"Ya, akulah penyebab kematian suami kau." Lelaki itu berkata sambil tersenyum sinis memandang wanita itu. Datin Maria menggelengkan kepalanya, cuba melupakan semula memori gelapnya itu namun tidak berjaya apabila wajah yang penuh dengan kelicikan lelaki itu.
Dato' Yahya menjadi semakin risau apabila melihat keadaan Datin Maria. Dia cuma mampu berharap agar isterinya itu tidak mengalami tekanan perasaan yang teruk selepas semua ini berakhir.
Itupun jika mereka akan keluar dari sini dengan selamat.
"Kalau suami kau tak degil, semua ini takkan terjadi. Anak kau pun sama degil macam bapaknya!" Lelaki itu berkata lagi membuatkan mereka bertiga bagaikan tersedar daripada lamunan mereka masing - masing.
Rayyan serta Hanis tidak ada bersama mereka.
"Apa yang kau sudah buat pada Hanis?! Apa yang kau sudah buat pada Rayyan?!" Dato' Yahya pula menjerit kepada lelaki itu. Rafiq yang juga risu akan keadaan adik - beradiknya itu hanya mampu kembali merenung lelaki itu. Datin Maria menjadi semakin teruk apabila mengingati akan anak perempuannya yang tidak ada bersama dengannya.
"Kau...kau cederakan Hanis!" Datin Maria pula menjerit ke arah lelaki itu dengan perasaan yang sudah kacau - bilau. Dia sudah kehilangan suaminya, dia tidak mahu kehilangan satu - satu anak perempuan miliknya!
"Betul, tapi Datin salah." Lelaki itu berkata sambil menyilangkan tangannya. Mereka bertiga menjadi tertanya - tanya apabila mendengar kata - kata lelaki itu. Lelaki itu mengeluh sebelum berkata kembali.
"Rayyan aku tidak tahu lokasi dia. Entah hidup ke mati budak tu sekarang ni. Tentang Hanis pula..." Datin Maria menjadi semakin berdebar apabila mendengar nada ayat lelaki itu.
"Malam kejadian tu, kami sudahpun berjaya sebenarnya menculik Cik Hanis Suraya. Tapi esoknya, ada seseorang yang laporkan tentang seorang gadis yang cedera parah. Jadi sekarang sudah ada dua Cik Hanis Suraya." Sebaik sahaja lelaki itu selesai berkata - kata, dua orang gadis ditolak ke hadapan merka bertiga. Kedua gadis itu turut diikat kaki dan tangan mereka dan mulut mereka diikat dengan sebuah kain.
Mata mereka sekali lagi membulat apabila melihat dua orang gadis yang berwajah sama itu. Kedua gadis itu turut memandang mereka bertiga dengan pandangan yang tersirat pelbagai maksud. Namun ianya hanya seketika apabila hijab yang melitupi kepala mereka berdua disentak ke atas membuatkan badan mereka tegak dan dihadapkan kepada mereka bertiga.
"Aku sudah tak nak main - main lagi. Mana kajian tu, Datin Maria?" Lelaki itu berkata sambil mengeruhkan mukanya dan memandang ke arah Datin Maria. Datin Maria yang masih terkelu itu tidak mampu berkata apa - apa. Melihatkan anak perempuannya yang berada di hadapannya sekarang ini membuatkan wanita itu semakin takut.
Apabila menyedari bahawa wanita itu tidak membalas soalannya, lelaki itu mengeluh kasar dan mengeluarkan sebilah pisau yang tajam dan dihalakan pisau itu ke arah leher salah seorang gadis yang berada di dalam kesakitan itu.
"Budak yang ini ialah budak yang hilang ingatan itu, bukan yang aku culik pada malam tu. Jadi, keputusan kau, Datin Maria. Lokasi, ataupun dia mati." Lelaki itu berkata sambil menekan dengan sedikit kuat bilah pisau itu pada leher gadis itu. Pada tudung gadis itu serta - merta mula dikotori dengan warna merah.
"Apa...apa yang kau nak? Kajian? Kajian apa ni?" Datin Maria bertanya kembali apabila tidak memahami apa yang dimahukan oleh lelaki itu. Melihatkan kesan merah pada tudung gadis itu semakin membesar membuatkan Datin Maria semakin takut.
"Kau jangan buat - buat lupa!!" Lelaki itu menempelak Datin Maria kasar, membuatkan pisau di tangannya menghiris sedikit pipi gadis yang 'hilang ingatan' itu. Mereka bertiga menjadi terdiam dan semakin takut apabila melihat darah yang mula mengalir kesan daripada hirisan itu.
YOU ARE READING
Secret Identity : MEMORY [BOOK 2]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : ICEBREAKING] Selepas daripada kejadian yang menimpa mereka, kerjasama antara mereka semakin baik dan hubungan sesama mereka bagaikan sebuah keluarga. Namun, misi yang diterima oleh mereka kali ini lebih sukar apabi...