Kakinya melangkah perlahan menuju ke arah kelasnya. Pertemuannya yang tidak dirancang tadi kembali berputar di mindanya. Dia tidak berniat untuk membelakangi mereka, lebih - lebih lagi Arif yang kelihatan sangat terkesan dengan misi kali ini. Namun, jika dia memberitahu perkara yang sebenar, kemungkinan untuk misi mereka kali ini gagal sangat tinggi.
Ditambah lagi dengan Amir yang kini asyik mengekorinya ke mana saja, dia tidak yakin ahli pasukannya akan terlepas dari genggamannya. Jika mereka diambil oleh Amir, dia sangat yakin nasib mereka akan menjadi lebih teruk berbanding ketika mereka diculik oleh Fasya. (A/N : utk watak Amir pernah muncul 3 kali dlm buku 1st. Sblm ni pun watak Amir dah pernah muncul dan berckp dgn Imani.)
Dia tersenyum nipis apabila teringatkan tentang lelaki yang pernah berada dalam sejarah hidupnya. Salah satu bukti kebodohannya pada zaman lampaunya. Bukti betapa naifnya dirinya dahulu. Jika ahli pasukannya tahu tentang Amir, maka sejarah hitamnya turut akan terbongkar sekali. Dan dia tahu, itu akan menjadi kali terakhir dia akan berjumpa dengan mereka berlima.
Langkahnya dihentikan di hadapan kelasnya. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya perlahan - lahan. Satu senyuman terukir di wajahnya sambil dia melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia menuju ke tempat duduknya dan membuka kembali buku latihan yang ditutupnya sebelum pergi tadi.
Syaakirah, Aisyah dan Aliyah yang melihat Imani kembali ke tempat duduknya itu tanpa bersuara, berpandangan sesama sendiri. Risau pula mereka melihat keadaan Imani yang tiba - tiba diam dan hanya membuat kerja sendiri. Mereka bertiga akhirnya mengambil keputusan untuk pergi mendekati Imani.
"Err...Imani." Aliyah memanggilnya takut - takut. Namun, Imani hanya mengangkat kepalanya sambil memandangnya hairan. Mata gadis itu turut memandang Syaakirah dan Aisyah yang berada bersama Aliyah.
"Kenapa ni?" Imani bertanya. Pen di tangannya dijatuhkan. Perhatiannya ditumpukan kepada ketiga - tiga rakannya yang berada di hadapannya itu. Mereka bertiga kelihatan agak kekok membuatkan Imani semakin pelik dengan perlakuan mereka.
"Tadi kenapa kena panggil?" Syaakirah bertanya sambil memperlahankan suaranya. Imani sedikit terkejut dengan soalan itu. Gadis itu kembali teringat yang mereka bertigalah yang memberitahunya tentang panggilan ke bilik HEP itu.
"Oh, pasal tu. Tak ada apa pun sebenarnya. Cuma nak mintak sahkan beberapa dokumen saja. Sebab macam ada kekeliruan sikit. Itu saja." Imani berkata sambil tersenyum ke arah mereka membuatkan mereka lebih hairan dengan sikap gadis yang berubah secara tiba - tiba itu.
"Jadi tak ada benda penting pun lah, kan?" Pertanyaan Aisyah hanya dibalas anggukan oleh Imani.
"Tak ada kena mengena tentang hal disiplin pun?" Imani menggeleng pula apabila mendengar pertanyaan Syaakirah. Tawa kecil terlepas dari bibrnya apabila melihat wajah cuak mereka bertiga.
"Tak ada benda sangat pun sebenarnya. Kenapa korang macam gelabah sangat ni?" Imani memandang mereka sambil menyengetkan kepalanya sambil tersenyum nipis.
"T-ta-tak ada apa pun sebenarnya. Saja kitorang tanya." Aliyah berkata sambil berundur ke belakang perlahan - lahan Lengan baju sekolah Aisyah dan Syaakirah ditarik sedikit, memberi isyarat kepada mereka berdua. Imani tidak bersuara tetapi hanya mengangguk tanda faham.
"Oh, err...kalau macam tu kitorang pergi dulu lah, ya?" Bagaikan faham dengan isyarat Aliyah tadi, mereka berdua turut berundur dari situ dan mereka bertiga kembali ke tempat duduk mereka semula dengan laju. Imani yang melihat perkara itu hanya menggelengkan kepalanya.
"Macam - macamlah diorang ni. Nasib baik aku kena simpan tenaga sekarang ni, kalau tak memang lama dah aku kerjakan." Imani berkata perlahan sambil menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...