PART 6 || NETK

66 3 0
                                    

Setelah Aulia melangkah masuk bersama Faiq, Aulia yang bertentangan mata dengan mommy Faiq terkejut melihat kedatangan insan yang telah menghilangkan diri sebelum ini.

"Ya allah, Aulia!!!". Kata Mommy Faiq lalu terus mendapatkan Aulia yang berada di pintu masuk.

"Rindunya mommy dekat kamu Aulia, 5 tahun lebih kamu menghilangkan diri selepas mama dengan papa meninggal dunia". Sambung Mommy Faiq lagi sehingga jatuh air mata tua itu.

"Ala mommy jangan la nangis, habis nanti tak cantik macam mana". Kata Aulia yang ingin menghilangkan rasa sedih dan pilu di rasakan wanita tua yang sudah di anggap seperti mamanya sendiri.

"Mommy ni rindu kak Lia je ke??? Arya dengan abang Rauf tak rindu ke??". Kata Arya lalu membuat muka sedihnya dan merajuk di belakang Rauf yang sedang duduk di sofa.

"Ala budak ni sorang manja betul dia lepas lama tak jumpa mommy. Tak akan la mommy tak rindu dengan dengan Arya dan Rauf, lama tak jumpa kalau tak masing-masing melekat dekat sini kalau abang Rykal dengan abang Aryan tak ada dekat rumah". Kata Mommy Faiq sambil berjalan mendekat Arya yang berada di belakang Rauf itu lalu dipeluk erat tuuh kecil itu.

"Lia balik Malaysia bila, Mommy tak tahu pun Lia nak balik Malaysia". Kata Mommy Faiq setelah melepaskan pelukkan di tubuh Arya.

"Baru je beberapa bulan mommy, maybe baru 2 bulan macam tu". Kata Aulia yang tidak ingat hari kepulangannya bila kerana sibuk dengan urusan pejabat dan pada masa yang sama merancang strategi baharu selepas mengetahui tentang perkahwinan Ranya.

"Aik!! Jap, kalau baru beberapa bulan je kau dekat sini? Bila masanya kau uruskan kemasukan university?". Tanya Faiq yang pelik kerana Aulia masuk ke university pada hari yang sama dia dan pelajar tetap di university itu masuk.

"Apa guna ada dua orang abang yang boleh di minta tolong. So, aku suruh la abang Aryan pergi daftarkan aku dekat uni tu sekali dengan course yang aku ambil dekat Korea sebelum ni". Terang Aulia kepada Faiq cara dia menguruskan kemasukkannya ke dalam university itu.

"Oh iya, apa khabar dengan mereka yang jaga kamu tu?". Tanya Mommy Faiq kepada Aulia apabila teringat yang anak buahnya itu dijaga dan dipantau oleh seorang lelaki yang pernah menjadi sebahagian dari keluarga mereka dahulu.

"Alhamdulillah semua sihat, masing-masing busy dengan concert la, tour diorang tu la apa semua tu". Kata Aulia yang pernah mengikuti orang yang menjaganya ke semua tempat di dalam peta bumi.

"Mommy! Arya lapar la, ada makanan tak?". Tanya Arya yang sudah memegang perut untuk ke sekian kalinya.

"Ha ya la, jom kita pergi makan. Lupa dah mommy makan tengah hari dapat borak dengan kamu. Kesian Arya lapar dah tunggu kita berborak, jom... jom". Kata mommy Faiq kepada Aulia dan yang lain juga.

Sedang mereka beredar dari ruang tamu untuk ke meja makan, tiba-tiba kedengaran suara orang lelaki memberi salam diluar rumah dan beberapa saat kemudian terpancul muka yang amat dikenali oleh Aulia, Rauf dan Arya iaituTengku Fizlan Irwan, daddy Faiq. "Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam, ehh!! Abang". Kata Mommy Faiq yang tidak menyangka suaminya itu akan pulang ketika waktu lunch.

"Awal abang balik hari ini, selalunya abang lunch dengan Dato-Dato tu dulu". Kata Mommy Faiq yang seperti memerli Daddy Faiq ketika itu.

"Abang malas nak makan dengan diorang tu, bosan dah. Hari tukar selera nak makan dengan isteri abang yang cantik ni". Kata Daddy Faiq yang masih sahaja sama seperti dahulu.

"Ehh!!! Ada Lia". Kata Daddy Faiq yang baru perasan akan kehadiran anak buahnya yang seorang itu.

"Erm!! Daddy kalau dapat mengorat mommy dah tak nampak anak dekat belakang. Entah esok lusa Faiq dapat adik pula". Kata Aulia yang ingin menyakat kedua pasangan yang ada di depan mereka itu manakala Faiq sudah tersenyum melihat kedua ibu bapanya di sakat oleh Aulia.

"Ehh!!! Mana ada, kamu jangan macam-macam eh Aulia". Kata Daddy Faiq yang sudah merah telinganya.

"Mommy, Daddy nak sambung dating berdua kejap lagi eh time Faiq hantar diorang ni balik. Time tu ha dating la berdua puas-puas sebelum Faiq balik sebelum isyak eh". Kata Faiq yang turut sama menyakat ibu bapanya itu.

"Mommy cepat la, Arya dah lapar sangat ni". Kedengaran suara Arya yang sudah duduk di meja makan sayu-sayu memanggil.

Mereka memandang sesama mereka dan terus tersenyum apabila teringat Arya sudah lapar dari tadi. Mereka melangkah pergi meninggalkan ruang tamu sambil bergelak tawa.

~~~~~~

Selepas sahaja makan tengah hari dan berbual bersama Mommy dan Daddy Faiq, Faiq telah menghantar Aulia, Arya dan Rauf pulang ke rumah mereka. Kini, Aulia yang berada di dapur sedang menyediakan makan malam sebelum kedua abangnya pulang dari kerja.

"Assalamualaikum". Kedengaran suara orang memberi salam diluar rumah dan turut masuk ke dalam rumah setelah menyusun kasutnya diatas rak kasut yang sudah disediakan.

"Waalaikumusalam". Jawab Rauf yang ketika itu berada di ruang tamu dan juga yang mendengar abangnya itu memberi salam. Namun, matanya tetap fokus kepada cerita yang dipasang setelah siap membuat kerja sekolahnya.

"Mana Kak Lia dengan Arya?". Tanya Aryan yang sedang mencari kelibat dua adik perempuannya yang duduk di dalam rumah itu lagi.

"Erm!! Kak Lia ada dekat dapur tengah masak untuk makan malam. Arya pula ada dekat atas buat homework dia, tadi dia tertidur tu yang lambat buat homework". Kata Rauf yang masih fokus pada ceritanya.

"Rauf dah siap homework ke yang duduk tengok cerita ni?". Tanya Rykal yang agak tegas dengan adik-adiknya ketika berkaitan dengan sekolah mereka.

"Rauf dah siap sebelum maghrib tadi, lagi pun Rauf bosan dekat atas tak boleh nak buat apa. Nak masuk bilik gaming kena tunggu weekend baru boleh masuk". Kata Rauf dengan membuat memuka bosan dan cemberutnya apabila teringat peraturan abang sulungnya yang sangat memantau keadaan mental dan fizikal mereka.

Rykal yang bersikap seperti seorang lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarganya itu sering mengingatkan dan mengambil berat tentang keperluan adik-adiknya termasuk Aryan walaupun Aryan dan Rykal hanya berbeza umur 2 tahun.

Aryan berjalan menuju ke dapur untuk melihat keadaan Aulia yang sedang memasak di dapur diikuti oleh Rykal di belakangnya.

"Lia". Panggil Aryan yang hanya menampakkan kepalanya di pintu diantara ruang dapur dan ruang makan.

"Eh!! Abang dah balik, sorry Lia tak dengar bunyi kereta abang". Kata Aulia sambil itu dia masih fokus pada masakannya.

"Banyak lagi ke nak masak?". Tanya Aryan sambil meninjau kepalanya masuk sedikit demi sedikit.

"Tak banyak dah, abang Rykal dengan abang Aryan pergi la naik mandi dulu. Kejap lagi kita makan sama-sama". Kata Aulia kepada kedua abangnya itu.

"Okay, kejap lagi abang turun balik tolong Lia". Kata Aryan dan dengan pantasnya dia naik ke biliknya untuk membersihkan diri dan solat.

"Abang Rykal tercegat apa lagi dekat sini, pergi la naik mandi". Kata Aulia apabila melihat Rykal masih berdiri di dalam dapur lagi.

"Lia dah tak marah abang?". Tanya Rykal yang sedari tadi hanya diam dan tidak berkata apa-apa.

"Lia nak marah lama-lama pun tak ada guna, tapi one day abang jangan terkejut dengan apa yang berlaku". Kata Aulia dengan memberikan senyuman kepada abangnya lalu menyambung semula memasak.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now