Kaki melangkah masuk setelah mengamati nama kelas yang terpapar pada papan tanda di pintu luar.
5 Albert.
Memandangkan tiada guru yang mengajar, dia terus menonong masuk tanpa mempedulikan pandangan aneh dari mereka yang bakal menjadi rakan sekelasnya.
"Eh jap, jap. Tunggu."
Langkah Adam terhenti. Terus pandangan teralih pada pelajar lelaki yang tiba-tiba sahaja menegur sebentar tadi.
"Kau budak baru ke?"
Adam diam sekejap sebelum kepala mengangguk mengiyakan.
"Ha.. Sebelum kau duduk, bro. Kami nak interview kau dulu."
Adam berkerut hairan. Interview? Apa pasal masuk kelas pun nak kena interview dulu ni?
"Interview untuk jadi rakan sekelas. Kalau kau tak menepati syarat, kau terpaksalah kena jadi budak sampah kat belakang tu," jelas pelajar lelaki itu lagi selepas melihat riak muka Adam seperti hairan dengan mereka.
Adam mengerling sekilas ke arah dua meja kosong yang terletak di belakang kelas. Betul-betul berdekatan dengan tong sampah.
Adam hela nafas pendek sebelum dia kembali memandang mereka. 'Alamak ai. Pandang harta rupanya.' Hati kecilnya menyindir.
"Hm, nak tanya apa?" Balas Adam malas sambil anak mata memerhati setiap seorang dari mereka.
"Nama kau?"
"Adam Danial."
"Bin?"
"Bin—" Otak Adam mula ligat berfikir nama yang sesuai untuk memalsukan status keluarganya. Atau mungkin dia cuba ingat kembali nama yang dipalsukan oleh Encik Azmi sendiri sebelum dia ke sini. Supaya tiada yang tahu siapa keluarga sebenarnya.
Mana tidaknya, nama Tan Sri Azmi sangat terkenal antara ahli-ahli korporat dan dia pasti mereka semua ini mengenali ayahnya.
"Bin Azim," bohong Adam. Tepat seperti nama yang terkandung dalam kad pengenalan palsunya.
Dia bimbang juga sebenarnya kerana mana-mana kertas kerja pasti dia perlu menulis nama Abdullah. Tetapi, kalau dia beritahu nama ayahnya Abdullah, pasti mereka akan dapat mengagak yang dia sebenarnya tidak mempunyai ayah yang sah.
"Without Datuk? Or Tan Sri? Or even Tengku?" Kali ini pelajar perempuan pula bertanya.
"Takde." Ringkas Adam menjawab. Bapa pun tiada, apatah lagi nak ada gelaran besar.
"Parents kau kerja apa?"
"Ceritalah pasal family you."
Adam tersenyum kecil. Oh, ini yang dia tunggu-tunggu. Skrip sudah tersedia dalam kepala. Dari semalam lagi dia hafal.
"Betul korang nak tahu pasal family aku? Tak menyesal?"
Melihat mereka diam membisu, Adam mengangguk sebelum dia berdehem kecil. Dah biasa sangat tipu sunat macam ni.
"Family aku biasa-biasa je. Tak ada yang menarik. Bapak aku tu kerja tak tetap sangat. Kadang-kadang kerja, kadang-kadang tak. Ikut mood. Mak aku pun tak kerja. Kitorang adik-beradik selalunya petang-petang akan pergi minta sedekah depan bank. Tak pun di pasar. Kadang-kadang tu kat masjid."
"Aku ada 8 orang adik-beradik termasuk aku sekali. Kitorang tinggal kat Taman Wong Mei."
Semakin lebar senyuman Adam tatkala melihat masing-masing sudah beriak tak percaya. Ada yang ternganga. Mungkin mereka terkejut mendengar nama tempat tinggal Adam. Taman Wong Mei terkenal dengan masyarakat setinggan.
YOU ARE READING
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...