Badan dihempas kuat ke atas tilam empuknya. Hati menahan gelora yang melonjak. Dada bidangnya turun naik mengawal kemarahan yang hampir meletus. Buku lima dikepal kuat.
Peristiwa di pejabat sebentar tadi kembali terlayar indah dalam fikirannya.
Di saat kakinya keras berdiri menghadap ayahanda di hadapan. Wajah masing-masing beku dan dingin. Tiada apa yang boleh buatkan mereka tersenyum tika ini.
"Esok, kau masuk sekolah baru." Encik Azmi berkata ringkas sambil tangannya sibuk menulis di meja.
Adam mengangkat kedua-dua keningnya.
"Sekolah baru? Kenapa?"
"Sekolah tu bagus untuk belajar uruskan bisnes. Ada pengetahuan asas."
"Bisnes?" Adam semakin pelik.
"Sebelum ni tak pernah-pernah pun sebut pasal bisnes?" Tanya Adam sedikit hairan. Kenapa tiba-tiba hari ini? Dia seperti dapat menghidu rancangan manusia di hadapan dia ini. Yang dia pasti untuk masa depannya.
"Sekolah tu ada pembelajaran khas untuk bisnes. Tak lama lagi, kau yang akan gantikan aku."
Mendengarkan itu, bibir Adam terus menghambur tawa sinis bernada ejek.
"Bukan ke sepatutnya syarikat kesayangan ayah tu anak lelaki kesayangan ayah yang akan handle? Kenapa pula tiba-tiba suruh anak wanita simpanan ayah ni juga?" Jawab Adam berbaur sinis.
Tangan Encik Azmi terhenti dari menulis.
"Adam, jangan biadap," ujar Encik Azmi keras memberi amaran tanpa matanya sedikitpun memandang Adam.
"Benda tak salah, kan?"
Encik Azmi menarik nafas dalam. Dia perlu biasakan diri dengan sikap Adam yang semakin hari semakin kurang ajar. Anak matanya terus memanah tepat ke anak mata hitam Adam. Dua anak mata berwarna hitam malam bergen sama itu saling bersabung.
Cukup lima saat, Encik Azmi mengalihkan pandangan dinginnya dari melihat anak yang tak diinginkan untuk lahir melihat dunia.
"Aku malas nak gaduh dengan kau. Apa yang penting, aku dah daftar keluar sekolah lama dan daftar masuk sekolah baru. Jadi apa-apapun, esok pindah masuk sekolah tu. Fullstop," putusnya tegas.
Adam diam. Mata masih merenung Encik Azmi lama sebelum dia mendengus perlahan. Dia tahu dia tak mampu membantah. Tanpa pamit, kaki diangkat keluar dari pejabat ayahnya selepas satu jelingan dilempar.
Kakinya laju melangkah menuju ke biliknya. Bukan dia benci sangat dengan ayahnya tetapi setiap kali dia melihat wajah yang seakan-akan miripnya, dia meluat. Benci memikirkan perbuatan lelaki itu.
Mengingatkan hal tadi benar-benar membuat hatinya berasa panas. Encik Azmi sengaja mahu menggunakan dia untuk kebaikan diri sendiri. Untuk maksiat abadi lelaki tua itu.
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk perlahan dari luar. Pintu dibuka lalu seorang perempuan yang agak tua dimamah usia melangkah masuk ke dalam bilik besar milik Adam. Punggung dilabuhkan ke atas katil di sebelah tubuh Adam yang masih kaku berbaring. Tangan tuanya naik menyentuh lembut lengan Adam.
"Adam, Adam sabar sikit ya dengan ayah tu?"
Adam mengalihkan lengan dari wajah. Posisi baring diubah duduk. Siku diletak ke atas lutut dengan mata merenung tilam.
"Mak tahu?" Tanya Adam perlahan.
Puan Atikah mengangguk.
Kepala ditoleh memandang sang ibu. "Dia bagitahu mak?"
Sekali lagi wanita itu mengangguk.
"Lepas tu? Dia paksa mak pujuk Adamlah ni?"
"Kali ni, Adam cuba dengar cakap ayah tu. Ya?" Pujuk Puan Atikah.
YOU ARE READING
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...