BAB 21

163 25 54
                                    

"Jadi semua faham dengan rancangan kita setakat ini?" Ejen Aisya bertanya sambil memandang ke arah ke semua rakan - rakannya yang berada di bilik taklimat itu. Masing - masing berwajah serius, mendengar dengan teliti setiap penerangan oleh Ejen Aisya.

"Faham!" Mereka menjawab dengan semangat. Ejen Aisya hanya tersenyum nipis melihat reaksi mereka.

Hubungan antara Ejen Rayyan dan Ejen Arif juga sudah semakin baik walaupun kadang - kala Ejen Arif sengaja mencari pasal dengan Ejen Rayyan. Akan lebih mengeratkan hubungan antara mereka berdua katanya.

Kerjasama antara pasukannya dan juga Ejen Rayyan juga semakin bagus. Mereka seakan - akan sudah dapat berkomunikasi dengan Ejen Rayyan secara langsung ataupun tidak langsung dengan lebih baik.

Semangat mereka juga semakin meningkat tinggi. Ejen Arif juga menunjukkan perubahan yang agak ketara berbanding dengan ahli pasukannya yang lain. Mungkin sesuatu atau sesiapa berjaya menyedarkannya daripada fikiran negatifnya itu?

Ejen Aisya tersenyum lebar apabila mengingati segala pencapaian pasukannya selama misi itu dijalankan. Dia cuma berharap perkara ini akan berkekalan untuk misi - misi mereka yang seterusnya juga.

"Aisya?" Ejen Zackwan memanggilnya apabila melihat Ejen Aisya yang lama mendiamkan dirinya sambil tersenyum memandang mereka. Seram juga mereka melihat keadaan Ejen Aisya itu. Stress sangat agaknya.

"Ya, kenapa?" Ejen Aisya segera melenyapkan lamunannya dan mula menumpukan perhatiannnya ke arah ahli pasukannya yang kelihatan agak risau dengannya. 

"Kau okay tak ni?" Ejen Imran bertanya sambil mengerutkan dahinya. Mereka yang lain turut memandangnya sama seperti Ejen Imran. 

Ejen Aisya hanya tertawa kecil melihat reaksi mereka dan mendengar soalan Ejen Imran itu. Mungkin dia terlalu jauh berfikir sehingga tidak sedar ianya membuatkan ahli pasukannya melihatnya pelik.

"Tak ada apalah. Sebelum kita bersurai, aku nak ingatkan semula supaya semua dapatkan rehat yang cukup, kita ada hari yang besar esok. Esok, siapa - siapa yang ada masalah, terus laporkan pada pasukan bantuan yang ada esok. Kita kalau boleh tak mahu ada yang tercedera esok." Ejen Aisya mengingatkan mereka sekali lagi.

Mereka semua mengangguk sebelum mula berjalan keluar daripada bilik taklimat itu. Ejen Aisya hanya melihat seorang demi seorang ahli pasukannya yang mulai hilang daripada medan penglihatannya sehingga tinggal hanya gadis itu dan Ejen Rayyan sahaja di bilik itu.

"Ya, Rayyan? Kau ada apa - apa masalah?" Ejen Aisya bertanya apabila melihat wajah lelaki itu seperti ingin memberitahunya sesuatu. Gadis itu hanya menunggu Ejen Rayyan yang masih lagi mendiamkan diri itu untuk mula berkata - kata.

"Klon Imani ada beritahu apa - apa dekat kau?" Ejen Rayyan mula bertanya kepada Ejen Aisya. Gadis itu kelihatan sedikit terkejut apabila mendengar soalan lelaki itu.

"Kenapa? Ada apa - apa yang tak kena ke? kalau ada apa - apa, baik kau cakap sekarang sebab esok kita akan serbu markas." Ejen Aisya terus berkata sedikit kasar. Ejen Rayyan menjadi sedikit terkejut apabila mendengar kata - kata Ejen Aisya itu.

"Eh, bukan - bukan! Aku tertanya saja. Sebab sudah lama dia tak bagitahu aku untuk apa - apa perkara tentang keadaan dia dekat sana." Ejen Rayyan berkata perlahan sambil menggosok lengannya beberapa kali. Ejen AAisya terkebil - kebil melihatnya.

"Tak ada apa - apa berita yang aku dapat sekarang ini. Cuma apa yang aku dapat ialah info yang kita peroleh sepanjang misi kita." Ejen Rayyan hanya mengangguk perlahan mendengar kata - kata Ejen Aisya itu.

"Kenapa? Ada apa - apa yang aku perlu tahu ke?" Ejen Aisya bertanya kembali apabila melihat reaksi Ejen Rayyan sebentar tadi. Ejen Rayyan menggeleng laju.

Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]Where stories live. Discover now