Badan mereka disandarkan pada kerusi kekenyangan. Masing - masing bermalasan di atas kerusi. Langsung tidak beralih dari kedudukan mereka.
Ejen Imani hanya tertawa melihat keadaan mereka. Dia sendiri mengakui misi mereka kali ini agak memenatkan.
Hampir satu minggu mereka terpaksa bertugas melebihi waktu yang sepatutnya. Ada juga satu dua hari mereka langsung tidak tidur bagi menangkap musuh mereka. Masing - masing mengerah keringat dan memerah otak untuk menyelesaikan misi ini.
Hari ini, akhirnya musuh tersebut berjaya ditumpaskan. Walaupun terdapat pergelutan antara mereka ketika itu, tapi tiada siapa yang tercedera teruk. Kalau adapun lebam - lebam saja.
Ejen Imani mengangkat pinggan mangkuk yang sudah kosong dan ingin bergegas ke dapur. Ejen Aisya turut bangun dan menolong Ejen Imani.
Yang lain masih tersandar kekenyangan dan keletihan. Mereka hanya mampu berdoa agar tidak menerima apa - apa misi buat dua tiga hari ini.
"Hoi, Arif. Bangun cepat! Kita kena pergi sekolah balik, kan?" Ejen Imani kembali ke meja makan sambil mencekak pinggang di sebelah Ejen Arif.
Perhatian Ejen Imani teralih apabila mendengar deringan telefonnya menandakan terdapat pesanan untuknya. Tangannya mencapai telefon yang berada di poket kanannya sebelum dibuka.
Muka Ejen Imani berkerut sedikit apabila melihat pesanan yang dihantar kepadanya. Ejen Imran yang melihat perubahan air muka Ejen Imani mula hairan.
"Siapa itu? Kawan kau?" Ejen Imran pantas bertanya. Ejen Imani pantas menggeleng. Gadis itu tersengih sumbing.
"Bukan penting pun. Abaikan saja." Ejen Imani sambil tersenyum nipis menyimpan semula telefonnya. Perhatiannya kembali terarah ke Ejen Arif yang masih bermalas - malasan di atas kerusi.
"ARIF!" Suara Ejen Imani naik seoktaf. Namun, hanya dibalas dengusan oleh Ejen Arif.
"Aduh! Tak payah pergilah! Penat ni! Lagipun klon kita kan ada untuk ganti tempat kita. Biar sajalah mereka di sana." Ejen Arif hanya mampu merengek sambil menutup matanya.
"Banyaklah kau. Kalau Komander tahu kau ambil kesempatan atas bantuan Identity, habis kau nanti! Cepatlah! Nanti kalau diorang balik rumah, lagi susah nak tukar tempat." Ejen Imani cuba menjatuhkan Ejen Arif dengan mambalikkan kerusinya.
Ejen Arif yang kini berada di lantai akibat tolakan Ejen Imani hanya mampu mendengus malas. Dia benar - benar tidak mempunyai tenaga untuk kembali ke sekolahnya.
Jam di tangannya ditilik. Matanya membulat serta - merta. Lantas dirinya bangkit tanpa dengusan mahupun keluhan. Ejen Imani yang melihat kebangkitan mendadak Ejen Arif mulai hairan.
"Apahal dengan kau ini? Tiba - tiba berdiri. Tadi kata malas." Ejen Imani mengerutkan dahinya. Makin hairan dirinya apabila kelihat Ejen Arif mula berpeluh dan seperti cacing kepanasan.
"Aku lupa." Ejen Imani masih hairan mendengar jawapan Ejen Arif.
"Kau lupa apa?" Ejen Imani cuba bertenang sambil melihat Ejen Arif yang semakin gelisah.
"Kau ini sudah kenapa, Arif? Naik geram pula aku tengok kau ini. Rasa macam nak tumbuk saja kau ini." Ejen Imran yang mendengar perbualan mereka juga sudah mula serabut dengan kelakuan Ejen Arif.
"Hari ini hari lahir Basyir." Jawapan Ejen Arif langsung membuatkan kedua - dua kening Ejen Imani terangkat.
"Jadi....kau lupa hari ini hari lahir kawan kau?" Ejen Zackwan mula mencelah. Dirinya juga tidak senang duduk melihat gelagat Ejen Arif.
"Bukan." Ejen Arif laju menggeleng. Mukanya makin basah dengan peluh. Badannya mula menggigil.
"Habis tu apa? Baik kau cakap. Aku sudah nak hilang sabar ini." Ejen Afiq juga mula bersuara. Menyatakan rasa di hatinya.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...