EPILOG

245 30 242
                                    

"Memang setiap kali korang habis misi, korang akan akan datang sini lah?" Ejen Rayyan bertanya sambil duduk di atas kerusi itu. Tangannya digenggam, sedikit takut berada di tempat itu. Seluruh ruang itu diperhatikannya.

Terkejut juga dirinya apabila Ejen Imani meminta supaya dia serta Ejen Hanis untuk menunggu sebentar dan menyertai mereka. Apabila tiba di hadapan pintu itu, mereka berdua agak tergamam apabila mengetahui itu merupakan salah satu bilik rehat yang dimiliki oleh sebilangan Ejen Identity yang mempunyai jawatan yang tinggi di Identity.

Pastinya gadis yang memiliki bilik itu bukanlah orang yang calang - calang berada di agensi itu. Kini barulah mereka berdua mengetahui bagaimana kedengaran pelbagai khabar angin mengenai diri gadis itu.

"Haah, memang akan datang sini untuk makan. Macam jamuan kecil - kecil sajalah. Semuanya Imani yang masakkan." Ejen Arif membalas laju. Perutnya terus berkeroncong apabila teringat akan masakan Ejen Imani yang sedap itu. 

"Kesemuanya Imani yang masak?" Ejen Hanis bertanya apabila mendengar kata - kata Ejen Arif itu. Mereka yang lain selain daripada Ejen Rayyan mengangguk laju.

"Tak menyesal betul kalau balik lewat sebab tunggu masakan Imani. Bukannya senang nak makan masakan budak tu." Ejen Zackwan berkata tersenyum lebar. Mereka hanya tersenyum lebar mendengar kata - kata lelaki berusia 20-an itu.

"Tahu lapar. Sabar, sabar. Sudah siap ni semuanya." Ejen Imani berkata sambil menghidang makanan di atas meja itu. Di belakangnya kelihatan Ejen Aisya yang turut menatang pinggan serta cawan ke situ.

Ejen hanis ingin membantu juga namun Ejen Imani menghalangnya dengan mengatakan bahawa dia masih perlu berehat setelah kesemua perkara yang dia perlu tahan selama berada di dalam tahanan mereka sebelum ini. Dia sememangnya tidak dapat membantah apabila rakan - rakannya yang lain turut mengatakan perkara yang sama seperti Ejen Imani.

"Sedap betul bau." Ejen Hanis berkata apabila melihat juadah yang berada di hadapan mereka itu. Ejen Imani hanya tersenyum mendengar kata - kata Ejen Hanis itu.

"Ha, makanlah. Aku masak biasa - biasa saja. Kalau tak sedap, aku minta maaf awal - awal lah." Ejen Imani berkata sambil mengambil tempat duduknya di meja makan itu. Dia hanya menggeleng apabil melihat ahli pasukannya dengan laju mengambil bahagian mereka masing - masing.

"Kalau diorang pun sudah berebut sampai macam ni sekali, memang betul sedaplah ni." Ejen Rayyan berkata sambil tertawa melihat mereka yang mula berebut mengambil juadah masing - masing. Ejen Hanis dan Ejen Rayyan masing - masing mula menyuapkan makanan mereka ke dalam mulut mereka.

Mata mereka terbuka luas apabila makanan itu mula berada di atas deria rasa mereka. Mata mereka segera dialihkan kepada Ejen Imani. Ejen Imani menjadi sedikit terkejut apabila melihat tingkah laku mereka itu.

"Sedap betullah!" Mereka berdua berkata serentak membuatkan Ejen Imani tertawa kecil. Dia hanya tersenyum sambil menyambung menikmati juadahnya. Baginya selagi mana makanannya membuatkan seseorang itu tersenyum, dia sudah pun puas hati.

"Oh, ya. Aku lupa nak beritahu. Tadi masa awal - awal kitorang serbu markas tu, Ejen Amani datang sekejap dengan kitorang." Ejen Aisya berkata sambil memandang ke arah Ejen Imani. Ejen Imani tersentak sedikit apabila mendengar kata - kata Ejen Aisya itu.

"Amani datang? Buat apa?" Ejen Imani bertanya pula.

"Tak tahulah pula. Selepas kita sudah tumpaskan ketua sindiket tu, Ejen Amani terus pergi macam tu saja. Afiq pun yang ada dengan Ejen Amani masa tu pun terkejut. Tiba - tiba menghilang." Ejen Aisya berkata lagi. Ejen Imani hanya mengangguk mengerti.

'Habislah mesti Am nak marah aku ni.' Ejen Imani berkata dalam hatinya. Sudah dia bayangkan kemarahan Ejen Amani terhadapnya. Jika sehingga Ejen Amani yang 'turun padang' dari Jepun sehingga ke sini melalui laluan Identity itu, pastinya dia akan menghadapai masalah yang besar.

Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]Where stories live. Discover now