Tiara menanggalkan selimut di bahunya lalu dipakaikan kepada gadis yang sudah siap bersihkan diri selepas bermandi jus tadi. Nama yang tertera pada tag namanya dikerling Tiara sekilas.
Nayli Farhana. Cantik namanya namun nasibnya kurang baik.
"Lap rambut." Tuala yang sentiasa ada dalam begnya dicapai dan dilap pada rambut basah Nayli. Disebabkan pakaian Nayli agak basah, Tiara meminjamkan selimutnya supaya gadis itu tidak demam kesejukan.
"Thank you, Tiara." Nayli senyum. Mereka berdua sempat berkenalan dalam tandas sebentar tadi.
Tiara tersenyum. "Sama-sama."
Adam dan Fiqri hanya diam menunggu. Mujur saja hari itu semua guru hadiri mesyuarat jadi mereka boleh pulang awal dari biasa. Selepas kes di kafe tadi, Adam dan Fiqri menunggu saja Tiara menemankan Nayli membersihkan diri.
"Tapi, Adam yang tolong sebenarnya. Kalau dia tak datang, rasanya dengan saya sekali mandi jus." Tiara ketawa kecil.
Nayli mengangguk. Dia lupa.
"Yes, right. Aku lupa. Thank you, Ad- Eh jap. Adam?" Nayli memandang Adam lama.
Adam hanya diam. Tak pelik kalau perempuan ni kenal dia selepas sudah banyak kes terjadi melibatkan dia.
"Haha, kau ke... Aduh." Nayli menepuk dahi.
Adam berkerut. Sekarang dia rasa perempuan ni makin pelik.
"Awak kenal Adam?"
"Of coursela. Siapa je tak kenal kau. Mamat bela lipas tu kan?"
"Awak bela lipas??" Pandangan Tiara teralih ke arah Adam pula dengan anak mata membulat penuh.
Melihat riak muka Adam sudah bertukar bengang, Nayli mengangkat kedua-dua tangan.
"Sorry, dude. Aku tak cakap bela lipas tu pengotor, ok? Tu minat masing-masing. Aku faham. Takpe."
Adam menegakkan tubuh dari bersandar dengan mata memandang tajam gadis bermulut lepas di hadapannya.
"Fiqri."
"Sebenarnya, Adam kena buli masa tu. Ada orang letak lipas dalam locker Adam. Tapi, takde orang percaya. Diorang dah cop Adam bela lipas." Fiqri yang mengerti, terus saja menjelaskan hal sebenar.
"Faham?" Matanya masih tajam merenung Nayli. Berani-beraninya minah ni timbulkan isu itu lagi.
"Faham. Kau budak baru yang kena buli tu kan? Tapi, aku ada dengar hari tu kau panas baran sebenarnya." Nayli mencuit Tiara yang berdiri di sebelahnya.
"Dia patahkan hidung budak laki ni tau. Hebat gila. Lepas tu, semua orang jadi takut dengan dia."
Tiara nampak lebih terkejut. Tangan naik menekup mulut. Dia sedia tahu Adam kasar orangnya tetapi dia tak sangka lelaki ini seganas itu.
Adam mengerling Tiara sekilas sebelum dia berkerut memandang Nayli.
"Kau kalau tak tahu cite, tak payah buka mulut. Main harung je bercakap."
"Apa yang aku salah?"
"Aku tak patahkan hidung budak tu. Hidung dia berdarah je." Itupun sedikit saja!
Nayli mencebik. "Manalah aku tahu. Dah itu yang aku dengar dari Persatuan Gosip Sekolah."
Adam mendengus. Jari telunjuk ditunding ke wajah Nayli.
"Orang macam kau nilah yang buatkan hidup aku huru hara kau tahu tak? Kalau kau rasa cerita tak sahih, tak payah cerita." Dia pasti Nayli seorang yang suka menyebarkan berita yang belum tentu benar.
YOU ARE READING
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...