16 | PENAT

285 24 2
                                    

Adam berenang ke pinggir kolam selepas mencabut penutup lubang di dasar. Dia melompat keluar dan duduk di situ sementara menunggu air kolam disedut masuk untuk mencuci bahagian dalam kolam pula.

Sambil dia menunggu, jari telunjuk menyentuh lembut luka di wajah. Ditekan-tekan dengan harapan rasa sakit itu hilang. Namun, makin pedih pula dia rasa apalagi selepas terkena air.

"Nak uncle tolong?" Walaupun hanya suara dari semak sahaja yang kedengaran, Adam tahu siapa gerangan yang menegurnya itu.

"Tak payahlah. Kat atas tu pejabat ayah. Nanti kalau dia nampak, susah pula uncle," jawab Adam tanpa berpaling belakang. Risau juga dia jika Encik Azmi sedang melihatnya dari atas sekarang ini.

Seperti yang disangka, Encik Azmi sedang berdiri berhadapan tingkap kaca dengan kedua tangan di dalam poket. Mata tajam memerhati Adam di tepian kolam.

Hujung bibir naik sedikit dan tawa kecil lagi sinis terletus. Kepala digeleng.

"Adam, Adam. Tak padan dengan menumpang. Perangai makin lama makin setan. Dah tak ada duit tu, ada hati pula nak langgan pelacur."

"Dia anak you kut. Tak lepas gian nanti meroyan pula. Kang ada juga kes makan mak sendiri. Alasan, tak dapat tahan nafsu." Puan Ros ketawa kecil. Jari membelek majalah kecantikan di sofa pejabat suaminya.

"Makan mak tu rasanya tak kut. Kalau mak tiri tu, mungkin. Tapi, you lagi suka kan?" Balas Encik Azmi dengan kata bersalut perlian pada si isteri. Macam dia tidak tahu, isterinya selalu keluar bersama lelaki-lelaki muda.

Dia? Buat apa mahu kisah kalau dia pun 'jamah' perempuan lain.

Mendengar balasan Encik Azmi, Puan Ros tersenyum. Bahu diangkat sambil bibir dicebik.

"No comment."

Pandangan Encik Azmi kembali jatuh pada Adam yang sudah terjun masuk ke dalam kolam kembali bersama penyapu kasar di tangan.

"Try to disrespect me again, and you'll know the consequences."

.

.

USAI solat zohor, Adam terus menghempaskan badan ke atas tilam buruknya. Springnya sudah ada yang terkeluar. Dia hanya tidur beralaskan tilam tanpa katil. Dia patut bersyukur. Mujur saja ada tilam walaupun tetap sakit badannya.

Mata dipejam rapat. Penatnya bukan kepalang! Mana tak penat kalau dia seorang sahaja yang mencuci satu kolam besar?

Hanya dalam beberapa saat, Adam sudah terlelap. Dia mahu merehatkan diri sebelum dia disuruh lagi oleh manusia-manusia dalam rumah ini.

Namun tidak sampai lima minit dia diulit mimpi, tiba-tiba bunyi ketukan kuat di pintu biliknya menyebabkan Adam tersedar. Mata dijeling ke arah pintu yang diketuk bertalu-talu. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia bangun lalu menuju ke arah pintu. Mata menangkap wajah Puan Ros di depan sebaik dia membuka pintu.

"Ada apa?" Tanya Adam malas. Geram kerana waktu tidurnya diganggu makcik sihir ini.

"Kau kemas barang-barang dalam peti dan freezer tu sekarang. Cuci peti tu sekali," arah wanita itu dengan riak selamba.

Dia tahu Adam kepenatan, tetapi tetap sahaja dia mahu menyuruh anak tirinya itu membuat kerja.

Adam menjeling. "Tak nak. Sekarang ni, saya penat, saya nak rehat. Kalau dah tak boleh sabar sangat, upah je sesiapa bersihkan."

Puan Ros tersenyum mendengar jawapan Adam.

"Kenapa nak upah pula? Oh, aku lupa. Kan ada orang lain yang boleh buat tanpa bayaran."

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now