Dua minggu sudah berlalu, majlis perkahwinan antara Aulia dan Danish semakin tiba. Namun, Aulia dan Rykal masih lagi tidak bertegur sapa manakala Danish pula masih tidak mengetahui tentang latar belakang dan detail lelaki bernama Izek yang berada di samping Aulia.
Tok... Tok... Tok...
Seseorang telah mengetuk pintu bilik Aulia yang ketika itu sedang membuat persiapan barang yang diperlukan untuk digunakan pada majlisnya itu nanti.
"Siapa? Masuk je, Lia tak kunci pintu pun". Kata Aulia kepada si pengetuk pintu tersebut.
"Mommy ni ha". Kata mommy sambil menguak pintu bilik milik Aulia, lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dan duduk di sofa yang disediakan dalam bilik Aulia itu.
"Aulia macam mana? Sampai bila tak nak bercakap dengan abang. Mommy tengok abang tu beria nak bercakap dengan kamu, tapi kamu asyik mengelak je nak berjumpa dengan abang". Kata Mommy kepada Aulia yang sedang sibuk mengemas barang dan beberapa pakaian ke dalam bagasinya.
"Mana ada Aulia nak mengelak jumpa abang, Aulia cuma tak nak bebankan dia je. Aulia tau yang Lia ni banyak menyusahkan abang dalam semua hal". Kata Aulia kepada ibu saudaranya yang sudah dianggap sebagai mommynya.
"Tapi sampai bila kamu nak macam ni, kesian Mommy tengok abang kamu tu macam tu". Kata Mommy untuk mencuba nasib dalam memujuk Aulia untuk berbaik dengan abang sulungnya.
"Iya la mommy, nanti Aulia cuba bercakap dengan abang". Kata Aulia lalu memberikan senyuman yang cukup manis kepada ibu saudaranya itu.
"Ni satu lagi, Mommy nak ingatkan. Barang-barang yang kamu nak bawa tu nanti letak dalam satu beg, senang nanti Aryan, Rauf dengan Arya nak bawakan". Pesan Mommy kepada Aulia dan dalam masa yang sama turut melipatkan baju yang sudah Aulia sediakan diatas katil.
"Okay la, Mommy nak turun dulu. Kalau ada apa-apa nak mommy tolong panggil je, nanti mommy datang sini". Pesan mommy kepada Aulia lalu terus beredar keluar dari bilik Aulia.
~~~~~~
"ALong, ada lagi ke barang yang kamu nak bawa nanti pergi hotel. Kalau ada letak dekat satu tempat nanti senang baba dengan umi nak bawa pergi sana". Kata Puan Dania kepada anak lelakinya itu.
"Tak ada umi, semua along dah letak dalam satu beg. Nanti senang umi dengan baba nak bawa juga". Kata Danish kepada umi yang ketika itu sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.
"Barang kamu tu semua kemas elok-elok, almari kamu dah kosongkan ke ruang untuk letak baju bakal isteri kamu nanti?". Tanya umi sambil memeluk tubuh.
"Alhamdulillah, almari along tu banyak lagi ruang kosong. Along memang dah sediakan ruang tu lama dah umi". Kata Danish dengan penuh yakin dan bangga dengan diri sendiri.
"Kemas la elok-elok, umi nak masuk bilik dulu. Tunggu baba kamu balik lambat lagi baik umi pergi tidur dulu". Kata umi dan terus beredar pergi meninggalkan bilik anak bujangnya yang sedang berselerak dek baju dan barang-barang bujangnya.
Danish hanya menghantar pemergiaan uminya melalui pandangan dan senyuman dari seorang anak lelaki yang bukan hanya akan bertanggungjawab kepada keluarganya itu malah selepas ini tanggungjawabnya akan bertambah dengan kehadiran Aulia di dalam hidupnya bersama keluarga kecilnya di masa akan datang.
~~~~~~
Hari yang ditunggu oleh kedua-dua pihak telah pun tiba, di mana Aulia akan disatukan dengan Danish pada pagi itu di masjid KLCC dan yang akan terlibat sama hanya ahli keluarga dan juga beberapa orang wartawan yang diundang masuk ke dalam masjid tersebut oleh Rykal dan Ridwan.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
CasualeTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...