[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenalinya . Lelaki yang mampu membuatkan aku cair dengan sikap dan caranya yang selalu bersopan-santun , selalu menjaga adab . Aura fizikal yang dapat mencairkan diri aku , hanya senyumannya . Senyuman yang sangat manis ,berlesung pipit . Rambut yang hampir menutupi dahi , mata yang berwarna coklat juga dapat memikat aku . Dia seorang lelaki yang sangat baik . Tapi sayangnya dia sudah berpunya . *** "Daripada aku kahwin dengan kau , baik aku kahwin je dengan orang gila tepi jalan tu "- Muhammad Firas "Lantak la sana . Kalau kau taknak kahwin dengan aku pun , ada ramai je lelaki yang nak dekat aku , tapi aku tetap nak kau" - Aleeya Batriesyia "Tak payah nak dekat aku , aku ni dah ada awek . Saja je la nak bagi tahu" - Muhammad Firas "Aleeya Batriesyia ni tetap tunggu jejaka hati dia Muhammad Firas bin Megat Mikael" - Aleeya Batriesyia "Tunggu la kau sampai ke tua . Biar jadi anak dara tua , tak ada siapa pun nak" - Muhammad Firas Keterlaluankah dia untuk mencintai Firas ? . Dia tidak akan berputus harap , setiap sujudnya akan ada nama lelaki yang dicintainya didalam doa . Dia tidak akan merampas kebahagiaan lelaki itu . Tapi dia berdoa supaya suatu hari nanti Firas akan menjadi jodohnya . Tapi adakah rasa cinta Firas terhadapnya ? atau dia sahaja yang berangan terlalu tinggi untuk bertahta di hati lelaki itu ? . "Tolong la jangan ganggu aku lagi ! . Aku benci la tengok muka kau ! . Sampai bila-bila pun aku takkan balas cinta kau !" - Muhammad Firas Mampukah dia melembutkan hati dan menurunkan ego lelaki itu ? Atau Dia akan mengalah apabila penat berjuang ? "Cinta aku hanya pada Aleesya Humaira bukan pada kau Aleeya" - Muhammad Firas