27 | MENYESAL

187 18 1
                                    

Nayli merenung keluasan laut di hadapannya sambil memeluk tubuh. Gigi pantai ditelan ombak yang hadir satu per satu. Rambutnya beralun lembut dan bajunya bergerak-gerak ditiup angin.

"Woi, badut."

Nayli menoleh memandang manusia yang berdiri tak jauh darinya. Riak wajahnya yang tenang sebentar tadi terus bertukar kelat. Dahinya berkerut tidak suka dengan kehadiran lelaki di hadapannya ini.

'Nak apa mamat tengkorak makmal ni?!' Bisik hatinya geram.

"Sambut." Lukman membaling sesuatu ke arahnya tanpa sempat Nayli membuka mulut.

Melihat benda yang dibaling laju ke arahnya, Nayli mula cuak. Dia berlari ke hadapan dan ke belakang cuba menangkap benda itu. Apabila benda itu hampir mendarat, tangan pantas memeluknya. Wajahnya tunduk untuk melihat benda di tangannya sebelum dia terus melompat geli.

"AHHH!!" Jeritnya kuat apabila melihat ketam di atas tangannya sehingga beberapa pelancong yang lain turut memandangnya aneh.

Lukman pula sudah menghambur ketawa kuat dengan perutnya ditekan-tekan. Lawak sangat agaknya. Nayli yang sedar akan dirinya telah dipermainkan, terus berjalan ke arah Lukman dengan giginya diketap kuat.

"Kau kenakan aku, gila? Siap kau." Nayli menggenggam pasir lalu dilempar ke arah Lukman. Serta-merta Lukman menjerit kerana pasir itu masuk terus ke dalam matanya. Semakin ramai memerhatikan mereka berdua. Nak cakap pasangan kekasih, macam ya, macam tak.

"Argh! Sakitlah gila!"

"Ha... padan muka kau. Main-main lagi dengan aku. Kan dah mendapat," kata Nayli sambil gelak jahat.

"Ahh..." Lukman sudah terbongkok sambil menekup kedua-dua matanya.

Nayli yang melihat kesengsaraan Lukman yang seperti tidak dibuat-buat itu terus berhenti ketawa. Dia mula risau. Badan Lukman dia hampiri perlahan.

"Wei. Kau sakit betul-betul ke?"

"Gila kau tak sakit? Pedih tahu tak? Aku dah tak boleh buka mata aku!" Jerkah Lukman. Suaranya terdengar seperti mahu menangis saja.

"Ha? Ka- kau dah buta ke? Masuk pasir je kut!" Tanya Nayli tergagap-gagap.

"Ugh... aku dah tak nampak apa-apa ni," adu Lukman dengan nada suara yang perlahan. Matanya digosok-gosok kuat.

"Weh, serius ke kau ni? Takkan buta kut! Macam mana nak kahwin nanti?" Kata Nayli takut. Kiri kanan dia berjalan ulang-alik. Kukunya digigit.

"Ha? Kau nak kahwin dengan aku ke?" Tanya Lukman laju. Tangannya dialih dari wajah dan matanya terbeliak.

"Aik? Kau dah nampak?" Tanya Nayli dengan wajah yang berkerut.

"Nampak. Aku nampak bidadari laut." Lukman tersengih mengalahkan kerang lidah terjelir.

"Ee! Bodoh betullah kau ni!" Badan Lukman terus disepak menggunakan kaki panjangnya sehingga Lukman terjatuh terlentang ke atas pasir.

Lukman ketawa besar. Gembira dapat kenakan Nayli.

"Sayang lagi kau dekat aku eh? Haha!"

"Sape sayang kau hah bodoh? Tak inginlah aku."

Lukman berhenti ketawa sebelum dia bangun lalu duduk memeluk lutut sambil mendongak memandang Nayli yang sedang berdiri mencekak pinggang dengan wajah geram.

"Ha. Carut, carut. Meh duduk sini."

"Ee.. tak nak aku duduk sebelah kau. Busuk," jawab Nayli kejam.

"Cakap banyaklah kau ni. Aku cakap duduk, duduklah." Tangan Nayli terus ditarik sehingga gadis itu terduduk di sebelahnya.

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now