BAB 17

138 28 2
                                    

Ting!!!

Pintu lif tersebut terbuka mendedahkan enam orang ejen yang melangkah keluar dari situ. Masing - masing kelihatan sangat penat setelah melalui hari yang panjang itu. Namun, mereka masih lagi mempunyai urusan yang belum lagi selesai.

"Macam mana dengan keadaan Rayyan? Ada apa - apa berita?" Ejen Zackwan bertanya sambil bertanya kepada Ejen Aisya yang sedang mengurut tengkuknya itu.

"Aku belum dapat apa - apa berita tentang Rayyan. Tapi aku ada dapat info tentang sampel cecair tu. Nampaknya memang cecair yang menyerap masuk ke dalam badan Rayyan sebenarnya memang racun. Nasib dalam Log Poison Identity sudah ada antidot racun ni." Ejen Aisya berkata sambil meneruskan langkahnya ke bilik pertemuan pasukan mereka.

"Jadi sekarang mereka sedang cuba keluarkan racun tu daripada badan Ejen Rayyan?" Ejen Arif bertanya pula. Terkejut juga dia mendengar cerita rakannya apa yang sudah berlaku sepanjang dirinya hilang tadi.

"Yup. Lepas memastikan tiada lagi racun tu dalam badan Rayyan, dia dapat kembali sambung misi nanti." Ejen Aisya berkata sambil mengeluh lemah.

"Tapi, lepas tahu kadar kelajuan penyembuhan si Rayyan tu, aku tak rasa kita akan kekurangan salah seorang ahli pasukan kita dalam masa yang lama." Ejen Imran berkata membuatkan mereka mengangguk setuju apabila mengingati bagaimana Ejen Rayyan yang mampu sembuh tidak sampai satu minggu itu.

"Harap lepas ini sudah tiada apa yang berlaku, walaupun aku tak jangka yang perjalanan misi kita selepas ini akan berterusan mudah." Ejen Aisya berkata sambil menghela nafasnya. Nampaknya siasatan mereka di kediaman Dato' Yahya sangat - sangat memenatkan mereka.

"Klon Imani!"

Mereka berenam berpaling apabila mendengar suatu suara daripada arah belakang mereka. Apabila mereka berpaling ke belakang, kelihatan seorang ejen memakai uniform berwarna biru berlari ke arah mereka.

Mana - mana ejen yang memakai baju uniform berwarna biru merupakan ejen dari Core Invent, salah satu daripada empat Main Core di Identity. Core Invent ditugaskan untuk mencipta dan mengubah suai pelbagai jenis gadget serta senjata untuk kegunaan ejen - ejen yang lain.

Di dalam pasukan mereka, Ejen Afiq merupakan Agent Invent yang diserap masuk ke dalam pasukan itu. Main Core ialah Core yang wajib ada untuk membentuk sebuah pasukan yang baharu.

(Keterangan lanjut ada dalam buku 1st, bab 1 atau 2...x igt😅😅😅tapi yg awal ii laa...)

"Ikram?" Klon Imani bersuara apabila susuk tubuh Ejen Invent itu semakin jelas di matanya.

"Ikram? Kenapa macam pernah dengar ya?" Ejen Arif berkata sambil menggaru kepalanya yang jelas sekali tidak gatal itu.

"Takkanlah tak ingat. Dia lah yang cipta Hovermobil yang selama ni kita guna tu. Zi ada bagitahu masa dia beri pada kau dengan Imani haritu, kan?" Klon Imani berkata sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Eh, haahlah. Aku terlupa pula." Ejen Arif berkata sambil tersengih sumbing.

Apabila lelaki itu sudah tiba di hadapan mereka, dia menundukkan badannya sambil tangannya dicengkam pada lututnya, mengambil semula oksigen masuk ke dalam tubuhnya. Tercungap - cungap lelaki itu dibuatnya. Klon Imani hanya menggeleng melihatnya.

"Kenapa ni, Ikram? Ada apa - apa yang tak kena?" Klon Imani bertanya kepada Ejen Ikram yang masih lagi termengah - mengah itu.

"Kau...kau ikut aku sekejap." Habis saja Ejen Ikram selesai berkata - kata, lengan Klon Imani terus dicengkam kuat oleh lelaki itu, membuatkan gadis klon itu terkejut dengan tindakannya.

Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]Where stories live. Discover now