Roti dicubit sedikit demi sedikit. Tasik di hadapan dipandang lama. Sudah hampir senja namun hatinya masih tak boleh terima tentang kecuaiannya tadi pagi. Dia terlupa untuk menetapkan jam loceng di telefon menyebabkan dia tak terbangun sahur.
Pandangan jatuh pada roti di tangan. Inilah sarapannya dan inilah makan malamnya. Adam mengeluh. Dia mahukan masakan emak!
"Boleh tumpang duduk?" Satu suara menegur.
Terus mematikan lamunannya. Adam angkat wajah memandang si pemilik suara. Dia keras seketika. Budak tempang itu!
"Err... boleh. Duduklah." Adam yang sedang bersila di bangku terus saja meluruskan kakinya. Fiqri melabuhkan duduk di sebelahnya.
Suasana menjadi janggal seketika membuatkan Adam mula rasa tidak selesa.
"Adam, kan?" Tegur Fiqri memecah kesunyian antara mereka.
Adam menoleh.
"Fiqri," kata Fiqri sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
Adam tersenyum nipis sebelum menyambut huluran tangan itu.
"Adam." Jabatan tangan dilerai.
"Kau yang tolong aku tu, kan?"
"Adam pun tolong Fiqri, kan?"
Adam senyum. Dia membantu Fiqri kerana ikhlas. Kerana matanya sakit melihat benda-benda begitu. Selagi dia boleh tolong, dia akan tolong. Tetapi, dia tidak mengharapkan balasan.
Nasib baik Allah hantarkan Fiqri membantunya semalam. Kalau tidak, entah bagaimanalah nasibnya. Entah baru bangun dari pengsan kut.
"Terima kasih sebab tolong Fiqri hari tu," ujar Fiqri mesra. Bibirnya tidak lekang dari senyuman.
"Terima kasih juga sebab semalam. Aku tabik ah kau. Gergaji terus kau angkut," balas Adam pula.
Fiqri tergelak kecil. "Fiqri cuma nak balas budi Adam je."
Adam senyum. Mata kembali dialih memandang hadapan. Ke tengah tasik.
"Adam."
"Hm?"
"Kalau Fiqri... ajak kawan, Adam sudi tak?" Pertanyaan Fiqri itu membuat Adam pantas menoleh ke kiri memandang Fiqri.
"Kau... nak kawan dengan aku?" Tanya Adam kembali, tak percaya. Kali pertama dirinya diajak berkawan sepanjang hayatnya. Dengan ikhlas. Ya, dia patut highlight perkataan 'ikhlas' itu.
Fiqri mengangguk.
"Boleh tak?"
"Eh, mestilah boleh. Bagus juga tu sebab kat sini aku tak ada kawan. Ada musuh je."
"So, sekarang kita dah official kawan?" Tanya Fiqri polos.
Adam senyum. "Of course! Kau kawan aku. Aku kawan kau."
"Adam boleh terima Fiqri?"
Soalan Fiqri itu membuat Adam diam berfikir. Aneh dengan soalan itu. Kenapa tidak?
"Maksud kau?"
"Fiqri cacat."
Mata Adam terus turun memandang kaki Fiqri yang tidak sempurna. Kakinya sedikit bengkok. Adam diam. Lah, dia tak terfikir langsung pun pasal ini.
Adam menggeleng kepala perlahan.
"Setiap orang ada kurangnya. Aku pun ada. Banyak sangat. Kau je yang tak tahu. Kalau aku bagitahu kau, tak tahulah kau boleh terima ke tak."
"Boleh! Apa je kekurangan Adam, Fiqri terima," jawab Fiqri bersemangat.
"Then? Kenapa pula aku tak boleh terima kau? Dalam berkawan ni kan, tak penting semua tu. Yang penting, hati kau tu kena ikhlas seikhlas-ikhlasnya. Ada masa susah dan senang. Itu yang dipanggil kawan," tutur Adam lembut. Jarang dia bercakap lembut begini kecuali pada emaknya. Dengan Fiqri ini, entahlah. Lelaki ini lemah lembut sangat!
YOU ARE READING
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Roman pour Adolescents| In Editing (80 Ch) | 『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...