BAB 3

240 35 0
                                    

Imani melangkah masuk ke dalam kelasnya. Kelihatan beberapa orang rakan sekelasnya telah pun sampai terlebih dahulu daripadanya. Imani hanya tersenyum lemah kepada mereka.

"Sudah kenapa ni? Pagi - pagi hari sudah lemau semacam." Sumaiyah mendekati Imani sambil mencucuk bahunya. Imani hanya terdiam sambil meletakkan kepalanya di atas meja.

"Demam kut." Alysa cuba meneka. Tangan Sumaiyah pantas berada di atas dahi Imani. Imani hanya membiarkannya. Malas mahu bersuara. Dirinya sangat - sangat perlukan rehat ketika itu.

"Tak panas pun." Sumaiyah menggeleng kecewa. Atiqah yang turut berada di situ mendekati mereka berdua. Atiqah mengangkat keningnya, tanda isyarat 'mengapa dengan dia?'. Sumaiyah hanya membalas dengan mengangkat bahunya.

Atiqah mendekati Imani yang masih meletakkan kepalanya di atas meja itu. "Oi, putus cinta ke? Broken semacam nampak." Imani hanya memandang Atiqah kosong sebelum memukul bahunya. Atiqah hanya mengaduh kecil sebelum tertawa. Imani hanya tersenyum nipis mendengarkan tawa rakannya itu.

"Ada masalah ke?" Atiqah bertanya setelah tawanya reda. Imani menggeleng perlahan.

"Tak adalah. Aku tidur lewat semalam. Siapkan kerja sekolah." Imani memberitahu sambil mengeluarkan kerja - kerja yang disiapkannya semalam. Dia habiskan hampir 4 jam untuk menyelesaikan kesemuanya sekali gus.

Dia sebenarnya sedikit hairan dengan dirinya. Kebiasaannya, berjaga selama sehari dua tidak akan menganggu rutin hariannya. Namun, kali ini dia hanya berjaga selama 4 jam, dan dirinya sangat letih. Bagaikan dirinya telah berjaga selama satu minggu!

"Kerja sekolah?" Pertanyaan Atiqah membuatkan Imani melihatnya hairan. Sumaiyah turut memandangnya dengan wajah yang berkerut. Imani memandang kedua - dua mereka berkali - kali. Hairan dengan respon mereka berdua.

"Awak siapkan kerja sekolah yang cikgu semalam itu, ke?" Alysa yang berada sedikit jauh daripada mereka bertiga mula bersuara. Imani hanya mengangguk.

"Eh, korang tak buat ke?" Mereka bertiga menggeleng apabila mendengar soalan Imani. Imani mula tidak senang duduk apabila menerima respon daripada rakan - rakannya itu.

"Bukan ke cikgu minta hantar minggu depan ke? Cikgu Nazmi pulak pergi kursus hari ini, lusa baru habis kursus. Sir Zainal pun cuti seminggu ini, kan?" Imani mula menjadi kaku apabila mendengar kata - kata Sumaiyah. Atiqah dan Alysa mengangguk, mengesahkan kata - kata Sumaiyah tadi.

"Sebab itu, kitorang tak buat pun. Awak siapkan semua?" Soalan Atiqah dibiarkan sepi. Imani hanya terdiam kaku. Alysa yang melihatnya menggeleng lemah.

"Dia siapkanlah itu maknanya. Mesti tidur lewat ni. Itu yang letih semacam itu." Atiqah dan Sumaiyah hanya mengangguk faham sambil memandang Imani yang masih diam tidak terkutik.

"Assalamualaikum kawan - kawan!" Nabila melangkah masuk ke dalam kelas itu dengan aura ceria. Wajahnya jelas terhias dengan senyumannya yang lebar. Di belakangnya kelihatan Aiyanie yang juga baru tiba.

"Eh, kenapa dengan Imani?" Nabila mula bertanya apabila Imani hanya diam apabila melihatnya masuk. Selalunya Imani akan menyuruhnya memperlahankan suaranya sambil membalas salamnya. Tetapi kali ini, Imani hanya diam.

"Mental breakdown." Atiqah menjawab ringkas. Sumaiyah mengeluh lemah sambil menggeleng melihat keadaan Imani.

Nabila dan Aiyanie yang mendengar jawapan mereka menjadi hairan. Mereka saling berpandangan. Nabila tersengih sambil bersuara.

"Awak clash dengan pakwe awak, ke? Ish, ish, ish, itulah. Nabila sudah kata couple haram, tak nak dengar. Bila sudah putus, kan sudah hilang semangat nak belajar itu. Nanti gelaplah masa depan awak nanti. Siapa yang susah, saya juga." Nabila terus membebel di hadapan Imani. Pandangan mata Imani terus terarah tajam kepadanya. Bahu Nabila disiku oleh Aiyanie.

Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]Where stories live. Discover now