Bab 1

4.8K 145 32
                                    

Peluh merenik pada dahi dikesat dengan belakang telapak tangan. Matahari terik buat Hasya penat berjalan dari rumah ke kolejnya. Ditambah lagi dia seorang yang jenis darah low . Maka makin penatlah dia.

" Ya Allah... Akhirnya sampai jugak. Alhamdulilah..." Ujar Hasya dengan senyuman manis di bibir.

Beg sandang digalas elok pada tubuhnya. Pagar dibuka. Baru nak masuk rumah ibu sudah melaung namanya dari dalam rumah. Automatik kaki Hasya terhenti.

" Kau jangan masuk lagi. Aku ada kerja nak kau buat." Biasa-biasa saja suara ibunya itu cuma kenapa Hasya rasa tersinggung ya?

Hasya menggeleng. Tak patut perasaan ini hadir. Berdosa fikir macam tu.

" Kerja apa ibu? Boleh tak Hasya nak rehat dulu? Hasya penatlah baru balik dari kolej." Bukannya niat mengeluh tapi Hasya memang sedang penat saat ini. Rasa macam dah longgar dia punya skru lutut.

Mencerlung tajam mata Ramlah dengan jawapan anak perempuannya itu. Bermulalah kedua tangannya mencekak pinggang tak puas hati. Aku suruh buat kerja pun susah!

" Kau ni memang pemalas kan? Berat tulang ke apa? Aku suruh buat kerja sikit penat. Tu jelah alasan kau!" Lantang suara Ramlah menghambur.

Hasya mengemam bibirnya rapat. Cuba menghalau rasa yang makin kuat bertamu. Rasa bercampur baur. Takut andai jadi sebuah dendam pada si ibu. Ada baiknya Hasya beristighfar. Astaghfirullah...

" Ibu... Hasya tak tipu. Hasya ada darah rendah. Ibu dah lupa ke? Kenapa tak suruh kakak je? Kenapa Hasya yang kena?"

Tidak merungut tapi hanya mengatakan kebenaran. Sedih Hasya apabila dia nampak kakak tirinya itu hanya bermain telefon pintar tanpa membantunya. Kenapa dia yang selalu kena?

" Kau ni... Kalau dah pemalas tu memang suka menyusahkan hidup orang! Kakak kau dah buat banyak kerja tadi. Sekarang turn kau pulak!" Tempelak Ramlah dengan muka marahnya yang sudah berona merah.

Hasya dalam diam memujuk hati sendiri agar lebih kuat. Tak pernah dia nampak kakak tirinya itu buat kerja. Biasanya dia yang akan buat semuanya. Mengapa dia seperti anak pungut ya? Adakah memang dia anak pungut?

" Yelah... Hasya buat kerja sekarang. Ibu nak Hasya buat apa?"

" Aku nak kau jemur kain. Lepas siap jemur kain, jaga anak asuhan kakak kamu."

Hasya hanya mengangguk kecil. Tak mampu dia membantah lagipun pangkatnya hanya seorang anak. Tidak lebih daripada itu. Berat kaki melangkah masuk. Terasa sebak bertamu bila kakak tirinya itu sudah senyum mengejek padanya.

" Pastikan buat kerja. Jangan malas!"

" Bukannya akak ke yang patut buat? Kenapa Hasya?"

" Kau nak aku bagitahu ayah ke? Baik kau buat sekarang."

Hasya mendecit tidak suka. Selalu dia kalah dengan kakak tirinya hanya kerana nama ayah dan ibu. Biasalah... Ayah dan ibu lebih suka kakak tirinya daripada dia. Aku bagai tiada tempat untuk menumpah kasih sayang. Ayah dan ibu lebihkan kakak. Habistu aku? Mana kasih sayang untuk aku?

" Kau buat apa lagi berdiri macam tu? Tak reti nak buat kerja? Kau selalu nak orang bagitahu dulu eh? Baru nak buat kerja! Lembap!" Kutuk Ina kakak tiri Hasya.

Hasya hanya mampu diam. Kalau dia bukak mulut, Hasya tahu Ina akan mengadu domba pada ibu dan ayahnya. Bukannya Hasya tak kenal. Hasya naik tingkat atas. Beg kolejnya dilempar di atas katil. Usai itu, laju dia turun ke bawah untuk menyidai kain baju.

" Kenapalah kau ada..." Gumam Hasya perlahan.

Geram bila dia nampak seorang lelaki sedang berdiri betul-betul di tepi pagar rumahnya. Hasya buat tak nampak kemunculan lelaki itu. Masih dia meneruskan kerja menyidai bajunya. Malas nak layan lelaki itu.

Mr Devil ( MD ) ( Complete )Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang