Ejen Aisya yang berada di hadapan mengetuai mereka berempat mula memandang sekeliling ruang loteng yang agak luas itu. Matanya terpaku pada alatan elektronik serta barangan yang agak meragukan yang berada di suatu sudut di ruang loteng itu. Apabila memastikan tiada siapa berada di atas loteng itu, Ejen Aisya terus mengisyaratkan supaya mengikutnya untuk naik ke atas.
Ejen Zackwan, Ejen Afiq serta Klon Imani memerhatikan keadaan di sekeliling mereka sebaik sahaja kaki mereka selamat sampai di loteng itu. Ejen Aisya tanpa membuang masa terus bergerak mendekati ke arah barang yang sudah menagkap perhatiannya sebaik sahaja dia berada di situ.
Kelihatan beberapa alatan seperti pelayar, pemutar skru, dan juga beberapa utas wayar yang berwarna - warni berada di situ. Mata Ejen Aisya tertancap pada stering lock yang mempunyai kesan darah itu.
Ejen Aisya mengambilnya dan menyimpannya di dalam sebuah beg sebagai bahan bukti. Sebelum ini mereka hanya mengetahui senjata itu melalui kamera tersembunyi yang dipasang oleh Ejen Rayyan memandangkan kesemua kamera keselamatan litar tertutup yang asalnya dipasang di dalam kediaman itu dipadamkan oleh musuh mereka.
Mujur sahaja Ejen Rayyan mengambil langkah berjaga - jaga dengan memasang kamera miliknya di setiap sudut rumahnya itu. Jika tidak semakin sukar bagi mereka untuk menyelesaikan misi itu.
Namun apabila melihat komputer riba milik musuh mereka itu, nampaknya bukan Ejen Rayyan sahaja yang memasang kamera di kediaman itu. Malah musuh mereka memilih sudut yang tidak dapat dilihat oleh kamera milik Ejen Rayyan serta CCTV asal kediaman itu. Apabila melihat kamera tersembunyi milik musuh mereka itu masih berfungsi dengan baik, Ejen Aisya mampu membuat satu kesimpulan yang agak merisaukan dirinya.
Musuh mereka sudah memerhatikan pergerakan mereka sejak awal mereka melangkah masuk ke dalam kediaman itu.
Ejen Aisya mendengus kasar apabila menyedari akan hal itu. Nampaknya musuh mereka hanya bermain - main sahaja dengan mereka sedari tadi. Musuh mereka juga sudah satu langkah di hadapan mereka.
"Kita berpecah kepada dua kumpulan. Imani dengan Afiq. Zackwan dengan aku." Ejen Aisya berkata sambil memandang ke arah mereka bertiga. Mereka bertiga agak hairan apabila mendengar nama setiap kumpulan yang dibahagikan oleh Ejen Aisya itu.
"K-kenapa...?" Ejen Zackwan hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu bagaimana ingin diterangkan kepada Ejen Aisya. Ejen Aisya yang bagaikan mengerti dengan pertanyaan Ejen Zackwan itu kembali bersuara.
"Aku mahu supaya lebih seimbang dan sekurang - kurangnya ada seorang lelaki antara kita. Tapi aku tak rasa tiada masalah tentang Imani memandang Klon Imani hanya seperti robot AI saja. Tembak pun tak lut ni." Ejen Aisya berkata sambil memandang ke arah Klon Imani. Klon Imani hanya menyengih sambil membuat tanda 'peace'.
"Kalau aku tak tahu yang kau ni klon, memang kalau kau mengaku yang kau ni Imani pun aku percaya, tahu?" Ejen Zackwan berkata sambil menggeleng memandang ke arah Klon Imani.
"Aku kan Premier Clone dia. Segala perwatakan dia, pemikiran dia, tingkah laku dia dan aku hampir sama. Cuma ini kali pertama aku terpaksa menyertai misi ni untuk gantikan tempat dia." Klon Imani berkata tersengih sumbing.
Apa yang dikatakan olehnya tadi memang benar, mereka bertiga juga sangat setuju dengannya. Semua Ejen Identity memang disediakan dengan beberapa klon untuk kegunaan masing - masing namun hanya mempunyai satu Premier Clone seperti Klon Imani itu. Klon - klon yang lain selalunya lebih robotik dan hanya digunakan sebagai decoy ketika menjalankan misi.
Selalunya Premier Clone digunakan untuk menggantikan ejen ketika mereka perlu melakukan misi. Suatu cip nano ditanam di dalam badan setiap klon itu supaya dapat merekod segala pergerakan mereka sepanjang klon tersebut berada di tempat ejen tersebut.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...