PART 9 || NETK

60 3 0
                                    

Seminggu selepas Aulia melakukan perjumpaan bersama dengan ahli kumpulannya, tidak berlaku apa-apa kejadian yang merbahaya termasuk terhadap Ranya yang semakin sihat dan makin sarat mengandung anak keduanya itu.

Aulia yang sudah pulang dari universitynya seperti biasa mengambil Arya dan Rauf di sekolah terlebih dahulu dan membawa mereka pergi makan sebelum pulang ke rumah. Tiba sahaja di rumah, terdapat sebuah kotak kecil yang terselit di pagar rumah tersebut.

"Rauf turun dulu ambil kotak tu bawa masuk". Arah Aulia kepada Rauf yang berada di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.

Rauf yang tidak membalas apa-apa terus keluar dari kereta lalu mengambil kotak berkenaan untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Setelah Aulia meletakkan keretanya di garage rumahnya, dia dan Arya terus keluar dan mencari keberadaan Rauf di dalam rumah tersebut untuk melihat isi di dalam kotak tadi.

"Kak Lia apa benda ni?". Tanya Rauf kepada Aulia setelah melihat kakaknya itu masuk ke dalam rumah.

"Not sure. Ada yang order barang atau kawan bagi present ke?". Tanya Aulia semula kepada mereka berdua semula.

"Mana pernah kita orang order barang dekat mana-mana. Selalu abang yang akan pergi beli atau abang akan minta someone pergi belikan kalau benda tu nak guna". Kata Rauf jikalau hendak membeli sesuatu barang.

Rykal dan Aryan yang lebih gemar membeli dengan mata dan tangan sendiri daripada memilih beli barang dengan hujung jari sahaja.

"Apa kata kalau kita bukan je dulu kak Lia, lagi pun tak ada nama pengirim atau pun maklumat dekat atas barang tu". Kata Arya yang berdiri di sebelah Rauf sambil melihat ke arah kotak tersebut.

Tanpa berlenggah lagi, Aulia membuka kotak yang berbalut dengan pembalut berwarna merah itu, kini hanya tinggal sebuah kotak tanpa pembalut itu. Tiba-tiba, ada bau busuk keluar dari kotak tersebut yang membuatkan mereka bertiga menutup hidung.

"Kak Lia, apa yang bau busuk sangat ni?". Tanya Rauf sambil menutup hidungnya.

"Rauf dengan Arya tutup aircord lepas tu buka semua tingkap, pintu depan dengan slide door je". Arah Aulia kepada Rauf dan Arya untuk mengurangkan bau yang teramat busuk di dalam rumah tersebut.

Aulia membuka kotak tersebut untuk melihat isi di dalam kotak berkenaan. Dengan berhati-hati, Aulia membuka penutup kotak itu, isi di dalam kotak tersebut terdapat satu ekor bangkai burung yang sudah mati di tembak dan terdapat sehelai kertas. Aulia membuka helai kertas tersebut untuk melihat isi kandungan yang tertulis atas kertas berkenaan dengan menggunakan darah burung yang sudah di tembak itu.

"Astarfirulallahalazim". Kata Rauf yang baru sahaja tiba semula di ruang tamu terkejut melihat isi kotak yang berada di hadapan Aulia.

"Rauf??" Aulia mendapatkan adiknya yang sudah terduduk di lantai akibat terkejut melihat isi kotak tersebut. "Bawa Arya naik atas, kak Lia akan settlekan benda ni". Arah Aulia kepada Rauf.

Rauf hanya menganggung dan bangun dari duduknya untuk mencari keberadaan Arya yang sedang membuka tingkap dalam rumah tersebut. Setelah Rauf menjumpai Arya, dia terus menarik tangan Arya untuk mengikutinya masuk ke dalam bilik.

Setelah Aulia membuang kotak yang berisi bangkai tersebut. Aulia terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan dirinya.

~~~~~~

Sedang Aulia duduk di atas katilnya sambil membuat kerja yang perlu di hantar kepada pensyarahnya nanti, tiba-tiba ada orang yang datang ke biliknya.

Tok... Tok...

"Siapa?". Tanya Aulia yang masih duduk di atas katil itu, sambil membelek helai kertas yang sudah di print olehnya di library university sebelum pulang ke rumah tadi.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now