Pintu bilik tersebut terbuka, membuatkan individu - individu yang berada di dalam bilik tersebut memandang ke arah muka pintu itu. Kelihatan seorang gadis melangkah masuk ke dalam bilik itu, membuatkan mereka semakin teruja dengan kehadirannya. Dalam sekelip mata mereka mulai mengerumuni gadis itu.
"Jadi, macam mana Aisya?" Ejen Arif terus bertanya laju. Ahli pasukannya yang lain hanya terdiam, menunggu Ejen Aisya untuk memberikan jawapannya.
Ejen Aisya hanya bermasam muka, menakutkan mereka ketika itu. Namun, Ejen Aisya kemudiannya mula menguntum senyum membuatkan mereka kembali teruja. "Kita sudah dapat lokasi markas utama mereka!" Ejen Aisya berkata dengan penuh gembira membuatkan mereka yang lain turut bersorak.
"Tapi, aku tak dapat nak tahu siapa ketua sindiket itu. Diorang memang takut nak beritahu walaupun kita sudah tawarkan perlindungan dari serangan sindiket itu." Ejen Aisya berkata sedikit hampa. Matanya menunduk memandang ke arah lantai.
"Alah, tak apa. Kita sudah dapat lokasi markas utama pun sudah kira bagus dah. Selepas ini, kita kena pergi tinjau dan mula rangka pelan untuk menyerang masuk." Ejen Imran berkata, cuba menggembirakan Ejen Aisya dengan menyatakan bahawa gadis itu sendiri sudah cuba yang terbaik.
"DAN SELAMATKAN IMANI!!!" Ejen Arif tiba - tiba menjerit kuat sambil menggenggam tangannya dan dihalakan ke atas, membuatkan mereka yang berada di situ terperanjat dengan teriakannya itu. Kepalanya lantas diluku oleh Ejen Imran yang hampir terjatuh dari kerusinya apabila mendengar jeritannya itu.
"Kau ni kalau bab Imani, semuanya laju. Semuanya beres. Semuanya setel. Kalau buat kerja lain, tak pula kau semangat sampai macam ni sekali." Ejen Imran berkata sambil menyilangkan tangannya ke dadanya. Ejen Arif hanya memasamkan mukanya sambil menggosok perlahan kepalanya yang diluku tadi.
"Kita akan selamatkan Imani." Ejen Aisya berkata perlahan sambil memandang ke bawah. Dirinya tersenyum kecil apabila menyebut kata - kata itu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia akan lakukan nanti.
"Kita akan selamatkan Imani." Ejen Afiq juga mengulangi semula kata - katanya sambil tersenyum seperti Ejen Aisya.
"Macam tak percaya saja, kan?" Ejen Aisya berkata lagi sambil memandang Ejen Afiq yang mengangguk dengan laju apabila mendengar kata- kata Ejen Aisya.
"Yalah, sebelum ni hanya dia saja bukan yang selamatkan kita. Sekarang giliran kita pula yang tolong dia." Ejen Imran menjawab, mengerti dengan keterujaan mereka berdua. Namun dia tahu dan sedar, jika Ejen Imani sendiri tidak dapat menyelamatkan dirinya, apatah lagi mereka yang kadang - kala memerlukan bantuannya.
"Aku takut sebenarnya korang tahu?! Tapi dalam masa yang sama aku tidak sabar sebab....entah!" Ejen Aisya berkata lagi dengan penuh teruja.
"Kan kan?" Ejen Afiq yang berada di sebelahnya turut bertanya dengan tahap keterujaan yang sama dengan Ejen Aisya. Mereka bertiga yang melihat keterujaan Ejen Afiq sedikit terkejut. Setahu mereka remaja lelaki itu agak susah untuk bersuara, apatah lagi untuk menunjukkan emosi wajahnya.
"Memang pelik kalau Afiq sendiri pun semangat macam ni sekali." Ejen Zackwan yang dari tadi pula terdiam dan sedikit terkejut melihat Ejen Afiq yang kebiasaannya hanya mendiamkan dirinya. Tiba - tiba hyper lain macam pulak budak ni?
"Aku tak pernah pulak nampak Afiq tunjukkan emosi dia sampai macam ni sekali." Ejen Imran turut menyokong hujah Ejen Zackwan. Ejen Arif yang berada di sebelahnya hanya mampu mengangguk kecil sambil tersenyum sumbing melihat kelakuan Ejen Afiq ketika itu.
"Kita sendiri pun sudah tahu sebab utama dia jadi pendiam dan terus pendam perasaan dia, bukan? Sekurang - kurangnya tengok dia masih mampu tertawa dan tersenyum sekarang ni, aku tak rasa bimbang sangat dengan tahap kesihatan mental dia." Ejen Zackwan berkata perlahan, membuatkan kedua adik - beradik itu tersenyum nipis.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...