Splash!!
Adam terus terjaga dari tidur apabila terasa badannya disimbah. Wajahnya yang basah diraup. Hampir seluruh tubuhnya lencun.
"Bangun!"
Mata naik memandang dia di hadapannya. Terus lidahnya berdecit.
"Kejut elok-elok tak boleh ke? Lantai basah tu aku juga nanti yang kena lapkan," rungutnya geram.
Puan Ros mendengus.
"Sedap kau tidur terbongkang kat sini. Orang suruh cari benda yang kau hilangkan tu. Bukan cuti tulang!"
"Dah cari tembikar tu. Dah tak jumpa juga. Nak buat macam mana lagi?" Balas Adam. Semalam bukan main dia mencari tembikar yang memang tak akan jumpa. Dah macam tunggu ayam jantan bertelur. Buat apa lagi dia buat benda yang sia-sia.
"Memanglah tak jumpa kalau kau cari pakai lutut. Tadi elok je aku jumpa kat sana." Jari runcingnya menunjuk ke arah almari cawan.
Adam berkerut. Alamari itu sudah dia geledah tiga kali. Yang dia jumpa hanyalah cawan-cawan mahal milik Puan Ros.
"Nampak sangat tak buat kerja. Main-main." Baldi diterbalikkan dan disaut pada kepala Adam.
Adam melempar baldi tadi ke lantai. "Apa kau ni?"
"Hari ni, aku nak buat facial. Rumah ni sejak kau takde, kotor semacam je. Kau tahulah kan mak kau tu macam mana buat kerja. Bukannya elok pun."
"Jadi, aku nak kau kemas rumah ni bagi kemas, cantik. Sebab apa? Sebab aku tak boleh tinggal dalam rumah berhabuk tunggang langgang macam ni. Boleh Adam?"
"Satu rumah besar ni, saya sorang kena bersihkan?"
"Apa masalahnya? Bukan mati pun. Kemas je pun," sampuk Amdan.
"Kau buat ah!"
"Aku tak boleh. Aku ada tiga orang perempuan sedang menunggu. Aku balik nanti, penat. Aku pun tak suka tengok rumah bersepah-sepah."
"Boleh kan, Adam? Ala, kau kan lelaki. Setakat kerja perempuan gini, takkan kau tak boleh buat kan?" Ujar Puan Ros lagi.
Adam mengetap gigi.
"Buat, tau? Jangan tak buat. Nanti ada pula singa mengamuk. Kau mesti tak nak kan?" Puan Ros tersenyum penuh makna.
Bukan sekadar kata, ia satu ugutan. Kalau dia tak buat, adalah yang makcik ini mahu mengadu domba pada lelaki tua itu.
"Make sure takde barang hilang dah." Puan Ros sempat ketawa sebelum melangkah keluar dari dapur. Amdan juga mengekori mommynya selepas satu kenyitan diberi pada Adam.
Adam mengeluh. Kepala diurut-urut sebelum dia duduk dan benamkan kepala ke lengan.
'Ya Allah, tolonglah berikan aku sedikit kekuatan dan kesabaran untuk aku hadap semua benda ni.'
.
.
ADAM mengangkut bungkusan -bungkusan sampah untuk dibawa ke tempat pembuangan sampah yang terletak di luar rumah selepas dia menyediakan sarapan untuk 'keluarga'nya. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam rumah, Amdan sudah berdiri di muka pintu, menghalang laluannya. Lelaki itu sudah bersiap mahu keluar.
"Rumput tu dah panjang. Ayah suruh kau potong. Mesin ambil kat stor."
Adam hanya menurut saja. Ini adalah hukumannya. Jadi, walau macam mana pun dia tidak boleh menolak. Jika tidak, pasti lebih teruk dia akan kena. Mungkin emaknya juga akan turut terkena sama. Itu adalah perkara terakhir yang dia mahu dalam dunia.
YOU ARE READING
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...