Tubuh Ejen Rayyan sempat disambut oleh Ejen Imran sebelum menyembah ke lantai. Mereka semua terdiam akibat terlalu terkejut. Jarum yang jatuh tadi diambil oleh Ejen Afiq sebelum hilang daripada pandangan mereka. Jarum itu diperhatikan secara dekat olehnya.
"Nampaknya jarum ni sudah diisi dengan suatu cecair." Ejen Afiq berkata sambil mengeluarkan kit peralatannya. Ejen Aisya sedikit terkejut apabila mendengar kata - kata Ejen Afiq itu.
"Kau tahu tu cecair apa?" Ejen Aisya segera bertanya sambil melihat Ejen Afiq mengambil sampel cecair yang masih berbaki sedikit di dalam jarum itu dan menyimpan jarum itu ke dalam satu bekas yang lain.
"Tak tahu. Aku tak rasa ni ubat tidur. Aku tak dapat nak kenal pasti cecair ni dekat sini. Perlu hantar sampel ni dekat Core Medic dan Core A - Cid dekat HQ." Ejen Afiq berkata sambil men menyimpan semula kit peralatannya. Wajah Ejen Rayyan yang mula pucat itu dipandang.
"Aku tahu kita memang kena hantar sampel tu pada Core Medic, tapi kenapa perlu juga hantar kepada Core A - Cid?" Ejen Zackwan yang masih memikul musuh mereka itu bertanya, hairan apabila mendengar kata - kata Ejen Afiq itu.
"Aku takut besar kemungkinan cecair ni...sebenarnya racun." Usai sahaja Ejen Afiq selesai berkata - kata, tiba - tiba lelaki yang dipikul oleh Ejen Zackwan sejak tadi menjadi butiran kiub kecil yang kemudiannya bertukar menjadi sebuah kapsul yang mengeluarkan kerlipan warna merah.
Mereka semua terdiam apabila melihat kejadian itu. Mata mereka membulat besar apabila melihat kelibat musuh mereka yang berubah itu. Lidah mereka menjadi kelu dan diri mereka menjadi kaku.
"Apa yang..." Suara Ejen Imran memecah kesunyian. Namun, dirinya masih lagi tidak dapat membuat satu ayat yang lengkap akibat masih lagi terkejut.
"Be on your guard." Ejen Aisya berkata ringkas. Masing - masing mula mengeluarkan senjata masing - masing.
"Berbalik kepada apa yang kau cakap tadi, racun?" Ejen Zackwan memandang ke arah Ejen Afiq. Ejen Afiq mengangguk, mengiakan kata - kata Ejen Zackwan itu.
"Bagi aku, agak tidak munasabah kalau ianya hanya merupakan ubat tidur jika dilihat massa untuknya memberi tindak balas kepada Ejen Rayyan. Kalau kita lihat sendiri tadi pun kepala Rayyan sakit dan dirinya jadi tidak bermaya, bukan? Aku hanya harapkan ianya hanya satu dadah yang tidak terlalu berbahaya, berbanding daripada racun." Ejen Afiq berkata sambil melihat ke Ejen Rayyan yang masih lagi tidak menyedarkan diri lagi itu.
"Imran." Ejen Aisya bersuara membuatkan Ejen Imran berpaling ke arahnya.
"Bawa Ejen Rayyan ke IMC dengan kadar segera. Hantarkan sekali sampel cecair ni kepada Core Medic dan Core A - Cid. Laporkan terus kepada aku kalau mereka sudah dapat keputusan ujian sampel ni." Arahan daripada Ejen Aisya membuatkan Ejen Imran sedikit terkejut.
*IMC = Identity Medical Centre
"Oh, jangan harap. Aku nak cari Arif. Suruh orang lain. Aku nak cari Arif. Suruh Ejen Zackwan ke, siapa - siapa ke. Aku tak nak." Ejen Imran menjawab sambil menggeleng laju. Dari jawapannya sahaja Ejen Aisya dapat merasakan bahawa Ejen Imran masih lagi panik dengan kehilangan adiknya itu.
Ejen Aisya mendengus kasar sebelum kembali bersuara. "Aku tak rasa yang lain dapat buat perkara ni. Antara kau dengan Zackwan saja kali ni. Aku tak dapat nak suruh Zackwan memandangkan dia Ejen Armor pasukan kita. Dia barisan pertama pertahanan pasukan kita. Kalau ada apa - apa yang berlaku nanti macam mana?" Ejen Aisya menjawab, cuba memujuk Ejen Imran.
"T-tapi..." Ejen Imran mulai kehilangan kata - kata. Dia faham alasan Ejen Aisya menyuruh dirinya untuk melakukan tugas itu, namun dalam pada masa yang sama dia tidak mahu terlepas daripada misi mencari Ejen Arif.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...