PART 10 || NETK

48 3 8
                                    

Sedang Aulia dan Aryan menyiapkan meja makan dengan menghidangkan segala masakan yang dimasak tadi. Tiba-tiba, ada seseorang yang datang mengetuk pintu rumah dan tetamu tersebut di sambut oleh Rykal yang baru sahaja turun dari biliknya.

Aulia dan Aryan yang mendengar perbualan di antara Rykal dan tetamu perempuan itu memandang antara satu sama lain. Mereka berdua tersenyum seperti mahu menyakat dan mengenakan abang kesayangan mereka itu.

"Awak kenapa pinggan ni susunan dia tak teratur, cuba susun tu elok sikit awak ni". Kata Aulia kepada Aryan yang sudah masuk ke dapur manakala Aulia pula yang berada di meja sedang menuang air ke dalam gelas minuman mereka nanti.

"Biar je la, nanti nak guna juga pinggan tu. Berterabur juga nanti awak". Kata Aryan yang turut sama ingin meyakat abangnya.

"Awak, mangkuk semalam yang awak guna tu letak mana. Saya nak isi ketam masak lemak ni dekat dalam tu". Kata Aulia yang sememangnya sedang mencari mangkuk tersebut di dalam kebinet pinggan.

"Ada la dekat dalam rak pinggan tu, awak ni cari guna mata ke apa ni awak". Kata Aryan lalu mendekati tempat Aulia berdiri tadi dan mengeluarkan mangkuk tersebut.

Sedang Aryan dan Aulia memasukkan lauk ketam tersebut ke dalam mangkuk, Rykal masuk ke dalam dapur untuk menegur kedua adiknya yang dia hanya dengarkan sahaja dari tadi.

"Awak, tumpah la". Kata Aulia kepada Aryan yang sedang mencedok kuah masak lemak tersebut untuk di masukkan ke dalam mangkuk tadi.

"Yang korang berdua ni dah kenapa awak saya bagai ni. Kalau tak macam anjing dengan kucing je kalau duduk dekat-dekat". Tegur Rykal yang mendengar perbualan mereka dari tadi menggunakan panggilan awak saya.

"Kalau nak sakat abang ya la kita orang jadi matahari dengan bulan". Kata Aryan lalu mereka berdua senyum mengejek kepada Rykal.

"Biarlah nak awak saya ke apa ke, tak boleh ke?". Tanya Aulia kepada Rykal pula yang saja ingin membuatkan abangnya itu merasa malu apabila mereka terdengar perbualannya bersama tetamu perempuan itu tadi.

"Erm tak apa la kalau abang tak bagi Aryan dengan Lia guna awak saya. Sayang nanti angkat air dalam jug satu lagi tu bawa ke depan ya". Kata Aryan lalu berjalan melepas Rykal yang berada di pintu masuk dapur.

Aulia sudah tersenyum mengejek kepada Rykal dan dia turut berlalu meninggalkan Rykal di situ. Rykal sudah meraup mukanya yang sudah kemerahan apabila di usik oleh kedua adiknya itu.

"Lia naik atas kejap panggil diorang bertiga". Kata Aulia kepada Aryan yang sedang menyusun atur makanan di atas meja.

"Okay. Erm abang dah boleh ajak tetamu makan rasanya". Kata Aryan kepada Rykal yang sudah berdiri di sebelahnya selepas memberikan kata putus kepada Aulia tadi.

Rykal hanya mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Aryan di situ manakala Aulia pula sudah tiba di atas dan menuju ke bilik Faiq terlebih dahulu untuk memanggil si putera raja seorang itu turun makan bersama.

"Faiq, keluar makan". Panggil Aulia sambil mengetuk pintu bilik Faiq yang berada bersebelahan bilik Rauf.

"Abang Faiq dah turun tadi ke bawah, katanya nak jumpa kawan dia dekat luar". Kata Rauf yang keluar dari bilik apabila terdengan Aulia memanggil abang sepupunya itu.

"Oh okay, Rauf turun bawah dengan Arya dulu pergi dekat meja makan". Kata Aulia kepada Rauf kemudian di masuk ke dalam biliknya untuk menukar baju sweet shirt dan seluar track berwarna hitam.

Setelah selesai menukar baju, Aulia terus turun ke bawah dan menuju ke pintu masuk rumah tersebut untuk mencari kelibat Faiq yang dikatakan Ruaf sebentar tadi sedang berada di luar rumah. Aulia terlihat kelibat Faiq yang sedang membelakanginya manakala di hadapan Faiq terdapat seorang lelaki yang agak kurang dikenali jika dipandang dari jauh.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now