30 | SIAL

250 21 2
                                    

Usai solat isyak, Adam membuka helaian Yaasin lalu dibaca beberapa ayat. Tiba-tiba, telefonnya bernyala tanda ada mesej masuk. Adam tidak mahu menghiraukan telefonnya. Tetapi, bacaannya serta merta terhenti apabila dia ternampak mesej dari Amdan di skrin telefonnya.

Amdan
Awek kau ni cantik juga eh? Kalau aku nak sentuh dia kau kasi tak?

Mata Adam terus terbuntang luas melihat ayat yang dihantar padanya.

"Biar betul? Tiara ada kat sini ke?" Ujarnya perlahan. Adam pantas mengambil telefonnya lalu menaip sesuatu.

Me
Apa kau cakap ni, gila?

Amdan
Kalau kau tak nak jadi apa-apa
dekat dia, kau keluar sekarang. 
Aku nak jumpa kau kat pool.

Adam segera bangun dari berteleku di atas sejadah lalu Yaasin dicium tiga kali sebelum dia berlari keluar dari biliknya menuju ke pintu keluar. Nanti dia sambung baca. Sekarang, ada hal yang lebih mustahak.

Tibanya dia di kolam di halaman belakang rumah, Adam melihat dari jauh Amdan dan kawan-kawannya sedang bergelak tawa di tepi kolam. Perlahan-lahan Adam berjalan menghampiri mereka sambil matanya mencari-cari kelibat Tiara. Mereka semua menoleh ke arah Adam.

"Wah, betullah Am. Anak haram ni dah ada awek," tegur salah seorang dari teman Amdan.

Amdan berdiri dari duduknya lalu wajah Adam dipandang. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Cepat ya kau datang? Aku rasa makin curious pula. Cantik sangat ke body dia tu?"

Adam senyap. Dia mula sedar bahawa dia telah dipermainkan. Sepatutnya dia boleh saja menelefon Tiara untuk bertanya keadaannya tadi. Bukannya melulu datang ke sini. Ah, jika berkaitan Tiara, dia sudah tidak boleh berfikir lurus. Cepat saja dia bertindak balas.

"Nampaknya aku dah masuk perangkap kau," kata Adam bersahaja.

"Yes. Aku cuma nak tengok setakat mana kau sayang awek kau tu je. Yalah, bolehlah lepas ni kalau aku nak guna dia ke apa," katanya.

Adam menjeling. Dia berpaling untuk kembali masuk ke dalam rumah sebelum dia dimangsakan. Namun, seperti yang dia agak, badannya dipaut kemas oleh dua orang teman Amdan dari belakang. Dia memejam mata sesaat. Ini yang dia malas ni.

"Eh, kau nak pergi mana? Susah payah kitorang nak tarik kau datang sini, macam tu je kau nk bla?"

Tangan di bahu Adam ditepis kasar. "Aku takde masa nak layan korang."

Mereka hamburkan ketawa mengejek Adam.

"Tunggulah dulu. Kau tak nak tengok ke kitorang jumpa apa ni?" Kepala Adam diteleng ke satu arah. Seorang lelaki sedang meggoyang-goyangkan satu buku milik Adam. Adam mengetap gigi.

"Hei, nak buli aku jangan nak kaitkan dengan hal sekolah boleh tak? Itu bukan buku aku. Itu buku library." Naik bengang dia melihat aksi lelaki itu mahu junamkan buku perpustakaan ke dalam air.

"Kau nak ke?" Tanya lelaki yang sedang memegang buku itu sambil tersengih.

"Bak sini balik."

"Ambillah. Kalau boleh."

Adam terpempan apabila buku hak milik perpustakaan itu dilempar masuk ke dalam kolam. Dia segera ke kolam untuk mengambil buku yang masih terapung itu namun malangnya belakang badannya disepak masuk ke dalam kolam. Mereka ketawa gembira tambahan lagi Amdan. Gembira melihat Adam diperlakukan sebegitu.

Adam tidak kisah malah dia terus berenang dan mengambil buku yang sudah sepenuhnya basah itu.

'Ah, habislah aku kena marah kejap lagi.' Buku itu diambil Adam lalu meletak ke pinggir kolam. Mata Adam lantas tajam merenung mereka yang masih lagi ketawa di luar kolam.

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now