Dengan menggunakan 'thermo camera', Ejen Aisya mengesan bilangan musuh yang berada di kawasan serbuan mereka itu. Ahli pasukannya yang lain hanya memerhatikan keadaan sekeliling mereka supaya mereka tidak diperhatikan oleh sesiapa.
"Macam mana Aisya?" Ejen Zackwan bertanya apabila melihat Ejen Aisya menurunkan alat tersebut daripada matanya. Ejen Aisya berdehem kecil sebelum mula bersuara.
"Dekat bahagian belakang markas sekarang ni mereka seperti sedang mengalihkan barang atau apa - apa sahaja. Majoriti ahli sindiket mungkin berada di situ. Ada dua orang yang berada dekat bahagian hujung kanan markas ni, mungkin antara tahanan sindiket tu sebab mereka langsung tak pergi ke tempat lain sejak tadi." Ejen Aisya berkata sambil memeluk tubuhnya.
"Tak bergerak?! Sudah mati?!" Ejen Arif mula panik apabila mendengar kata - kata Ejen Aisya itu. Ejen Imran memukul bahu Ejen Arif sedikit kuat sehingga Ejen Arif mengaduh sakit dan menggosok bahunya yang sakit itu.
"Aku cakap tak pergi, bukan tak bergerak! Lagipun kalau sudah mati, macam mana aku boleh kesan haba dar badan diorang?" Ejen Aisya berkata dengan nada geram sambil menjeling tajam ke arah Ejen Arif.
"Dekat tingkat atas markas ni ada satu tempat yang agak menarik perhatian aku. Kemungkinan bilik itu merupakan bilik ketua sindiket ni. Ada dalam dua orang yang berjaga dekat depan pintu, dan dua orang yang berada di dalam bilik itu." Ejen Aisya menerangkan lagi.
"Ahli keluarga Dato' Yahya?" Ejen Rayyan bertanya apabila tidak mendengar nama mereka disebut oleh Ejen Aisya sedari tadi.
"Aku rasa kemungkinan berada di sebelah bilik tadi. Ada tiga orang yang berada di situ, duduk tetapi langsung tidak bergerak. Mungkin mereka tak sedarkan diri." Ejen Aisya memjawab persoalan Ejen Rayyan itu.
"Kenapa kau pilih hari ni? Kenapa kau tak pilih hari esok ke apa? Kita mungkin boleh kaji lebih banyak pergerakan mereka serta aktiviti mereka." Ejen Imran berkata dengan nada hairan. Baginya tindakan mereka mungkin agak melulu jika mereka hanya terjah markas tersebut tanpa mengetahui tentang musuh mereka dengan lebih dalam.
"Hari ni, selalunya sindiket ini akan membuat urus niaga dengan salah satu sindiket dari Siam. Kalau tak silap aku, sindiket dari Siam tu ada buat aktiviti penyuludupan manusia." Ejen Aisya berkata, membuatkan mereka masih menunggu gadis itu untuk menyambung kata - katanya namun tiada satu pun ayat yang keluar dari mulut gadis itu.
"Jadi..." Ejen Zackwan berkata, memandang ke arah Ejen Aisya.
"Jadi?" Ejen Aisya menyoal kembali ke arah Ejen Zackwan. Kemudian setelah beberapa ketika, barulah mereka mengerti akan maksud Ejen Aisya itu.
"Kau fikir mereka akan..." Ejen Rayyan berkata kepada Ejen Aisya, tidak mahu menghabiskan ayatnya. Ejen Aisya hanya mengangguk, membenarkan anggapannya itu.
"Kalau kita tangguh, boleh jadi kita memang akan gagal dengan teruk untuk misi ini." Ejen Aisya berkata dengan nada serius. Mereka semua hanya mendiamkan diri sahaja.
"Macam mana kau tahu tentang semua ini?" Ejen Afiq bertanya setelah lama mendiamkan dirinya.
"Aku ada cara aku yang tersendiri." Ejen Aisya berkata dengan nada bangga. Sebagai salah seorang ejen dari Core Ace, dia semestinya perlu sebanyak yang mungkin info berkenaan dengan misi mereka, bagaimana cara sekalipun!
"Jadi kita masih kekal dengan strategi asal kita?" Ejen Rayyan berkata sambil menyiapkan dirinya.
"Yup!" Ejen Aisya membalas, turut bangkit dan mula memeriksa kembali gadgetnya.
Mereka semua berdiri dan mula bergerak mendekati markas sindiket itu.
"Semua sudah settle belum?!" Chris menjerit ke arah anak - anak buahnya yang gigih memasukkan kotak - kotak kayu ke dalam lori tersebut. Mereka serta - merta bekerja dengan lebih laju apabila mendengar soalan lelaki itu.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...