11 | TOLONG?

358 27 3
                                    

BANG!!!

Badan kecil itu terduduk di atas lantai setelah ditolak kasar. Kedua-dua tangan melekat pada permukaan lantai, menghalang badan dari tersembam.

Tiara angkat kepala melihat beberapa orang pelajar perempuan seramai empat orang berdiri di depannya.

Begnya tiba-tiba dirampas lalu dibuka zipnya sekaligus isi di dalamnya dicampak keluar termasuk buku dan alat tulisnya. Tiara mahu berdiri untuk merampas kembali begnya namun salah seorang dari mereka sempat mencengkam lengannya dan dihempas ke papan putih.

Tiara mengaduh sakit. Dia memandang mereka bersama kerutan sakit dan hairan. Kenapa mereka menyerangnya? Dia ada buat salah ke? Atau mereka mahu berkawan dengannya? Kalau begini kasar, dia tak mahu!

"Kenapa dengan awak semua? Saya ada buat salah ke? Kenapa tolak saya dalam ni? Kenapa buang barang saya?" Tiara cuba jadi seberani mungkin. Dia perlu tahu sebab mereka lakukan semua ini padanya.

Salah seorang dari mereka tersenyum sinis. Tak semena, tubuh Tiara ditolak jatuh dan dia mencangkung di depan Tiara.

"Kau nak tahu kenapa?"

Tiara berkerut.

"Sebab aku menyampah dengan kau. Gedik minta attention. Kau pikir kau tu comel sangat ke? Kau pikir semua orang hadap dengan kau?"

"Dia rasa dia makhluk paling comellah tu buat muka macam tu?" Sampuk mereka yang lain.

"Minta attention Natalia, cikgu, lelaki. Kau bohsia ke, bodoh!" Bahu Tiara disepak.

Tiara memegang bahu yang disepak tadi.

"Saya... tak faham. Saya tak minta attention sesiapa pun. Saya cuma nak cari kawan. Salah ke?" Nada suaranya meninggi.

"Hei." Rambutnya pula ditarik sehingga kepalanya terdongak menghadap muka ketua mereka.

Tiara mengaduh sakit.

"Tak kiralah kau nak apa pun. Aku tak pedulilah, jalang!"

Kepala Tiara ditolak sehingga gadis itu jatuh terjelopok ke atas lantai. Jamnya mula berbunyi dan kawasan dadanya terasa ngilu. Tangan kanan memegang dada manakala tangan kiri meraba-raba barangnya yang berselerak.

Cepat-cepat dia mencari ubat kecemasannya. Suara mengilai mereka tidak dihiraukan. Dia sudah terasa sakit sangat. Kemudian, mata menangkap botol pil berdekatannya.

Baru sahaja tangan ingin mencapai, mereka menyepak botol itu menjauh. Lantas salah seorang dari mereka mengambil botol itu dan tersenyum puas.

"Kau ni tak sedar diri betul eh? Dah sakit tu buatlah cara sakit. Kau datang sini tarik perhatian semua orang dah kenapa?"

"Lagi elok kau duduk hospital diam-diam. Alang-alang malaikat maut pun tengah tunggu nak tarik nyawa tak berguna kau tu."

Tiara hanya melihat saja mereka mengeluarkan pil-pil itu ke lantai tanpa dia mampu berbuat apa-apa dalam keadaan dia sakit begini.

Sakitnya sudah semakin teruk, denyutan jantungnya juga semakin laju.

Kemudian, tak semena-mena belakang badannya terasa dipijak menggunakan kasut bertumit berat.

"Padan muka kau!"

"Kau jangan berani-berani nak report pasal ni. Kalau tak, lagi teruk aku buat!" Kepala Tiara ditonyoh dengan kaki.

"Tolong berhenti... Saya merayu." Badannya sudah mengerekot memegang dadanya.

"Aku akan berhenti kalau kau berjanji kau keluar sekolah ni esok!"

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now