"Aku...sebenarnya...semua ni..." Ejen Rayyan berkata teragak - agak, tidak pasti perkara itu perlu didedahkan kepada mereka ataupun tidak. Namun pihak Identity masih mahu perkara itu dirahsiakan daripada mereka.
"Sebenarnya apa?!" Ejen Imran mula menjerkahnya sambil memukul meja itu kuat, membuatkan Ejen Rayyan terkejut dengan jerkahan itu.
"Aku...aku minta maaf! Aku tak dapat beritahu apa - apa pasal perkara ni!" Ejen Rayyan segera menjawab sambil menutup rapat matanya, bersedia jika dirinya akan mula disakiti oleh mereka.
"Ini arahan daripada siapa?" Ejen Aisya bertanya perlahan, mulai kasihan melihat Ejen Rayyan yang sudah ketakutan itu.
"A-arahan daripada Barisan Headcore. Misi ni pun aku dengan Imani dapat terus daripada mereka." Ejen Rayyan berkata dengan laju sambil menutup rapat matanya, takut memandang reaksi mereka semua.
"Jadi selama ini, kau dengan pihak Identity main - mainkan kami sajalah?" Ejen Imran berkata sambil mengerutkan dahinya, masih lagi memandangnya tajam. Wajahnya masih lagi serius, tiada lagi senyuman yang biasa menghiasi wajahnya.
"Aku...aku minta maaf. Bukan niat aku ataupun pihak Identity untuk gunakan korang macam ini. Lagipun, Imani pun kata okay saja, aku...aku..." Ejen Rayyan mula kehilangan kata - kata. Badannya mula terketar apabila dapat merasakan kekecewaan daripada mereka berlima.
Mereka berlima hanya terdiam dan memandang antara satu sama lain. Masing - masing tidak tahu apa yang patut mereka lakukan ketika itu. Ejen Aisya mengeluh lemah sambil memandang ke arah Ejen Rayyan sebelum berbicara.
"Apa yang kau boleh beritahu kepada kami?" Ejen Aisya bertanya, Ejen Rayyan memandang Ejen Aisya sekilas sebelum kembali memandang ke lantai.
"Apa yang mampu aku beritahu cuma...pasal misi ni, kejadian Hanis dan Ejen Imani yang diculik, klon Ejen Imani, tapi tak semua yang aku beritahu tu...betul..." Ejen Rayyan berkata ayat terakhirnya takut - takut. Ejen Aisya sudah menggeleng memandangnya.
"Kalau aku tahu semua perkara merepek ni hanya akan membawa kepada kekacauan, aku akan kerjakan semua yang terlibat cukup - cukup. Kalau ada yang terkorban sebab strategi merepek ni, jangan harap ada yang terlepas daripada aku nanti." Ejen Aisya berkata sambil bercekak pinggang di hadapan Ejen Rayyan.
"Buat masa ni aku lepaskan kau, tapi kau pastikan 'plan' kau ni terus berjalan lancar." Ejen Aisya berkata lagi sambil memandang lelaki itu tajam. Lelaki itu meneguk liurnya, takut.
"B-baik..." Ejen Rayyan berkata perlahan. Ejen Aisya hanya mendengus sebelum memalingkan tubuhnya membelakangi Ejen Rayyan.
"Sudah. Kita selesaikan hal ni selepas kita selesaikan misi ni." Ejen Aisya berkata sambil memandang ke arah ahli pasukannya. Mereka masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan Ejen Aisya.
"Kau memang nak terus berdiam diri lagi ke, Aisya? Sampai bila kita nak terus dimainkan macam ni?" Ejen Arif berkata, tidak senang dengan kata - kata Ejen Aisya.
"Ini arahan daripada Barisan Headcore sendiri, selagi mana tiada perkara yang buruk berlaku kepada mana - mana ahli pasukan kita, kita tak dapat nak buat apa - apa. Tapi jangan risau, kalau ada perkara yang berlaku, tiada seorang pun Headcore yang akan terlepas daripada aku." Ejen Aisya berkata dengan mukanya yang serius.
"Kalau kau sudah cakap macam tu, aku okay saja." Ejen Zackwan berkata malas sambil mengangkat bahunya.
Ejen Imran serta Ejen Afiq juga mengangguk setuju dengan kata - kata Ejen Aisya tadi. Ejen Arif mula terkejut dengan respon rakan - rakannya.
"Eh, tapi-" Ejen Arif mahu membantah namun dihentikan oleh Ejen Imran.
"Biar sajalah, Arif. Aku tahu Imani tu pandai jaga diri sendiri, kalau dia setuju dengan plan mereka itu, aku rasa kita masih selamat rasanya." Ejen Imran berkata sambil menepuk bahunya lembut. Ejen Arif hanya mendengus kasar dan menyilangkan tangannya ke dada, akur dengan kata - kata Ejen Imran.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...