⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan tersebut. "Mama gurau kan?" - Qairul Darween "Mama serius. Angah ni dah lama sangat bujang. Bujang terlajak dah bagi mama. Dan Hayfa ni dah lama suka angah. Sejak dia datang majlis persandingan adik tiga bulan lepas." - Puan Diana "Angah ni, tak sempurna untuk jaga anak orang mama." - Qairul Darween "Mama nak angah bahagia." - Puan Diana. Tidak mahu mengecewakan hati si ibu yang terlalu mengharapkan dia untuk bahagia, Qairul akur untuk menerima pinangan itu walaupun dia masih terasa egonya bagai di calar. Tapi, bagaimana dia mahu bahagiakan si tunang jika dia sendiri tidak tahu cara untuk bercinta? ------- Penulisan pertama yang Asha tulis dalam POV ketiga. Jadi, mungkin kekok dan cringe banyak dua juta ganda.