PART 17 || NETK

35 2 0
                                    

Rykal terus keluar dari bilik tersebut selepas dia menjeling kali terakhir kepada lelaki yang bukan dari ahli keluarganya yang turut berada di dalam bilik berkenaan. Rykal turun dengan memikirkan tentang kewujudan lelaki tersebut di dalam rumah itu.

"Aik Rykal, kenapa turun muka macam tu? Macam tak puas hati je dengan orang dekat atas tu?". Tegur Daddy yang melihat langkah anak saudara lelakinya itu turun dari tingkat atas rumah tersebut.

"Erm, Daddy. Siapa lelaki yang dekat dalam bilik tu? Rykal tak pernah nampak pun dia dalam ahli keluarga kita sebelum ni". Kata Rykal lalu mengambil tempat bertentang dengan lelaki tua itu.

"Itu kawan Faiq dengan Aulia dekat uni diorang berdua". Kata Daddy menjawab persoalan Rykal itu yang kelihatan masih mencurigakan dan tidak mengerti akan pemikiran lelaki itu.

"Ha Rykal, kenapa tak panggil budak-budak tu semua turun sekali? Mommy dah siap masak dah ni untuk minum petang". Kata Mommy yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi air panas dan cawan.

"Rykal jumpa diorang sekejap je mommy, malas nak kacau diorang tengah main dekat atas tu. Biar je la diorang tu, meh sini mommy kita borak-borak dulu". Kata Rykal lalu memanggil isterinya, Laura Maisarah yang berada tidak jauh dengan ibu saudaranya itu berdiri.

Laura dan mommy berjalan menuju ke arah ruang tamu dimana suami mereka duduk ketika itu dan masing-masing mengambil tempat disisi suami masing-masing.

"Apa yang kamu nak share ni, kamu dah nak dapat anak ke?". Tanya Mommy secara spontan membuatkan pasangan tersebut terkedu dan terkejut akan ayat spontannya itu.

"Eh mommy ni, ke situ pula. Baru je berapa minggu kami kahwin mommy". Kata Rykal lalu memandang ke arah isterinya yang sudah merah mukanya apabila di tanya spontan begitu oleh mommy.

"Tak perlu kamu nak malu-malu dengan mommy dan daddy, nanti kamu kena dengan adik-adik Rykal lagi teruk kalau bab menyakat atau nak kenakan orang". Kata Mommy kepada Laura yang seperti menyorokkan sedikit mukanya di belakang Rykal.

Sedang mereka berempat rancak berborak dan Rykal bercerita tentang kejadian ketika dia dan isteri sedang pergi bercuti atau lebih dikenali sebagai honeymoon, pelbagai kejadian yang lucu dan sedih menimpa mereka berdua.

"Ha turun pun, ingatkan dah tak ingat mommy dengan daddy dekat bawah ni dah". Kata Mommy yang menegur anaknya, Faiq dan anak buahnya yang turut berada bersama di situ.

"Bukan lupa mommy, ni Rauf dengan Arya ni. Dari tadi tak nak mengaku kalah, selagi tak kalah selagi tu diorang berdua ni lawan". Kata Faiq lalu mereka duduk di sofa yang kosong di ruang tamu tersebut.

"Mana Aulia?". Tanya Rykal kepada Arya dan Rauf apabila dia tidak melihat Aulia berada di situ bersama mereka.

"Aulia dengan abang Aryan, diorang ada benda nak bincang apa entah. Rasanya dah nak dekat sejam lebih Aulia keluar dari bilik gaming tadi". Kata Faiq mewakili kedua adiknya itu, Rauf dan Arya.

Mereka yang mendengar jawapan dari Faiq itu hanya mengangguk dan beberapa minit kemudian Aulia turun bersama Aryan dari tingkat atas. Setelah itu mereka semua minum petang bersama di ruang tamu.

~~~~~~

Sebelah malam pula, mereka semua berkumpul dan dirumah tersebut termasuklah seorang lelaki yang hanya dikenali oleh Rykal sebagai kawan kepada kedua adiknya, Faiq dan Aulia.

"Kawan korang berdua tu memang tak reti nak balik rumah dia ke?". Tanya Rykal seperti berbisik kepada Aulia dan Faiq yang ketika itu lalu di hadapannya.

"Bukan tak reti balik, Mommy yang suruh dia stay sini sampai esok. Kenapa abang tanya macam tu? Ada apa-apa yang pelik ke dengan dia?". Tanya Aulia kepada Rykal yang masih setia memandang lelaki tersebut.

"Tak ada apa, abang tanya je". Kata Rykal yang cuba menyembunyikan sesuatu dari mereka berdua dan ia membuatkan Faiq dan Aulia malas memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh abangnya itu.

Sedang semuanya leka dengan dunia masing-masing, Rykal mengajak Aryan untuk berjumpa dengan lelaki yang merupakan bukan ahli keluarga mereka di dalam rumah itu.

"So bro, apa yang kau buat dekat sini. Sampai ke rumah aku". Kata Rykal apabila tiba di hadapan lelaki dan nada suaranya tidak ada lantunan seperti bertanya dengan baik. Malah, mereka seperti sudah kenal antara satu sama lain.

"Mana la aku tahu ni rumah korang bro, aku datang sini pun di ajak member aku, Faiq". Katanya sambil menujukan jari terlunjuk ke arah Faiq yang berada di samping Aulia ketika itu.

"Jangan bagitahu Aulia siapa diri kau sebenarnya kalau kau tak nak kena belasah dengan dia". Kata Aryan kepada lelaki yang ditegur oleh Rykal sebentar tadi.

"Rilex la bro, segala rahsia aku dengan korang akan terjaga rapi dan kemas oleh aku. Yang tahu hanya kita bertiga". Kata lelaki itu dengan yakin kepada Rykal dan Aryan sebelum mereka bertiga di tegur oleh oleh Aulia dan Faiq yang mengajak mereka untuk menuju ke halaman belakang rumah untuk menjamu selera pada malam itu.

Mereka sekeluarga membuat bakar-bakar dan melakukan beberapa hiburan menyambut kepulangan pengantin baru yang baru sahaja pulang ke rumah itu pada petang tadi.

Mereka berbual, bernyanyi dan melakukan segala aktiviti keluarga yang mereka ingin lakukan pada malam itu bersama-sama. Setelah larut malam barulah mereka masuk ke dalam rumah setelah mengemas segala peralatan yang digunakan untuk melakukan BBQ.

~~~~~~

Keesokkan paginya, Aulia dan Arya membantu mommy mereka memasak dan menyediakan segala keperluan yang perlu untuk bersarapan sekejap lagi bersama ahli keluarga mereka yang berada di dalam rumah tersebut.

"Lia dengan Arya pergi naik panggil abang-abang dengan daddy turun bersarapan". Arah mommy kepada mereka berdua yang ketika itu sudah mengangkat semua makanan dan juga minuman yang hendak dijamah ketika sarapan.

"Okay mommy". Kata Arya lalu berlalu keluar dari dapur bersama Aulia untuk naik ke tingkat atas rumah mereka memanggil ke semua ahli keluarga mereka untuk turun bersarapan bersama.

"Ha! Kau dah keluar ni pergi panggil kawan kau yang seorang tu turun makan. Aku nak pergi panggil abang Aryan". Kata Aulia dan terus meninggalkan lelaki itu yang sedang tercenggang dihadapan pintu biliknya.

Selang beberapa minit ke semua dari mereka turun menuju ke meja makan dan mula bersarapan sebelum melakukan aktiviti lain atau sebelum keluar pergi ke mana-mana memandangkan ada yang dari mereka sedang bercuti sekolah.

"Aryan, kamu bersiap ni nak pergi mana?". Tanya daddy yang melihat Aryan sudah bersiap memakai baju yang kemas dengan penuh gaya pada pagi itu.

"Aryan nak keluar kejap cari barang Aryan, lepas tu nak bawa budak berdua ni cari buku rujukan dengan buku latihan". Jawap Aryan sambil menunjukkan ke arah Arya dan Rauf yang sedang menikmati makanan mereka.

"Serius la abang Aryan nak bawa kita orang pergi beli buku. Bukan selalu abang orang paling last ke nak setuju bawa kita orang beli buku". Tanya Rauf kepada Aryan yang sudah mengambil tempat duduknya di sebelah Aulia.

"Nak ke tak nak, kalau tak nak abang tak kisah. Abang boleh pergi seorang diri je". Kata Aryan membalas pertanyaan Rauf dengan persoalannya itu.

Mereka berdua hanya mengangguk menanda setuju untuk mengikut lelaki itu pergi membeli buku sekolah mereka yang masih tidak cukup untuk sesi persekolahan baru mereka itu yang baru sahaja bermula beberapa bulan lepas.

"Lepas makan terus naik atas mandi, siap. Kalau lambat abang tinggal korang berdua. Naik grab pergi mall cari abang". Kata Aryan yang hendak menakutkan adiknya malah, dia yang kena balik dengan jelingan maut Rykal apabila Rykal mendengar apa yang dia katakan itu tadi kepada Rauf dan Arya.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now