Pintu kayu yang bercorak indah dan berdiri megah di hadapan mereka dibuka sambil memerhatikan kawasan persekitaran mereka. Apabila sudah memastikan tiada bahaya yang berada di sekeliling mereka, mereka melangkah masuk ke dalam kediaman Dato' Yahya itu.
"Afiq, Zackwan dengan Imran akan mula geledah bahagian bawah kediaman ini. Aku dengan Klon Imnai akan periksa tingkat dua. Arif dengan Rayyan akan periksa tingkat atas sekali. Faham?" Ejen Aisya terus memberi arahan sebaik sahaja bahagian hadapan kediaman itu sudah diperhatikannya ketika melangkah masuk.
"Faham!" Mereka terus membalas dan mula bersedia untuk bergerak ke kawasan yang sudah ditetapkan untuk mereka.
"Okay, jumpa apa - apa klu, kumpulkan dahulu. Selepas dua jam kita berkumpul balik dekat sini. Bergerak sekar-"
"Kenapa aku dengan Rayyan?" Ejen Arif terus memotong percakapan Ejen Aisya. Ejen Arif mendengus kasar, tidak suka apabila dia perlu dipasangkan dengan lelaki itu selama dua jam. Ejen Aisya berpaling ke arahnya sambil mematahkan jari - jarinya dihadapan Ejen Arif. Matanya tajam menikam diri lelaki yang tadinya melawan namun kini sudah mulai takut.
"Aku sudah bagi arahan, kan? Apa kata kau ikut saja? Lagipun kau boleh pulihkan hubungan antara kau orang berdua. Lagi serasi bila berkerjasama nanti. Sudah! Semua bergerak seperti yang diarahkan!" Ejen Aisya membalas sambil merenung tajam ke dalam anak mata Ejen Arif. Ejen Arif hanya diam, akur dengan arahan Ejen Aisya sambil mengeruhkan air mukanya. Klon Imani hanya menggeleng melihat Ejen Arif.
Mereka bertujuh mula berpecah ke arah lokasi masing - masing. Tanpa mereka sedar, seseorang sedang memerhatikan mereka bertujuh sambil tersengih lebar dan tertawa.
'Aduh lah... Kenapa aku kena duduk dengan Rayyan? Bukannya si Aisya itu tak tahu yang aku ini tak adalah baik sangat dengan mamat ini. Tak pasal - pasal nak kena hadap muka dia dua jam ini!' Ejen Arif hanya mampu meluahkan rasa amarahnya di dalam dirinya. Ejen Rayyan berada di bilik yang lain sementara dirinya memeriksa stor yang berada di tingkat itu.
Mujur sahaja tingkat tiga kediaman itu agak besar. Jadi tidak perlulah mereka memerika setiap bilik bersama - sama. Lebih elok jika mereka berpecah supaya kerja mereka menjadi lebih cepat.
Ejen Rayyan yang memang sudah terbiasa dengan laluan kediamannya memeriksa dengan senang dan laju. Namun, Ejen Arif yang tidak pernah memasuki tingkat paling atas kediaman itu seringkali sesat apabila laluan di tingkat itu agak memeningkan. Sudah beberapa kali dia memasuki bilik yang sedang diperiksa oleh Ejen Rayyan.
"Ini bilik tadi. Takkanlah ada tiga bilik saja dekat tingkat ini? Tadi Rayyan cakap dekat tingkat ini ada lebih kurang tujuh bilik tetamu, dua bilik stor dan ada satu atau dua bilik yang memang kosong. Takkanlah semuanya aku sudah periksa? Memang betul - betul laju aku buat kerja." Ejen Arif berkata perlahan sambil menggaru kepalanya.
'Kenapalah laluan tingkat ini tak lurus dan biasa saja? Ini sudah macam main pagar sesat pun ada.' Ejen Arif masih lagi merungut namun kali ini dia hanya bermonolog sendirian. Sudahlah kesemua corak dan dekorasi ruang di bahagian atas itu hampir sama kesemuanya.
BAM!
Badan Ejen Arif terus melompat apabila mendengar bunyi seperti barang jatuh berdekatan dengannya. Suasana sepi yang berada di sekelilingnya membuatkan Ejen Arif mulai takut. Lelaki itu menarik nafas beberapa kali, cuba menenangkan dirinya.
"Arif..."
Ejen Arif berpaling ke arah punca suara itu namun, tiada siapa yang kelihatan di situ. Wajahnya mulai pucat. Angin sejuk mula menyapa tubuhnya.
Badannya tergerak sendiri apabila merasa seseorang menyentuh bahunya. Apabila melihat belakang badannya, tiada siapa yang berada di situ. Ejen Arif semakin cuak. Keadaan sekelilingnya mulai malap dan ejen rahsia itu mula merasai seram sejuk.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...