DMS 1

577 34 8
                                    

" Mana lelaki yang kau cakap tu? Biar aku jumpa dia senang. Suka hati je nak kacau anak dara orang " Gadis berumur 15 tahun itu menghentak tangan.

" Anis, kau tak payah la serang dia, aku okay la. Tak ape, biarkan je dia " Farah menarik tangan Anis yang sedang menahan geram dengan lelaki yang baru dicerita Farah sebentar tadi.

" Takkan aku nak biar dia kacau kau? Gila ke call orang lepastu nak paksa bercinta dengan dia? Aku tak suka tengok kau menangis Farah " Anis

" Anis, aku okay. Dah relax tau " Farah.

" Hm tengok la " Anis

Anis si gadis berbadan montel dan hitam manis ini sangat baik orangnya. Dikelilingi dengan rakan yang baik dan guru guru pun suka akan dia. Seorang pelajar cemerlang di Tingkatan 3.

Malam itu, Anis berjalan dengan rakannya seleps supper di asrama. Sedang rancang berborak, salah seorang rakannya memberitahu sesuatu kepada mereka.

" Aku nak pergi jumpa Fendi dekat Jalan Ilmu tu, korang tolong temankan boleh? Check line " Izzah, kawan rapat Anis di asrama.

" Kau biar betul Ijah, nanti kena cekup dengan pengawas macam mana? " Anis cuba untuk menghalang.

" Pleasee, aku kena jumpa dia. Alang2 esok birthday dia. Ala korang please la. Anis pleaseeee " Izzah memujuk 4 orang rakannya termasuk Anis

" Eii ye la, okay tapi kejap je tau. Aku dengan Farah ada study night malam ni " Raysha. Izzah menunjukkan tanda okay. Gembira dia dapat jumpa Fendi.

Seperti biasa Anis akan jadi tukang check line, Farah pula teman si Izzah dating. Kononnya ' tak elok berdua '. Tiba tiba Raysha terdengar suara lelaki yang dikenalinya. Dia memusingkan badannya dan melihat lelaki yang memang dicarinya.

" Anis, tu la Faiz yang aku kata tu. " Farah terus berlari kearah Anis. Dia seperti tak mahu langsung melihat muka Faiz si raja buaya yang dibencinya.

Anis tanpa berfikir panjang terus berjalan dalam samar samar gelap malam ke arah Faiz Hariz yang sedang seronok gelak dengan kawannya di pondok itu.

" So , kau lah Faiz Zakwan? " Rayha dengan berani berjalan pergi ke mereka dan menyebut nama lelaki buaya itu.

" Yes, aku Faiz. Faiz Zakwan Bin Ridzuan. And kau sape? " Faiz memandang atas bawah Anis

" Kau memang ada masalah apa apa ke kebelakangan ni? Like masalah jiwa?" Anis

" ehhhh ada kaunseling la kat sini geng. Okay hi miss kaunseling . ada apa ye.. " Tak sempat si Faiz menghabiskan ayatnya, Anis terlebih dahulu membaling selipar berukuran tebal 5cm itu kepada Faiz.

" Kau jangan main main dengan aku . Aku tak suka kau ganggu kawan kawan aku dengan ayat buaya kau tu. Kau faham tak? kau jangan ada hati nak sakitkan hati member aku. " Anis

Izzah yang melihat Anis yang mengamuk itu terus menarik tangan Anis dan bawa dia pergi. Faiz mengambil selipar yang dilempar Anis itu.

" kau pun belum kenal aku sapa " Faiz senyum sinis sendirian.





Dear, Mr. Selenophile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang