Sejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan memikat itu. Tidakkah gadis itu dapat merasa betapa hebatnya Aiden Raziq sedangkan wajah gadis itu telah mengalihkan dunia Aiden Raziq menjadi tunggang terbalik? Takdir akhirnya menyingkap siapa gerangan gadis yang dikejar selama ini. Di saat itu Aiden Raziq sendiri rasa yang buku telah bertemu ruas. Aurora Irina nama yang diberi rupa-rupanya bukan seperti gadis lain yang dia pernah dampingi. Oh betapa sukarnya untuk menjinakkan seorang Aurora Irina yang tahu semua permainan cintanya. Aurora Irina, bukanlah seorang gadis yang mampu ditambat semudah itu. Kalau Aiden Raziq seorang bad boy, dia pula seorang bad girl. Aiden Raziq silap kalau Aurora Irina boleh dimiliki seratus peratus tanpa permainan dan percaturan yang hebat. Sehinggalah suatu hari........... Selama ini si dia bersembunyi di sebalik perasaan yang tidak sepatutnya ada. Rahsia tentang perasaan disimpan sekian lama, akhirnya terbongkar jua. Sampai bila perlu disembunyikan cinta ini sedangkan mahu sahaja diberitahu kepada semua? Aku cinta kau. Akulah pemuja rahsia. Mencintaimu, mengkagumi dirimu yang indah dari jauh. Hak Cipta Terpelihara Disarankan sesuai untuk bacaan 16 tahun ke atas.