Sebulan sebelum majlis di antara Aulia dan pasangan pilihan yang tidak diketahui olehnya akan berlangsung, Aulia menyebukkan dirinya dengan kerja-kerja di pejabat dan beberapa lagi masalah yang perlu di uruskan olehnya.
"Eh Aryan, cukup ke semua barang ni untuk malam ni, bukan kita je yang nak makan ni. Sepupu kamu semua balik sini, kejap lagi mereka semua sampai?". Tanya Mommy kepada Aryan yang baru sahaja tiba dirumah bersama dengan barang basah dan kering untuk dijadikan lauk untuk makan malam mereka nanti.
"Cukup mommy, ayam tu ada 4 ekor, nanti Aryan tolong basughkan dengan Rauf. Yang lain tu mommy boleh settlekan, Aryan nak naik atas solat kejap". Kata Aryan kepada Mommy lalu meletakkan semua bahan basah dan kering itu di atas kaunter dapur yang memisahkan kedudukan dirinya dan ibu saudaranya itu.
"Ha iya la, kamu panggil sekali Aulia dengan Arya turun ke bawah. Mommy cari Aulia tapi tak nampak kelibat dia dari pagi tadi". Kata Mommy kepada Aryan sambil itu dia sudah mula mengemas sedikit demi sedikit baarang yang dibeli oleh Aryan.
"Oh okey mommy, nanti Aryan suruh mereka berdua turun ke bawah". Kata Aryan lalu dia pergi meninggalkan dapur itu kepada pengawasan mommynya itu sementara dia naik keatas untuk solat dahulu.
Selang beberapa minit kemudian, Aulia turun ke bawah sambil melihat handphonenya untuk menguruskan kerja yang masih tidak dapat disudahkan.
"Mommy". Panggil Aulia yang sudah masuk ke dalam dapur dan melihat hanya ada mommynya sahaja di situ.
"Ha turun pun bakal pengatin ni, kamu ni macam tak suka je nak kahwin". Kata Mommy apabila melihat Aulia sedang bersedia untuk membantunya untuk menyiapkan bahan untuk masak makan malam nanti.
"Tak ada la Mommy, Aulia banyak kerja nak kena settlekan. Tu yang macam serabut sikit". Kata Aulia kepada ibu saudaranya yang seperti kerisauan akan kebahagian si gadis itu.
"Kamu tak nak kenal ke dengan calon suami kamu?". Tanya Mommy kepada Aulia sambil itu tangan masih sibuk menyusun barang-barang di dalam kabinet dapur tersebut.
"Bukan tak kenal Mommy, cukup abang Rykal happy dengan keputusan dia sudah". Kata Aulia lalu mengambil bekas kecil untuk meletakkan cili dan bawang yang sudah di kupas untuk memasak.
"Kamu kena tahu juga dia tu siapa, keturunan dia macam mana, family dia boleh ke terima kamu. Mommy tau kamu dengan dia kahwin sebab abang kamu tapi itu semua penting untuk kamu ambil tahu juga, kamu yang nak kahwin dengan lelaki dan keluarga lelaki tu". Kata Mommy memberikan ceramah ringkas kepada Aulia.
"Baiklah mommy, nanti Lia siasat siapa bakal suami Lia tu". Kata Aulia apabila wanita itu sudah mula membuka kelas ceramah petangnya untuk hari itu.
"Tak payah la kamu nak pergi siasat bagai, ni mommy ada gambar dia dengan family dia sekali. Kamu tengok la dulu". Kata Mommy lalu menghulurkan hadphonenya yang sudah dibuka aplikasi galeri yang memaparkan sekumpulan gambar ahli keluarga.
'Serius la mamat ni, woah patut aku pelik je. Dia boleh minta izin dengan abang nak ajak aku pergi mana-mana suka hati dia je'. Kata Aulia di dalam hati setelah melihat gambar lelaki yang turut berada di dalam gambar keluarga itu.
"Lia okey tak, mommy dah jumpa diorang semua hari tu nak bincang apa yang patut. Mommy tengok pilihan abang okey, tak ada masalah setakat ini.
"Lia okey je mommy kalau mommy cakap macam tu. Mommy rasa diorang semua tu okey, Aulia lagi okey". Kata Aulia sambi tersenyum kepada mommynya bagi menghilangkan rasa sedih dan risau wanita tua dihadapannya kini.
Mereka menyiapkan persiapan untuk makan malam dan beberapa kudapan untuk di makan ketika membuat kerja menyiapkan hantaran perkahwinan Aulia dan lelaki pilihan Rykal.
~~~~~~
"Aulia pergi siap sana, kejap lagi bakal suami kau datang ambil nak bawa pergi beli barang sikit". Kata Rykal kepada Aulia apabila dia melihat ke semua adik-beradiknya kini sedang duduk bersantai bersama sepupu dan mak cik pak cik mereka.
"Nak buat apa, Lia malas nak keluar la dah nak petang macam ni". Kata Aulia tanpa memandang ke arah abang yang berdiri tegak di sebelah isterinya dari tadi.
"Kau nak makan nasi ke nak makan kaki kejap lagi?". Soalan Rykal itu tidak dijawab oleh Aulia malah si gadis itu terus mengangkat kaki dan berlalu pergi meninggalkan ruangan yang penuh dengan ahli keluarga itu.
Mereka semua hanya membuat tidak tahu kerana sudah lali dengan sikap Rykal yang tegas dengan adik-beradik lelaki itu dengan cara demikian. Namun, bagi mereka Aulia lebih menakutkan lagi apabila sudah marah atau sebagainya.
~~~~~~~
Setibanya sebuah kereta yang amat dikenali oleh Aulia berhenti di hadapan rumahnya, dia terus membuka langkah pergi menuju ke kenderaan berkenaan.
"Waalaikumusalam, jangan banyak cakap jalan je terus". Kata Aulia tanpa sempat lelaki itu membuka mulut sedikit untuk menyapanya.
Lelaki itu hanya mengangguk dan memulakan pemanduannya untuk ke sebuah kedai emas yang terletak di tengah bandar di Kuala Lumpur.
"Aulia, sorry pasal sebelum ni?". Kata lelaki tersebut kepada Aulia yang sedari tadi tidak berkata apa-apa dengannya sehingga membuatkan lelaki itu berasa serba salah atas tindakannya dan abang gadis itu.
"Dah la Danish, berapa minggu je lagi nak kahwin". Kata Aulia kepada Danish lalu dia menutup handphonenya dan turut menumpukan perhatian ke arah perjalanan mereka.
Setibanya mereka di kedai emas tersebut, Aulia menjadi rambang mata untuk memilih cincin untuk digunakan dalam majlis akad nikah nanti, manakala Danish juga turut mencari beberapa jenis cincin yang sesuai untuk tema majlis mereka -pada hari itu dan juga berkenaan di hati si pemakai nanti.
Setelah selesai memilih cincin untuk akad nikah, Danish membawa Aulia untuk makan malam memandangkan kini mereka sudah mahu menginjak waktu malam.
"Kita pergi makan dulu, lepas tu saya hantar awak balik rumah". Kata Danish kepada Aulia yang turut memberi tumpuan kepada perjalanan mereka pada hari itu.
"Ikut awak la, awak yang drive bukan saya". Kata Aulia apabila dia sudah mula rasa mengantuk setelah penat berjalan seharian.
~~~~~~
Aulia terus masuk ke dalam rumah setelah beberapa minit dia melangkah meninggalkan kereta Danish yang masih setia di hadapan pintu rumahnya itu.
"Amboii lambatnya balik orang tu?". Tegur Hanis yang ketika itu terlihat kelibat Aulia yang baru masuk ke dalam rumah tersebut.
"Biarlah, kalau jealous cakap jangan pendam. Guard depan sana tu solo lagi boleh la try market dekat guard tu". Kata Aulia kepada kakak sepupunya itu.
"Woah, dia Rykal cari yang helok. Sampai tang kita dia bagi pak cik guard yang tinggal beberapa hari nak ke kubur tu eh". Kata Hanis yang cuba merancangkan suasana mereka malam itu dengan kehadiran Aulia.
"Dah memang itu test kau. Nak buat macam mana". Kata Aulia kepada kakak sepupunya itu.
Aulia duduk bersama mereka di ruang tamu setelah selesai membersihkan diri di biliknya. Sedang dia duduk bersama ahli keluarga yang telah berkumpul di rumahnya itu, dia mendapat pesanan ringkas dari WhatsApp yang telah dihantar oleh saudara jauhnya.
"Lia naik dulu. Esok ada kerja nak kena settlekan". Kata Aulia lalu dia terus naik ke atas selepas berpamitan dengan semua ahli keluarganya.
"Eleh, nak pergi dating lagi la tu esok". Sakat Adam yang duduk bersebelahan dengan Aryan.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...