BAB 4

228 38 7
                                    

"Uishhh...korang berdua dating ke apa, hah? Bukan main rapat aku tengok kau orang berdua tadi." Busyra berkata apabila melihat Imani mula melangkah masuk ke dalam kelasnya.

"Oi, korang intai ya?" Imani berkata sambil bercekak pinggang. Mereka yang lain hanya tersengih sumbing.

"Alah, intai sikit - sikit saja. Tak curi dengar pun. Jangan risaulah. Tak kuasa kitorang nak dengar ayat - ayat cinta kau orang berdua itu." Danisyah juga tidak melepaskan peluangnya untuk memyakat Imani. Dalam diam, Imani menarik nafas lega.

"Jangan nak mengarutlah. Lagipun, dia panggil sebab nak bagitahu yang duit yang aku jumpa tu sudah bertuan. Itu saja." Imani menjawab sambil berjalan ke arah tempat duduknya.

Walaupun riak wajahnya tampak kosong namun, apa yang dirasai di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Sungguh, dia hampir saja menjadi gelabah kerana tidak tahu alasan apa yang akan dia berikan kepada mereka tadi. Mujur sahaja mindanya teringat tentang jawatan Arif sebagai Ketua Pengawas di sekolah mereka. Dirinya melepaskan nafas lega dalam diam.

"Kau biar betul?!!" Ejen Zackwan bertanya. Matanya membuntang sambil tangannya menepuk meja kuat.

"Kau ingat aku tipu ke? Kalau kau tak percaya, kau tanya adik perempuan aku. Dia pun ada dengan aku masa itu. Aku mana pernah tipu kalau pasal hal macam ni." Ejen Imran meyakinkan Ejen Zackwan tentangnya. Dirinya juga tergeleng - geleng beberapa kali apabila memikirkan semula perkara itu.

"Tak sangka aku ada lagi manusia yang macam itu. Sudahlah isteri dia tengah memgandung, boleh pula dihalaunya lepas itu pergi ikut perempuan lain." Ejen Zackwan turut meluahkan perasaan amarahnya. Ejen Aisya dan Ejen Afiq hanya terdiam mendengar perbualan mereka berdua.

"Itulah pasal. Aku sudah panas hati ni. Kalau aku jumpa mamat itu memang mati aku kerjakan nanti." Ejen Imran turut mengeluarkan keberangannya.

Ting!!

Kelihatan Ejen Arif melangkah masuk ke dalam bilik taklimat itu dengan wajah yang sedikit keliru dan juga risau. Ejen Imran dan Ejen Zackwan yang berada di situ langsung tidak memghiraukannya malah, menyambung kembali sesi luahan perasaan mereka.

"Eh, bukan ke perempuan tu sakit ke sekarang ni?" Ejen Zackwan bertanya sambil memandang Ejen Imran. Wajahnya terpancar kerisauan.

Ejen Imran mengeluh lemah sebelum kembali berbicara. "Ya, dia ada kanser tulang tahap tiga. Sekarang ni dia langsung tak pergi appointment dia. Sudah 3 temu janji dia tak datang." Ejen Imran juga kelihatan risau berkenaan dengan keadaan wanita yang disebut - sebut oleh mereka berdua.

Ejen Zackwan mengetap bibirnya kuat. Dia mendengus kasar. Tangannya digenggam kuat dan dibawa ke tangannya yang satu lagi.

"Kalau aku jumpa mamat tak guna itu, memang mati aku kerjakan nanti." Mata Ejen Zackwan berapi marak seperti amarahnya.

"Sabar dulu. Mungkin lelaki itu ada rancangannya yang tersendiri mungkin. Aku pun sebenarnya tak percaya yang dia akan percaya cakap perempuan itu." Ejen Zackwan mendengus apabila mendengar kata - kata Ejen Imran.

"Sekarang, isteri dia macam mana?" Ejen Zackwan bertanya selepas menenangkan dirinya sedikit.

"Dia tidur dekat bus stop malam itu. Dia takut nak balik rumah mak dia." Ejen Imran menjawab. Mereka berdua menjadi diam, risau tentang keadaan wanita yang sedang menjadi topik utama gosip antara mereka berdua itu.

"Diorang bincang pasal apa ni? Bukan main tegang aku tengok." Ejen Arif berbisik kepada Ejen Aisya. Tidak mahu mengganggu perbincangab kedua ejen tersebut.

"Cerita drama pukul 7 itulah." Jawapan Aisya membuatkan Ejen Arif sedikit terperanjat.

"Kejap - kejap, apa dia?" Ejen Arif bertanya kembali. Dia salah dengar ke?

Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]Where stories live. Discover now