanya Aulia setelah Danish melepaskan tangannya dari mulut dan Danish yang sudah panik melihat orang diluar biliknya mana tahu ada yang lalu di situ sebentar tadi.
"Okey, dah jom tidur". Kata Danish yang sudah menutup pintu bilik itu semula dan menarik lembut tangan Aulia untuk mengikutnya tidur.
"Sayang nak siapkan satu benda kejap, lepas Sayang hantar E-mail ni Sayang tidur". Kata Aulia lalu kedudukannya berubah apabila tangannya ditarik kuat oleh Danish dan duduk semula dia atas riba Danish yang ketika itu Danish sudah mengambil tempat duduknya.
"Sambung cepat, lepas tu no excuse". Kata Danish dan Aulia hanya pasrah kalau sudah berada dalam keadaaan seperti bersama Danish.
~~~~~~
"Morning semua". Sapa Aulia yang baru turun dari tingkat atas untuk bersarapan pagi bersama ahli keluarga yang masih duduk di dalam rumah itu.
"Morning kak Lia". Kata Rauf dan Arya yang sudah berada di meja makan tersebut terlebih dahulu.
"Morning". Sapa Aryan dan Daddy yang dari belakang seperti baru balik dari mengambil angin di luar rumah di pagi hari.
"Mana suami kamu Aulia?". Tanya Daddy kepada Aulia yang ketika itu masing – masing sudah mengambil tempat duduk di meha makan itu.
"Ada dekat atas, kejap lagi turun la dia". Kata Aulia yang menyeduk nasi goreng yang dibuat oleh mommy mereka di pagi hari tadi ke dalam semua pinggan milik orang lain.
Mereka semua bersarapan dengan penuh girang sambil bertukar cerita antara mereka.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...