24 | EX

216 17 0
                                    

Pada petang Khamis, mereka berempat berpakat mahu mengulang kaji di perpustakaan memandangkan hari ini tiada kelas petang. Kerana kepantasan Adam, mereka dapat tempat di perpustakaan yang selalu penuh pada waktu-waktu hampir dengan peperiksaan.

"Banyak betul ye buku yang Nayli ambil," tegur Fiqri. Mata melihat buku-buku yang tersusun di hadapan dia.

Nayli angkat kepala. Sengih senget ditayang.

"Biasalah. Kau ingat aku ni pemalas sangat ke? Aku kalau kat rumah memang bersepahlah bilik aku dengan buku-buku ni. Aku tak suka belajar separuh-separuh."

"Tips belajar dari aku, kalau kita ni betul-betul nak study, kita kena-"

"Aku tak tahu pula yang benda ni masuk exam." Suara Adam mencelah mematikan bicara Nayli.

Mata melihat Adam yang sedang membelek majalah solekan yang dibawa olehnya dari rumah. Fiqri di sebelahnya juga turut menoleh mahu mengintai buku yang ditilik Adam. Nayli separuh badan berdiri lalu merampas kasar dari tangan Adam.

"Eh, suka hati akulah! Ini untuk menghiburkan aku masa mengantuk. Kau apa tahu? Sibuk ajelah mamat ni."

Adam diam sebelum kembali membelek buku di hadapannya. Malas mahu melayan perempuan gila ini.

Tiba-tiba, lengan bajunya terasa ditarik perlahan dari sisi. Adam menoleh melihat Tiara di sebelah dengan wajah bingung.

"Adam... Boleh tolong saya tak?"

"Apa dia?"

"Tolong ambilkan saya buku dekat rak sana tu. Tinggi sangatlah. Saya tak sampai," adu Tiara dengan nada suara yang perlahan. Tidak mahu mengganggu pelajar lain yang sedang tekun mengulang kaji.

Adam hela nafas sebelum dia berdiri bersama Tiara dan menuju ke satu bahagian rak buku tidak jauh dari meja mereka.

Nayli diam beberapa minit termenung melihat mereka berdua dengan bibir memuncung. Pen diketuk di bibirnya sambil mata tak lepas memerhatikan Adam dan Tiara.

"Aku tengok diorang tu macam comellah pula." Sebelah kening diangkat. Diperhati mereka.

"Hm? Siapa?" Fiqri yang tekun membaca itu mengangkat kepala memandang Nayli di depan.

"Budak dua orang tulah."

Fiqri turut menoleh belakang melihat ke arah yang ditunjuk Nayli. Melihat Adam dan Tiara, Fiqri tersenyum. Tubuh kembali dipaling hadapan.

"Macam secocok pun ada. Kau tak rasa macam tu ke?" Dagu ditongkat sambil mata ralit memerhati Adam dan Tiara yang bersama-sama mencari buku di rak.

"Sebelum Nayli muncul lagi, Fiqri dah perasan dah."

Mata Nayli mengerling Fiqri. Belakang yang sedikit terbongkok menegak sedikit.

"Kau ship diorang juga ke? Wah, nakal juga kau eh? Nampak je bendul."

Fiqri menjeling mendengar hinaan Nayli padanya.

"Bukan ship. Cuma Fiqri rasa diorang sesuai je."

"Shiplah tu." Memanglah budak ni bendul. Mata kembali melihat mereka berdua.

Kemudian, Nayli tersedar sesuatu. Badan diketengahkan dan dipandang Fiqri yang sedang membuat latihan fizik.

"Eh, ke diorang tu couple? Bukan ke diorang tu baru masuk sekolah ni awal tahun hari tu ke? Cepat betul jatuh cinta."

"Taklah, mana ada. Apa yang Nayli merepek ni? Diorang kawan jelah," nafi Fiqri. Perempuan ni kalau bab cinta, bukan main bersungguh!

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now