14 | TEMPIAS

289 25 3
                                    

Adam keluar dari perut teksi selepas membayar tambang. Dari jauh dia sudah terpandang emaknya sedang berdiri di muka pintu, mahu menyambutnya.

Beg digalas dan kaki dilangkah ke pintu. Tangan tua itu dicium sebelum dia menegakkan badan dan matanya menangkap sesuatu. Serta merta senyumannya mati.

Tangan naik menyentuh pipi Puan Atikah. Keningnya bertaut.

"Kenapa ni, mak?"

Puan Atikah menggeleng. Tangan Adam di pipinya dipegang.

"Takde apalah."

"Apa yang takde apa lebam macam ni? Siapa yang buat?" Desak Adam lagi. Dia tak percaya lebam di pipi emaknya ini berpunca dari kecuaian emaknya sendiri.

Pasti ada yang naik tangan.

Puan Atikah senyap. Dia tak pasti sama ada dia patut memberitahu Adam atau tidak. Dia cuma takut Adam yang akan mendapat habuan sekejap lagi jika anaknya ini mengamuk.

"Ayah yang buat ke?"

Puan Atikah menggeleng. "Bukan ayah."

"Habis tu? Auntie Ros?"

Puan Atikah menggeleng lagi sebelum tangan Adam dipaut lembut.

"Adam, tak apa. Dah tak sakit dah. Mak okey dah."

"Sini Adam tengok." Wajah Puan Atikah dipegang. Dia cuba meletakkan tapak tangan pada kesan di pipi emaknya.

Melihat saiz tangan yang hampir sama, amarahnya semakin menggelegak.

"Amdan yang buat ke mak?" Nada suaranya naik satu oktaf.

"Adam... takpe, takpe. Mak okey, sayang."

"Okey apa macam ni? Bodohlah jantan ni." Tak tunggu lama, Adam terus menerjah masuk ke dalam rumah.

Saat ternampak Amdan di dapur, langkah kaki semakin laju ke arahnya. Tanpa amaran, beg galasnya dipukul kuat tepat terkena pada muka Amdan yang tidak perasan akannya.

Kerana beg yang berat, badan lelaki itu terus jatuh tersembam dari atas kerusi ke lantai. Belum sempat Amdan bereaksi, kolarnya dicengkup Adam dan terus dihempas kuat ke dinding.

Buk!

Jeritan Puan Ros dan Puan Atikah dia tidak pedulikan. Asalkan dia puas memukul lelaki jahanam ini. Tanpa sempat dibalas Amdan, tumbukan diberi bertubi-tubi. Sehingga mulutnya mula keluarkan darah merah pekat.

"Berani-berani kau sentuh mak aku! Selama ni aku biar apa yang kau buat dekat aku, bukan bermakna kau boleh naik tangan dekat mak akulah bodoh!" Tumbukan di wajah semakin laju dan kuat. Hatinya belum puas.

Mengingatkan luka pada wajah emak buat hatinya semakin panas. Apatah lagi ia berpunca dari Amdan. Siapa lelaki ini untuk menyentuh emaknya apalagi mahu naik tangan dan memukul sehingga lebam?

Amdan meludah darah ke lantai sebelum matanya naik memandang Adam.

"Mak kau tu yang bengap sangat. Tak faham bahasa! Memang patutlah aku lempang."

Buk! Tumbukan kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya. Mendengar hinaan untuk emaknya buat dia tak dapat menahan sabar lagi.

Sehingga lunyai Amdan dikerjakannya. Lelaki itu terduduk di atas lantai dengan wajah berdarah.

Tiba-tiba, badan Adam ditarik kasar dari arah belakang sebelum buku lima melekat pada mukanya. Sehingga terteleng kepalanya.

Dia mengangkat kepala memandang wajah bengis Encik Azmi. Tak cukup itu, dicengkup lagi kolar bajunya.

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now