Kepala ditongkat di pemegang troli sambil mata melihat saja Nayli di bahagian pakaian wanita. Fiqri di sebelah dia pula sibuk menyusun barang-barang di dalam troli. 25% barang dia, 25% barang Adam dan 50% barang Nayli. Niat asal mereka mahu membeli barang-barang bekal asrama mereka. Tetapi, lihat gayanya seperti mereka perlukan troli asing untuk barang mereka dan Nayli.
"Yang mana lagi cantik?" Dua baju blaus berlengan panjang ditayang di hadapan mereka.
Adam memandang dengan riak wajah kosong. Tiara pula memegang dagu, berfikir yang mana lebih cantik di matanya.
"Sama aje aku tengok," komen Adam bersahaja.
"Mana ada samalah! Kau buta warna ke? Kau tak nampak perbezaan baju ni?"
"Apa yang bezanya? Dua-dua pink. Pilih jelah yang mana pun. Benda senang jadi susah. Jangan nak complicated sangat, boleh tak?" Omelnya lagi sambil tangan membelek baju-baju perempuan di situ. Manalah tahu boleh dibeli untuk emaknya. Pakaian Puan Atikah banyak yang sudah lusuh.
"Bukan aku complicated. Kau tu yang tak faham perempuan. Yang ni pink belacan, yang ni pink pastel," marah Nayli, mempertahankan dirinya.
"Hm, yang ni nampak sesuai dengan awak," celah Tiara sambil jarinya menghala ke sehelai baju di tangan kanan Nayli.
"Taklah. Ni lagi sesuai." Fiqri pula tunjuk pada baju di tangan kiri Nayli.
"Mana ada. Yang ni lagi comel..." Kali ini, Fiqri dan Tiara pula yang bergaduh tentang pendapat masing-masing.
Adam hanya memandang mereka berdua bersilih ganti sebelum dia menyambung membelek baju untuk emaknya. Malas dia mahu masuk campur.
"Alah, susah sangat ambil dua-dualah." Nayli mencampak kedua-dua helai baju itu ke dalam troli dengan selamba.
"Kan aku cakap kau ni complicated," ujar Adam sebelum menolak troli ke bahagian lain. Baik tak payah tanya kalau dua-dua masuk troli juga akhirnya. Habiskan masa saja melayan perempuan ni.
Nayli membuat muka toya. Lantaklah, asalkan dia bahagia.
Tiba di bahagian makanan ringan, Fiqri berlari anak ke arah snek-snek yang tersusun. Mata bersinar melihat keropok kegemarannya. Tak berfikir lama, pantas saja tangan mengutip satu persatu makanan ringan masuk dalam pelukannya. Kemudian, laju dia letakkan semuanya ke dalam troli.
"Daripada kau beli benda macam tu, baik kau beli makanan yang boleh mengenyangkan perut. Takdelah membazir duit kau," nasihat Adam.
Bukan dia mahu menyibuk tetapi berdasarkan pengalamannya yang sentiasa mahu berjimat cermat, membeli jajan hanya akan memuaskan nafsu semata-mata. Kenyangnya hanya sebentar. Lebih baik membeli roti atau nestum atau bijirin atau biskut. Sekurang-kurangnya dapat bertahan sehingga tengah hari.
"Eww... siapa tanya pendapat kau?" Sindir Nayli sambil berjalan melintasi troli dan ke arah Fiqri. Adam membalikkan mata.
"Aku cakap benda betul." Dia cuma mahu menasihati. Jika Fiqri tidak mahu terima, terserah. Dia tidak memaksa.
"Bagi aku, kau kena beli benda yang memuaskan hati kau. Kalau kau suka gula-gula dan coklat, beli jelah. Sambil-sambil buat kerja sekolah, bolehlah kau makan." Nayli pula mengambil alih menjadi penasihat tidak berbayar.
"Lepas tu, kalau kau lapar kau nak makan apa? Coklat? Lama-lama boleh dapat macam-macam penyakit. Baik kau beli roti ke biskut ke. Tak payahlah kau nak ikut sangat cakap minah ni. Dia bukan duduk asrama pun. Tak tahu apa-apa. Ajaran sesat je yang dia bagi kat kau tu." Adam pula membidas.
Nayli berdiri tegak di sebelah Fiqri yang berada di tengah-tengah mereka. Sudah garu kepala kawan tu. Asyik mahu bergaduh saja.
"Hey! Apa yang ajaran sesat? Aku cakap betullah. Kau tu yang sibuk sangat hal dia kenapa? Suka hati dialah nak beli apa pun. Bukan guna duit kau pun."
YOU ARE READING
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Novela Juvenil| In Editing (80 Ch) | 『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...