Hasya mengetap beberapa kali bibirnya. Perutnya berlapik baju diusap beberapa kali. Lapar dirasai tapi untuk memasak, Hasya sendiri tidak berani. Macam mana nak berani kalau hubungan dia dengan Noah selalu macam anjing dan kucing? " Asal usap perut? Dah mengandung ke?" Hasya jeling tajam Noah yang sedang menaip pada meja kerjanya itu. Dah suruh Noah alih supaya letak meja kerja di bilik lain tapi Noah tetap nak letak dalam bilik sendiri. Katanya senang nak awasi Hasya. Nak awasi untuk apa? Hampehlah! " Bukan... Hasya laparlah abang. Dari tadi tak makan lagi." " Okay. Laparlah dulu. Lima jam nanti baru aku bagi makan." Uishh kejam! Hasya menjeling tajam Noah yang masih buat kerja. Bibir dilipat. Sedih sebenarnya bila tak dapat makan padahal dia memang lapar sangat dah ni. Alahai bertabahlah Hasya. Bunyi seretan kerusi ditolak ke belakang buat Hasya angkat kepala pandang Noah. " Nak pergi mana?" " Dapur. Nak buat air kosong. Nak?" Hasya mendengus kasar. Bayang Noah yang sudah keluar dari bilik menjadi santapan Hasya. Hasya menekup mukanya pada tilam katil. Mahu menangislah macam ni. Sampai hati Noah buat dia lapar macam ni... Bencilah Noah! " Hasya benci abang!" Gumam Hasya beberapa kali. Cover by @qthasya