PART 5 || NETK

82 3 0
                                    

Sebulan sudah berlalu, rutin harian Aulia seperti biasa akan menghantar Arya dan Rauf ke sekolah dahulu baru dia akan menuju ke universitynya. Aulia terus memandu masuk ke tempat letak kereta di university itu dan setelah itu keluar dari kereta melangkah menuju ke cafe.

Namun, jalannya tiba-tiba di halang oleh seseorang yang hanya dikenali dan bercakap pada hari pertama di dalam bilik pejabat Prof. Hanif. Aulia hanya memandang sepi wajah lelaki di hadapannya ketika itu kerana dia malas mahu berbual dengan lelaki yang dia tidak kenal.

"Hai". Sapa Danish dengan muka yang membuatkan perempuan yang berada di sekitar itu menjerit hesteria dan ada juga yang cemburu.

"Waalaikumusalam, Encik Danish nak apa pagi-pagi terpacak depan saya?". Tanya Aulia selepas melepaskan nafas beratnya setelah melihat keadaan sekelilingnya seperti hendak membunuhnya itu.

"I just nak tegur je, kitakan kawan". Kata Danish lalu dia menghulurkan tangannya ingin bersalaman dengan Aulia.

"Suka hati la". Kata Aulia dan pergi meninggalkan terus Danish yang masih berdiri di situ.

"Haih, Danish pagi-pagi kau dah kena perli dengan dia, nasib satu kelas dengan dia boleh jumpa lagi nanti". Kata Danish dan terus berjalan menuju ke kelasnya yang akan bermula dalam beberapa minit sahaja lagi itu.

Danish melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat diantara Faiq dan kawannya lagi seorang.

"Ha sampai pun kau, pergi mana ha nasib madam tak masuk lagi". Kata Faiq yang .

"Ada la nanti aku bagitahu kau cerita best punya". Jawab Danish sambil tersenyum mengingatkan momen tadi bersama Aulia.

~~~~~~

Aulia terus mencari kelibat ketiga sahabatnya di dalam cafe sebelum bergerak bersama menuju ke kelas pada pagi itu bersama dengan Madam Wani iaitu subject Media Law.

"Assalamualaikum, sorry Lia lambat". Kata Aulia setiba sahaja di meja yang diduduki oleh tiga sahabatnya yang setia menunggu kedatangannya.

"Waalaikumusalam, eh tak apa la Lia. Kami pun baru juga sampai". Balas Yana sambil tersenyum penuh makna tersirat yang tidak dapat difahami Aulia.

Aulia memandang ke arah Daura dan Qish yang juga ikut tersenyum seperti Yana itu dan Aulia mula pelik dengan sikap mereka pada pagi itu.

"Kenapa? Lia ada buat benda pelik ke? Ke dekat muka Lia ada something?". Tanya Aulia yang tidak tahu apa-apa disebalik senyuman mereka.

"Tadi aku lalu dekat depan sana tu, lepas ternampak benda yang jarang aku nampak la". Kata Daura sambil memandang Aulia yang masih tidak faham.

"Nampak apa?". Tanya Aulia lagi lalu dia menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Haish kau ni Lia, tadi aku nampak kau dengan anak Prof. Hanif tu. Tapi yang kita orang tertanya-tanya macam mana kau boleh bercakap dengan dia?". Tanya Daura yang melihat kejadian di kaki lima university itu menghala ke arah cafe.

"Ooo?? Si Danish tu, kenapanya kalau aku bercakap dengan dia?". Tanya Aulia semula kerana masih dalam fasa yang tidak memahami situasi di dalam university itu.

"Tak ada la, kita orang cuma pelik. Dia tu tak pernah nak bercakap dengan perempuan, kalau kita orang tegur pun dia buat tak layan pun tapi kadang-kadang la dan satu benda yang kita peliknya kau budak baru masuk, kalau budak yang baru masuk nak berkenalan dengan dia lagi la pandang mata pun tak nak dia tu". Terang Daura kepada Aulia tentang sikap Danish sebelum ini dengan pelajar perempuan di dalam university tersebut.

"Oh satu lagi, kita ni semua satu kelas dengan geng lelaki yang panggil kau sayang tu termasuk anak Prof. Hanif tu". Kata-kata Yana itu seperti petir yang menyambar ke otak Aulia yang tiba-tiba berdiri kaku dan tidak bergerak di tempatnya itu.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now