Arif meletakkan kepalanya di atas bantal. Tangannya diangkat dan diletakkan pada dahinya. Matanya memandang tepat ke arah siling di atasnya. Segala progress mereka sepanjang misi itu dijalankan ditayangkan semula dimindanya.
Bagaimana terkejutnya dia apabila berita tentang Imani diculik, bagaimana selama ini Identity hanya mendiamkan perkara tersebut daripada mereka sepasukan dengan menggantikan kehilangan Imani dengan sebuah klon milik gadis itu sendiri.
Bagaimana Ejen Rayyan perlu membimbing pasukan mereka kerana dia adalah orang terakhir yang berhubung dengan Imani semasa misi rahsia mereka berdua. Sungguh, dia berasa sangat terkilan akibat dariapda semua itu.
"Kau cakap kau percayakan aku. Jadi, kenapa kau buat aku macam ni, Im? Kau percayakan aku, jadi, aku..." Arif tidak tahu bagaimana lagi mahu menyuarakan kata hatinya itu.
"...aku pun percayakan kau." Arif berasa semakin sakit di hatinya. Dia berasa seperti Imani sudah mengkhianati kepercayaannya. Walaupun dia tahu apa yang Imani lakukan itu untuk kebaikannya dan juga pihak yang lain.
Arif menyepak kakinya ke udara sambil menutup mukanya, semakin rimas apabila perkara ini sering bermain di benak fikirannya. Habis cadar dan selimutnya tunggang - langgang akibat tindakannya itu.
Arif menghela nafasnya berat. Dia perlu tidur. Esok dia perlu pergi ke sekolah, dan selepas itu ke Identity untuk membincangkan strategi mereka untuk serbuan markas utama sindiket itu.
Matanya ditutup rapat. Selimut kesayangannya ditarik sehingga menutup hampir separuh kepalanya. Badannya diiringkan ke kanan, cuba mencari posisi yang lebih selesa untuk dia melelapkan mata.
Keadaan bilik itu menjadi sunyi sepi untuk beberapa ketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik yang sedari tadi berbunyi di kawasan luar rumahnya. Sekali sekala kedengaran juga deru angin daripada kipas di dalam biliknya itu.
"Arrgggghhh!!!" Arif menjerit sambil bangkit dari pembaringannya kepada posisi duduk. Mukanya diraup kasar beberapa kali.
"Aku tak boleh nak tidur!!!" Arif merintih sendirian. Dia merebahkan kembali badannya di atas katil sambil mendengus kasar. Nampaknya perkara itu sangat - sangat menganggunya sekarang ini. Mindanya tidak dapat berhenti daripada memikirkan tentangnya.
Tiba - tiba telefon milik Arif yang berada di atas keja sebelah katilnya berbunyi menandakan terdapat panggilan untuknya. Arif mengambilnya dan melihat nama pemanggil tersebut.
"Eh, Imran? Sudah kenapa pula ni telefon malam - malam ni? Kita kan ada dalam rumah, datang sajalah kalau ada hal nak cakap." Arif berkata sendirian sambil menjawab panggilan itu. Telefonnya dibawa ke telinga kanannya.
"Hello?" Arif berkata sambil menunggu respon daripada abang sulungnya itu.
"Hoi! Kau tak boleh tidur tu janganlah ajak orang lain tak tidur sekali dengan kau! Menjerit tengah - tenagh malam pula, aku tampar kang!" Panggilan itu terus diputuskan begitu saja tanpa Arif sempat membalas apa - apa.
Terkebil - kebil Arif dibuatnya sambil menilik semula skrin telefonnya. Telefonnya itu diletakkan semula di atas meja itu. Arif mendengus geram.
"Tak membantu langsung! Bukannya nak tolong ke apa!" Arif membentak keseorangan. Dia menutup semula matanya, cuba untuk melelapkan mata walaupun sukar. Namun selepas beberapa minit, mula kedengaran dengkuran halus keluar daripada remaja itu.
Imran yang menilik keadaan Arif ketika itu di muka pintu hanya menyilangkan tangannya ke dada sambil menghela nafasnya, menggeleng beberapa kali.
"Boleh pula tidur! Tadi sibuk melalak tengah - tengah malam buta tak boleh tidur bagai. Baru nak tekup muka budak ni dengan bantal." Imran berkata geram sambil memandang bantalnya yang berada di tangannya.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Roman pour Adolescents[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...