"Good morning". Sapa Aulia yang baru sahaja tiba di meja makan pada pagi itu, selepas pulang ke rumah malam tadi bersama Faiq, Aulia terus masuk menuju ke dalam bilik dan berehat begitu juga dengan Faiq manakala adik beradik Aulia yang lain sudah masuk tidur terlebih dahulu.
"Morning. Semalam pergi mana, abang nak bincang something dengan Lia nanti". Kata Rykal kepada Aulia yang sedang menceduk nasi goreng buatan abangnya untuk sarapan pagi itu sebelum masing-masing berangkat ke tempat kerja dan sekolah.
"Lia pergi ambil angin semalam, rasa tak sedap badan tu yang Lia keluar. Abang nak bincang apa, cakap je la". Kata Aulia kepada Rykal sambil itu memasukkan nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya.
"Macam ni, abang ingat nak minta tolong Lia untuk majlis perkahwinan. Boleh tak?". Tanya Rykal kepada Aulia, namun Aulia tersedak dengan permintaan Rykal itu yang ingin berkahwin. Aulia menepuk dadanya untuk mengurangkan rasa batuk dan sakit di dada selepas mendengar apa yang dikatakan Rykal tadi.
"Abang nak Lia tolong apa? Kalau nak suruh Lia jadi pengapit ke apa ke, itu 100 kali abang minta pun Lia tolak". Kata Aulia selepas batuknya reda dan dia mula makan semula seperti biasa.
"Abang pun tak nak Lia jadi pengapit abang nanti, macam ni abang nak Lia buat tempahan dewan, set pelamin sekali baju kahwin dengan catering". Kata Rykal kepada Aulia, dia berada di Malaysia lebih lama dari Aulia tidak tahu tentang tempat yang menarik dan deko yang menarik untuk perkahwinannya. Aulia yang lebih gemar menghias dari kecil membuatkan mereka adik beradik malah sepupu mereka memilih Aulia untuk melakukan perhiasan dalam apa jua perkara.
"Kalau semua Lia yang buat, abang dengan akak buat apa je?". Tanya Aulia kepada Rykal apabila mendengar pemintaan abangnya yang mahu dia menguruskan hampir perkara penting untuk perkahwinan lelaki itu.
"By the way, nama dia Laura Maisarah. Lia boleh panggil kak Aura". Kata Rykal apabila dia teringat adiknya itu tidak ada semalam ketika sesi perkenalan diantara mereka adik beradik bersama gadis itu. "Abang dengan akak akan uruskan barang hantaran, cincin, tok kadi dan semuanya. Abang Cuma perlukan Lia untuk uruskan tiga perkara tu je. Boleh ya?". Tanya Rykal lagi kepada Aulia sambil membuat muka berharap.
"Hm okay, Lia tolong abang". Kata Aulia lalu menghabiskan makanannya yang masih berbaki sedikit sahaja lagi.
"Mana Faiq, tak turun sarapan ke?". Tanya Aryan yang sedari tadi hanya menjadi pendengar dan pemerhati sahaja kepada abang dan adiknya itu.
"Tengah mandi, dia bangun lambat tadi. Tak apa nanti Lia bungkuskan dalam bekal bagi dekat dia". Kata Aulia lalu bangun dari duduknya setelah menghabiskan makanan dan minumannya menuju ke dapur untuk di cuci.
"Iya la, hati-hati pergi uni. Jangan lupa hantar Rauf dengan Arya ke sekolah, abang gerak dulu dengan Aryan". Kata Rykal lalu mereka bersalaman sebelum keluar dari rumah manakala Rauf dan Arya baru sahaja keluar dan menuruni anak tangga selepas Rykal dan Aryan berlalu pergi.
~~~~~~
Selesai sahaja kelas Aulia pada hari itu, Aulia dan rakannya yang lain membuat perbincangan untuk projek shooting mereka yang akan dijalankan pada hujung minggu ini di sebuah kawasan perhutanan.
"Yana, aku nak cakap sikit dengan kau boleh". Bisik Aulia pada telinga Yana yang ketika itu sememangnya berada di sebelahnya. Yana terus bangun diikuti Aulia dibelakangnya, kini jarak mereka dengan ahli kumupulan mereka yang lain agak jauh sedikit.
"Kenapa Lia, kau ada problem ke nak pergi shooting hujung minggu ni?". Tanya Yana selaku ketua kumpulan mereka, dia perlu mengambil berat dan mengutamakan keselamatan ahli kumpulan terlebih dahulu.
"Eh bukan pasal hujung minggu ni, Lia ingat nak balik awal sikit hari ini. Ada benda nak kena uruskan dengan Faiq sekali. Boleh tak Yana?". Aulia meminta izin kepada Yana yang telah dilantik menjadi ketua kumpulan mereka dalam kumpulan tersebut.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...