Arif menghempaskan badannya ke atas katilnya. Fikirannya mula bercelaru. Dia masih tidak dapat menghadam berita yang baru saja diterimanya tadi. Berita yang menyebabkan dirinya mula risau. Risau tentang keselamatan gadis itu. Dia masih ingat lagi bagaimana reaksi gadis itu setiap kali mereka berjumpa. Kadang - kala gadis itu kelihatan agak risau dan bagaikan sedang memikirkan sesuatu. Kini, dia sudah mengetahui mengapa gadis itu menjadi begitu.
Tiba - tiba memori silamnya mula menjengah ke dalam fikirannya. Kenangannya bersama 'dia' mula ditayangkan kembali satu persatu di mindanya. Senyumannya terukir kecil apabila mengingatkan kembali memori itu. Senyumannya. Wajahnya. Nasihatnya. Kesemuanya sekali masih segar berada di dalam ingatannya. Namun, senyumannya kembali kendur apabila dia mula teringatkan hari gelapnya itu. Hari di mana dia hilang hampir segala - galanya. Hari di mana gadis pujaannya meninggalkannya buat selama - lamanya.
Tanpa disedari, air matanya mengalir perlahan turun ke pipinya. Dia diberitahu yang gadis itu terkorban ketika ingin menyelamatkan seseorang. Dia sendiri tidak tahu siapa yang diselamatkan oleh 'si dia' sehingga dia sanggup mengorbankan nyawanya. Tapi dia kenal bagaimana sikap arwah. Tidak hairan jika difikirkan sebenarnya. Cuma, dia tidak dapat lagi menerima berita kematian gadis itu.
Hatinya mula berdegup laju. Bagaimana kalau Imani turut mendapat nasib yang sama seperti gadis itu? Mukanya mulai berubah pucat. Dia mulai takut. Gadis itulah yang membantunya untuk melupakan kisah silamnya yang kelam. Membantunya untuk keluar dari kegelapan yang menyelebunginya selama ini. Memecahkan topeng yang selama ini melindungi kesakitannya.
Arif memeluk kakinya dan meletakkan wajahnya di atas lututnya. Air matanya mengalir semakin deras. Dia tidak tahu bagaimana dia akan menjalani kehidupannya jika Imani turut pergi dari hidupnya. Apa yang akan jadi kepada dirinya nanti?
TOK! TOK!
Arif pantas mengelap air matanya dan meraup wajahnya beberapa kali. Kakinya melangkah ke arah pintu biliknya. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan - lahan. Tombol pintu dipegang kemas dan dipulas. Kelihatan wajah abangnya di muka pintu. Raut wajah Imran yang sedikit berkerut itu menakutkannya sedikit.
"Kau okay tak ni?" Pertanyaan abangnya itu dibalas dengan senyuman nipis darinya. Dia kalau boleh tidak mahu menyusahkan sesiapa dengan masalahnya. Biarlah dia sendiri yang menguruskannya masalahnya. Tiada siapa yang perlu terbeban dengan masalahnya.
"Aku okay saja. Kenapa kau datang ni?" Arif segera membalas sambil melebarkan senyumannya, memantapkan lagi lakonannya di hadapan abangnya itu. Imran melihat Arif sambil mengangkat salah satu keningnya sebelum mengeluh lemah. Tangannya dibawa ke belakang tengkuknya. Matanya memandang ke arah lain, tidak lagi menatap kedua - dua mata adik lelakinya itu.
"Kita ada tetamu sekarang. Turun." Imran berkata ringkas dan segera berlalu dari situ, meninggalkan Arif yang masih keliru dengan kata - kata Imran sebentar tadi. Dia berdiri di muka pintunya agak lama, memikirkan semula arahan abangnya tadi.
"Tetamu? Siapa yang nak datang malam - malam ni?" Arif bertanya perlahan. Tangannya pantas menutup suis lampu dan kipasnya dan merapikan penampilannya ala kadar saja. Pintu biliknya ditutup dan kakinya melangkah laju menuruni tangga.
Dalam perjalanannya ke ruang tamu, dia sedikit terkejut apabila melihat adiknya dan ayahnya kelihatan senang berehat di sofa sambil menonton televisyen. Kadang kala kedengaran juga tawa mereka bersama. Arif mengambil keputusan untuk mendekati mereka berdua.
"Ayah." Arif memanggil ayahnya perlahan. Kedua mereka serentak berpaling ke arahnya. Satu senyumannya dihadiahkan kepadanya sebelum mereka kembali berpaling ke arah skrin televisyen itu.
"Kenapa?" Dato' Mustaqim bertanya ringkas. Arif semakin hairan apabila melihat keadaan ayahnya dan adiknya ketika itu. Bukan ke sepatutnya ayahnya sedang layan tetamu mereka sekarang ni?
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...