26 | SAMBUT

191 18 1
                                    

"Merdeka!!"

Dari jauh, Adam sudah nampak mereka semua sedang berkumpul di tempat biasa. Nayli pula berdiri di hadapan tasik sambil mendepakan tangannya seperti dalam filem Titanic.

Adam menggeleng. Dah takde reseptor malu ke perempuan ni?

"Beria. Trial pun lambat lagi. Baru first exam." Lukman menggeleng kepala. Peperiksaan mereka itu sudahlah hanya mengandungi soalan dari bab 1 dan 2 sahaja. Kertas tiga pun tiada lagi.

Nayli menoleh belakang. Hilang moodnya mendengar suara lelaki ini.

"Kau diam. Ada aku suruh kau bunyi ke? Suka hati akulah aku nak happy ke, nak teriak ke. Yang kau Adam, baru datang ni kau dari mana?"

Adam tiba dan labuhkan duduk di bangku. Tiba-tiba saja dia pula dimarahi.

"Adalah," balasnya ringkas. Nafas dihela lalu meraup rambutnya ke belakang. Membiarkan angin meniup rambutnya.

Nayli diam. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. Dia tersengih. Segera dia berlari anak ke arah mereka.

"Weh, jom kita pergi makan-makan nak? Hujung minggu ni. Aku suggest dekat pantai. Nak?"

"Pantai mana?" Fiqri bertanya.

"Ikutlah. Banting ke? Nak tak?"

"Dah kenapa kau tiba-tiba nak pergi Banting pula ni?" Adam mencelah. Malas betul dia mahu keluar. Tambahan lagi ketika hujung minggu begini. Hari dimana dia boleh berehat sepuas-puasnya tanpa gangguan sesiapa.

"Pantai! Aku ada nampak kat ig reels aku hari tu. Kat Pantai Madu sana tu ada kedai keropok lekor baru buka. Katanya ori dari Terengganu. Jomlah kita makan sana sambil-sambil healing tengok pantai."

"Malas ah," jawab Adam selamba. Badan disandar pada penyandar dengan kaki kiri diletak ke atas lutut kanan.

Sengihan Nayli memudar. Dia mendengus dan membalik mata.

"Kau ni, tolonglah jangan membosankan sangat hidup tu. Bukan selalu pun kita keluar. Dahlah keluar petang je. Tengok-tengok pantai, lepas tu baliklah," pujuk Nayli lagi.

Susah benar lelaki ini kalau nak ajak kemana-mana. Suka sangat spoil mood orang.

"Nak jalan-jalan tak perlu ada aku pun. Pergi je lah siapa yang nak pergi."

"Mana boleh! Kau kena ada." Nayli menangkas. Kalau boleh memang dia mahu Adam turut serta kerana Adam punya kebolehan sebagai ketua. Apa yang dia cakap, mereka pasti menurut.

Secara tak langsung, lelaki ini boleh mengawal mereka. Paling rasional dan paling tegas antara mereka. Mungkin Adam kadang-kadang tidak kisah apa mereka lakukan tetapi ketika keadaan gentir, lelaki itu bertindak sebagai penyelamat. Itu yang Nayli mahu. Senang kata, Adam sebagai control center.

Lagipula, walaupun Adam ni tak banyak bercakap, tapi mereka semua mudah selesa dengannya. Jadi, jika lelaki ini tiada, tidak lengkaplah rasa percutian makan angin mereka.

Adam seperti biasa tiada riak. Kosong saja. Suka hatilah Nayli mahu kata apa. Yang penting, dia mahu tidur! Sebelum dia balik rumah hantu itu dan dipaksa buat kerja-kerja yang boleh menggadaikan waktu tidurnya lagi.

"Please, Adam?" Nayli cuba memujuk Adam lagi. Kali ini dengan riak wajah yang dibuat-buat comel. Bibirnya dijuih kecil dan matanya dikelip-kelip di hadapan muka Adam. Tangannya digenggam erat.

Adam menjeling menyampah. "Kau ingat comel ke?" Sudahlah dengan solekan serba hitam. Terjuih-juih gitu seram pula dia tengok.

Bahu Nayli serta-merta jatuh. Muka comelnya tak menjadi. Mentang-mentanglah dia bukan Tiara.

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now