Rayyan masih berada di situ. Menunggu doktor yang merawat adiknya keluar. Sudah hampir dua jam mereka berada di dalam wad itu. Dia mula tidak sedap hati. Pelbagai kemungkinan bermain di mindanya.
"Abang Rayyan!" Kedengaran suara seorang remaja lelaki memanggilnya dari jauh. Rayyan berpaling ke arah punca suara itu. Kelihatan seorang pelajar lelaki yang masih memakai pakaian sekolah mendekatinya.
"Rafiq, bila sampai? Siapa yang hantarkan?" Rayyan sedikit terkejut melihat adiknya berada di situ. Rafiq mengambil tempat di sebelah abangnya.
"Baru habis sekolah. Pak Cik Husin yang ambilkan tadi. Bila dapat tahu sudah jumpa Hanis dan ada dekat hospital sekarang ini, itu yang suruh Pak Cik Husin hantarkan ke sini. Hanis macam mana?" Rafiq menjawab laju. Di wajahnya tampak sinar kerisauan kepada adik tirinya.
"Tadi ada kompilasi, doktor sedang periksa dia sekarang. Kita cuma mampu berdoa supaya Hanis kuat untuk teruskan hidupnya." Rayyan berkata sambil mengeluh lemah. Kepalanya ditundukkan ke lantai.
"Rafiq tak apa ke datang sini? Kenapa tak balik rumah dulu? Boleh rehat sikit." Rayyan memgalihkan pandangannya ke adiknya. Rafiq di sebelahnya hanya tersenyum nipis.
"Rafiq tak kisah pun, bang. Lagipun, Hanis perlukan kita sekarang. Rasa bersalah juga kalau tak datang melawat Hanis." Rafiq bersuara sambil menggosok bahagian belakang tengkuknya.
"Sekolah okay?" Rayyan bertanya. Ingin mengetahui progres adiknya di sekolah.
"Okay saja. Cuma sekarang banyak kelas tambahan. Yalah, tahun ni kan Rafiq ambil PT3." Rafiq menjawab ringkas sambil mengeluh penat.
"Itulah. Patutnya balik rumah dulu. Mandi ke apa. Ini tidak, terus serbu hospital." Rayyan mula membebel, membuatkan Rafiq tersengih sumbing.
"Bukan apa, rindu dengan Hanis." Jawapan Rafiq membuatkan Rayyan tersenyum nipis. Badan adiknya ditepuk perlahan.
"Kita semua rindukan Hanis. Yalah, seminggu hilang tanpa jejak. Alhamdulillah, sekarang sudah jumpa. Harap lepas ini kita dapat bantu rapatkan hubungan Hanis dengan ayah." Rayyan bersuara sambil tersenyum dan memandang ke pintu wad adiknya.
Suasana antara mereka menjadi sepi. Hanya kedengaran suara - suara jururawat yang bekerja dan para pelawat di sekeliling mereka. Kepala mereka masing - masing menunduk ke lantai, memikirkan keadaan adik mereka di dalam sana.
"Rayyan, Rafiq." Kepala mereka terangkat apabila mendengar nama mereka dilaung. Mereka berpaling ke arah sumber suara itu. Kelihatan ayah dan mama mereka mendekati mereka berdua. Rafiq segera bangkit dan menyalami ayahnya.
"Kamu baru balik, Rafiq?" Ayahnya bertanya lembut sambil menepuk belakangnya perlahan. Rafiq mengangguk, mengiakan kata - kata ayahnya itu.
"Haah. Bila tahu Hanis ada dekat hospital, terus pesan kepada Pak Cik Husin untuk hantar ke sini." Rafiq menjawab sambil tersenyum kepada ayah dan mamanya.
"Kenapa tak balik rumah dulu? Mandi dulu ke, makan ke," Mamanya mula bertanya. Raut wajahnya terpancar riak kerisauan. Rafiq hanya tertawa kecil.
"Rafiq sudah makan sikit sebelum balik sekolah tadi. Jangan risaulah, mama. Rafiq okay." Rafiq membalas sambil memandang lembut kepada wanita itu. Namun, wajah mamanya masih terpancar kerisauan.
"Rayyan pun sudah pesan kepada si Rafiq ini. Tapi, mama tahu sajalah dia ini. Degil tak bertempat." Rayyan sempat mengusik adiknya itu, membuatkan adiknya memukulnya perlahan. Wajah kedua orang tua mereka berubah sedikit tenang melihatnya.
"Kalau dalam setengah jam lagi doktor tak keluar, mama nak Rafiq balik rehatkan diri. Selepas itu, baru datang balik. Faham?" Datin Maria berkata sedikit tegas. Rafiq hanya tersengih sambil mengangguk faham.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...