23 | TUMBUK

207 22 0
                                    

"Korang nak join kelab apa tahun ni?"

Terperanjat Adam dan Tiara, tiba-tiba saja perempuan ini muncul. Kerusi di hadapan Adam dipusing menghadapnya lalu dia labuhkan punggung. Fiqri juga mengambil tempat di sebelah Adam.

"Bisnes!" Tiara mengangkat tangan. Dia sangat bersemangat mahu sertai kelab. Ini kali pertama!

Bulan 3, 4 dan 5 ini ialah bulan Kelab dan Persatuan di mana setiap pelajar perlu menyertai mana-mana kelab, persatuan dan sukan.

"Bisnes? Seriously bussiness?" Tanya Nayli bagai tidak percaya. Gadis selembut Tiara dan businesswoman? Mahu bayangkan pun tidak dapat. Tidak sepadan langsung!

Tiara mengangguk.

"Haah. Saya tak tahu nak masuk yang mana. Lepas tu, saya tanya papa. Papa cakap masuklah bisnes, boleh tolong papa nanti." Tiara gelak kecil.

"Oh, bapak kau businessman ke?" soalnya tidak tahu. Mana tidak, Tiara tidak pernah memberitahu perihal keluarganya padanya.

Tiara mengangguk mengiyakan. Nayli kemudian bertanya Fiqri pula.

"Fiqri ikut Adam je sebab Fiqri tak berminat sangat nak join kelab-kelab ni semua," celah Fiqri pula sambil tangan menongkat dagu. Dia lebih suka bersendirian dan mengulangkaji.

"Hm, kau tak payah cakap pun aku dah tahu dah. Mana boleh berenggang dengan Adam," balas Nayli. Faham sangat dengan sikap Fiqri yang lebih suka bersama Adam.

Sedang mereka saling berbalas pendapat, Adam pula sudah termenung jauh. Perbualannya dengan Harum Kasturi malam semalam kembali menjengah dalam fikiran. Lelaki itu sudah awal-awal lagi memberitahunya bahawa Encik Azmi mengarahkannya untuk menyertai kelab perniagaan. Katanya, dia dihantar ke sekolah ini bukan untuk berseronok. Jika tiada kaitan dengan motif dia ke sini, jangan berani mahu masuk campur.

Adam hela nafas. Hidupnya seperti patung boneka yang diatur setiap satu perkara oleh orang tua itu. Perihal sekolah harus mengikut perancangannya dari A sampai Z. Tiada bantahan.

"Hoi!"

Suara dan bunyi petikan jari di hadapan wajahnya, menyentak Adam dari lamunan panjang. Anak mata teralih pada wajah Nayli. Bukan saja Nayli, Fiqri dan Tiara juga sedang elok memandangnya.

"Kau berangan apa?"

Adam berdehem kecil. Duduk dibetulkan.

"Takdelah. Aku fikir something tadi. Kau ada tanya aku ke?"

"Yalah. Aku tanya, kau nak join kelab apa?" Ulang lagi dia. Boleh pula berangan siang hari mamat ni.

"Bisnes kut rasanya," jawab Adam.

"Kau ada bisnes ke?" Tanya Nayli berbaur tidak percaya.

"Salah ke aku nak join? Mana tahu satu hari nanti aku nak buat bisnes."

Nayli mengangguk. Yalah, betul juga tu. Tapi, seperti Tiara, Adam juga tiada kesepadanan langsung dengan perniagaan.

"Wah! Kita sama! Nanti kita pergi sama-sama, ya?" Tiara sudah mula teruja. Pergi ke kelab bersama Adam dan Fiqri. Seronoknya!

"Hm... bestlah. Sama-sama. Aku je yg sorang-sorang. Lonely," rungutnya.

"Awak join kelab apa?"

"Seni."

Mereka terdiam seketika. Mungkin masing-masing tidak sangka kelab seni menjadi pilihan Nayli yang agak... brutal ini.

"Kelab macam tu, bukan bosan ke?" Perlahan saja Fiqri menghina seni.

"Kepala hotak kau! Kelab bisnes lagi bosan kot?" Dia tak tahu ke kelab bisnes paling kurang ahlinya berbanding yang lain?

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now