"Rancang ni akan dijalankan bila – bila masa sahaja. Keadaan Ranya pun sekarang ni tunggu masa sahaja. Aku nak semua buat persiapan awal, jangan ada satu pun kesilapan yang pihak musuh dapat nanti". Kata Aulia dengan tegas kepada anak buahnya termasuk dengan ahli keluarga yang turut terlibat sama dalam misi kali ini.
Kini mereka semua berada di rumah Aulia kerana Ranya hanya tinggal tunggu hari dan masa untuk melahirkan anak keduanya. Apabila Ranya melahirkan sahaja anak keduanya itu, mereka semua akan menjalankan rancangan seperti yang sedia maklum. Danish juga terlibat sama dalam misi kali ini untuk memerhatikan isteri tercintanya agar tidak terluka dan sebagainya.
"Baik King". Balas mereka semua serentak dan setelah itu mereka terus beredar dari situ dengan hanya memberikan isyarat mata kepada mereka semua.
~~~~~~
Sedang semua nyenyak dibuai mimpi, Aulia mendapatkan panggilan dari seseorang di awal pagi yang masih gelap. Aulia meraba – raba meja kecil di sisi katilnya untuk mencapai telefonnya yang menganggunya tidur ketika itu.
"Hello". Sapa Aulia yang dalam keadaan mengantuk lagi setelah dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hello, Lia. Aku dah nak beranak ni, tolong bawa aku pergi hospital". Kata Ranya di hujung talian sambil menahan sakit di perutnya.
"Laki kau mana? Kau suruh la laki kau yang bawa pergi hospital". Kata Aulia kepada Ranya dalam keadaan mamainya.
"Laki aku tak ada, dia outstation. Aulia jangan rosakkan plan, cepat la aku dah sakit sangat ni". Kata Ranya dihujung talian lalu dia mematikan panggilannya kerana tidak tahan dengan sakit yang dia tanggung kini.
Aulia yang baru sahaja sedar, terus mengejut Danish yang sedang nyenyak dibuai mimpi. "B, bangun, Ranya dah nak bersalin". Kejut Aulia lalu dia mengambil semula phonenya dan menghubungi Faiq untuk mengambil Ranya di rumahnya.
~~~~~~
Setibanya sahaja Aulia dan Danish di hospital, Aulia terus mencari kelibat Faiq yang sudah berada di sana terlebih dahulu. Danish yang mengikut dari belakang masih mengantuk dan tidak bermaya untuk mengejar langkah Aulia yang laju di hadapannya.
"Faiq! Macam mana?". Tanya Aulia yang sudah berdiri di hadapan Faiq yang masih menunggu di luar labour room itu.
"Aku sampai tadi, laki dia memang tak ada. Yang ada pun anak dia yang first tu. Aku dah hantar pergi rumah kau tadi suruh mommy dengan yang lain jagakan dulu. Kalau Ranya dekat dalam tu aku tak sure lagi, rasanya okey la tu kot". Kata Faiq secara terperinci tentang keadaan Ranya dan anak sulungnya itu kepada Aulia.
"Badan perempuan yang akan gantikan tempat Ranya, dah dapat ke belum?". Tanya Aulia kepada Faiq untuk memastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar.
"Semua dah beres, aku dah bagitahu dekat doktor yang handle kes Ranya. Dia okey demi keselamatan Ranya, tapi kita tak boleh terus hantar Ranya ke Korea sebab ada beberapa perkara lagi nak kena uruskan dekat sini sebelum doktor lepaskan". Kata Faiq seperti mana yang diberitahu oleh doktor yang menyambut kelahiran anak kedua kepada kembarnya itu.
"Tak apa, yang selebihnya biar aku yang uruskan but untuk malam ni, mayat tu kena ada dekat tempat dia sebelum family mertua Ranya sampai sini". Kata Aulia tegas kepada Faiq yang masih tersengguk akibat mengantuk dan keletihan seperti tiada rehat baginya.
"Jangan risau, aku dah suruh budak kau set up camera tempat baik punya". Kata Faiq sambil menahan kantong matanya dari terbuka kembali tertutup dan elok pula Danish yang duduk sebelahnya sudah tertidur semula dari tadi.
Beberapa minit kemudian, dengar bunyi tangisan baby dan terlihat seorang doktor keluar dari bilik tersebut.
"Keluarga Ranya Isma?". Panggil doktor yang baru sahaja keluar dari Labour Room itu dengan masih berpakaian baju birunya itu.
"Saya". Sahut Aulia yang melihat kedua lelaki itu sudah tertidur lena di tempat menunggu itu.
Doktor itu memberitahu kepada Aulia tentang keadaan Ranya dan meminta untuk stay di dalam hospital itu dalam beberapa hari untuk pemeriksaan lanjut sebelum dia di pindahkan ke hospital di Korea yang seperti mana di beritahu oleh Faiq kepada doktor tersebut.
"Terima kasih doktor. Apa nanti doktor bagitahu saya sahaja dan juga suaminya yang itu". Kata Aulia sambil menunjukkan ke arah Faiq yang sudah terlena itu. Doktor itu hanya mengangguk dan meninggalkannya dengan sebuah senyuman manakala Aulia menunggu Ranya keluar dari Labour Room itu dia membangunkan kedua jejaka yang masih lena dibuai mimpi dari tadi.
~~~~~~
Ranya sudah di masukkan ke wad biasa pada pukul 4.30 pagi tadi dan dia sempat melihat anak keduanya sebelum dia menyambung tidur semula selepas penat bertarung nyawa sebentar tadi. Aulia sudah memaklumkan kepada semua ahli keluarganya yang setia menuggu di rumah tentang khabar berita dari mereka bertiga.
Sesudah sahaja mereka menunaikan solat subuh bersama di dalam wad milik Ranya itu, terdengar kekecohan diluar bilik wad Ranya itu.
"B pergi tengok dekat luar tu apa jadi". Kata Aulia kepada Danish untuk mengelakkan kecurigaan terhadap ahli keluarga mertua Ranya. Kalau dia minta Faiq yang melihatnya ada pula yang mengetahui rancangan mereka dan kewujudan Aulia di situ.
Danish hanya mengangguk dan terus dia keluar untuk melihat kejadian yang berlaku di luar bilik wad yang dihuni oleh Ranya itu.
"Kenapa tu nurse?". Tanya Danish kepada seorang nurse yang berdiri tidak jauh dari tempat melihat keluarga itu membuat bising di dalam kawasan hospital.
"Oh keluarga tu datang nak tengok menantu dia masuk hospital, katanya baru bersalin semalam. Tapi bila nurse tu minta maklumat ahli keluarga masing – masing tak nak bagi". Kata Nurse itu sambil melihat ke arah ahli keluarga itu satu persatu.
Beberapa minit kemudian terlihat kelibat seorang doktor yang lalu di kawasan itu dan terus menuju ke arah meja pendaftaran itu.
"Keluarga Puan Ranya Isma masih tidak ada yang datang ke? Kita tak boleh nak contact keluarga dia sebab tak ada detail lain pasal dia". Kata doktor itu kepada nurse yang menjaga meja hadapan itu dan ketika itu suaranya dibiarkan sedikit kuat untuk menarik perhatian ahli keluarga yang sibuk berdebat untuk melihat menantu mereka itu.
"Kami ahli keluarga pesakit yang doktor sebut tadi. Boleh kami tengok keadaan menantu dan cucu kami?". Tanya perempuan separuh abad itu kepada doktor lelaki tersebut.
"Puan ahli keluarga dia. Alhamdulillah, bagus la kalau puan dan yang lain dah sampai. Pihak hospital dah tak tahu nak hubungi macam mana lagi untuk maklumkan kepada ahli keluarganya". Kata doktor itu dengan nada yang bercampur baur.
"Menantu kami macam mana doktor?". Tanya pula lelaki baru abad yang berdiri statik dari tadi di belakang seorang gadis muda yang berpakaian terdedah seperti tidak cukup kain itu.
"Sebelum tu saya nak minta maaf banyak – banyak kepada semua. Menantu puan, tumpah darah sebelum sempat tiba di hospital dan mengakibatkan bayi dalam keadaan tidak selamat. Maafkan kami puan, kedua – duanya tidak dapat di selamatkan". Kata Doktor itu kepada ke semua ahli keluarga mertua Ranya.
"Allahuakbar, Doktor boleh saya tengok menantu saya?". Tanya perempuan separuh abad itu meminta izin untuk melihat keadaan menantu perempuannya.
Doktor itu mengangguk dan membawa ke semua ahli keluarga itu menuju ke sebuah bilik yang tertutup. Danish memerhatikan sehingga ahli keluarga itu masuk ke dalam bilik tersebut, doktor terus meninggalkan mereka di situ. Namun tidak lama kemudian, mereka seperti bersorak kegembiraan atas pemergian Ranya yang merupakan menantu di dalam rumah itu.
"It impossible". Kata Danish setelah masuk semula ke dalam bilik rawatan Ranya yang sebenar dan terus duduk di sebelah Aulia. Mereka berdua hanya tersenyum mendengar perkataan yang keluar dari mulut Danish itu.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...